GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

AMARAN: Suami yang tak sayang isteri dilarang BACA!!!

AMARAN. Kandungan ini adalah terhad untuk suami yang sayangkan Isteri sahaja`

Pesanan-pesanan buat suami
----> seperti yang di dengari dalam ceramah Dr. Fadhilah Kamsah di kaca TV.

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan ibu anda. Kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari ibu anda.

4. Jangan terlalu demand sex sekiranya isteri takde mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Bila sudah mempunyai anak, sama-samalah menjaganya. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan bagaikan maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai giliran isteri yang tinggal cuma kepala ikan, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri terlebih dahulu, awal sehari-dua. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma hidang mee maggi ngan sirap je.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka MACAM masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajin dan kerap-keraplah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah je.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh terima, jadi mengapa isteri awak kena terima kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya biarpun pening-pening biasa.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah dengan kuasa veto, takkan nye jadi bapok/pondan kalau ambil kira pendapat isteri. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku EGO tu bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali baik!

23. Jangan buat taktau kalau isteri merajuk atau kecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf. Kalau perlu dipujuk, pujuk. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah pandang enteng dan meremeh kan perasaan hati isteri. Jangan disebabkan rajuk si isteri mudah sejuk sendiri, suami rasa tak perlu pujuk dah. Sebenarnya bila isteri kecil hati, dan pulih dengan sendiri itu merupakan satu petanda tidak baik buat suami. Bagaikan luka tak dirawat, lama-lama membengkak dan meletuskan nanah.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Sumber

autopublish entry

2Ulasan

  1. wowwwwwwww.. hebat, 23 fakta suami perlu fahami isteri, kalau terima 70% dr fakta2 di atas, alhamdulillah sbb kitapun perlu menerima dia seadanya..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ