GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Post Gambar Makanan Siang hari Berpuasa


Hukum Post Gambar Makanan Siang hari Berpuasa | Puasa sekarang tak macam dulu. Bulan puasa menahan lapar dan makan, tapi lagi banyak makanan di bulan puasa.

Bulan puasa juga, ramai orang jadi rajin masak. Bila dah masak pasti nak kongsi gambar di media sosial kan.

Boleh ke kongsi gambar makanan kat media sosial bulan puasa pula tu.

Apa hukumnya kalau kita post gambar makanan di siang hari bulan puasa?

Macam mana dengan orang tengok gambar tu?

Persoalan ini, dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramahnya.

Hukum Post Gambar Makanan Siang hari Berpuasa
Hukum Post Gambar Makanan Siang hari Berpuasa

Hukum Post Gambar Makanan Pada Bulan Ramadhan

Menurut Ustaz Azhar Idrus, memuat naik gambar makanan menerusi media sosial semasa bulan Ramadhan bukanlah perkara haram tetapi ada ulama mengatakan jangan bersikap terlampau menayang gambar makanan ketika sedang berpuasa.

“Bukanlah haram jika upload gambar kerana Rasulullah SAW bersabda, kalau kita beli makanan atau masak dan kemudian jiran kita terhidu baunya, sunat kita berikan kepada jiran jika jiran itu orang senang. Namun jika jiran kita kelaparan, maka hukumnya wajib.

Gambar merupakan kias. Bukan haram tetapi janganlah terlalu menunjuk sebab bukan semua orang mampu membeli apa yang kita tayangkan itu.

Jadi, hukum post gambar makanan siang hari berpuasa adalah makruh menurut Ustaz Azhar Idrus.

hukum post gambar makanan siang hari berpuasa
hukum post gambar makanan siang hari berpuasa

Tapi bagi MF, jika kita post dengan tujuan untuk berkongsi resepi dan ilmu tiada salahnya. Mungkin gambar itu memberi ilham kepada kengkawan kita untuk masak menu yang kita post tu.

Jika post gambar makanan siang hari berpuasa dengan resepi dan dengan niat berkongsi resepi, harus hukumnya.

Jadi, nak post gambar makanan siang hari berpuasa boleh tapi berpada... Jangan berlebih-lebih dan jangan melampau. Tapi zaman sekarang, takde dah kot masalah jeles ke apa ke kan... sebab sekarang, nak apa boleh dapat. Kalau teringin boleh cari resepi buat sendiri.

Apa pun bergantung pada niat. Cuma, jangan melampau takut kurang pahala puasa. Moga semua jelas tentang hukum post gambar makanan siang hari berpuasa.



14Ulasan

  1. Errrr...pasni x post lagila..walopn xberniat cmtukn....
    Mekasih share=)

    BalasPadam
  2. huhu....kne bekukan semua entri psl mknn ni..smpi abis ramadan..hihi

    BalasPadam
  3. terima kasih infonya, saya sokong semuanya atas niat..inshaAllah, kalau niat kongsi gambar makanan utk kongsi resepi dan bimbing orang lain supaya boleh buat sendiri sehingga berhasil, itu juga niatnya utk mengajar..wallahualam.

    BalasPadam
  4. Thanks Kak sudi share, siang hari kalau boleh memang elakkan bukak segala media sosial especially Instagram takut ralit

    BalasPadam
  5. InshaAllah perbaiki keadaan dengan tak post lagi makanan di bulan puasa..
    betul ada masa terliur nampak hehehe

    BalasPadam
  6. betul tu.. tgk niat masing-masing. tapi liez dah jadi malas nak post. padahal masak hari-hari. cuma tak rajin nak snap dan post.. aduhh.. padahal boleh je buat idea untuk kawan-kawan lain kan..

    BalasPadam
  7. Sebab tu wak buka blog pada waktu malam aje (lepas taraweh)

    BalasPadam
  8. risau juga kan kalau gambar2 kita boleh buat org terbuka posa hihi.. tq maria for sharing

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas perjelasan ni kak. niat kita memang nak share resepi dan idea :)

    BalasPadam
  10. Setuju dengan maria, bergantung kepada niat. Juju pun sharing di media, sesekali tulis beberapa butiran resipi di caption, niat tak lain tak bukan tujuan utk bg idea. Kdg2 upload belah malam.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ