Duhai Wanita: Hentikan Tangisanmu...

Renungan...

:: Duhai wanita.. Usah dikau menangisi akan nasibmu.. Ketahuilah bahawa ALLaH SWT teramat mengasihi wanita.. Berikut adalah kelebihan wanita berbanding lelaki..

1] Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

2] Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

3] Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia dido'akan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLaH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid. Manakala dosanya diampun ALLaH.

4] Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5] Seorang wanita boleh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

6] Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLaH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLaH... Sayangnya ALLaH pada wanita ...

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. bersyukurnya menjadi seorang wanita.. :D

    BalasPadam
  2. Subhanallah....indahnya mnjadi perempuan...bsyukur sgt :)

    BalasPadam
  3. setiap kejadian Allah itu ada keistimewaannye :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah....banyak keistimewaan wanita ni:)

    BalasPadam
  5. setiap apa yg Allah jadikan pasti ada kehebatan dan keistimewaannya. so kena bersyukur kan.

    BalasPadam
  6. Bersyukur menjadi seorang wanita...tanggungjawab seorang ank lelaki memang besar...

    BalasPadam
  7. BERTUAH MENJADI SEORANG WANITA...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^