GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 hidupan laut paling pelik

Amaran keras buat pemancing semua, jangan anda terkejut jika sedang memancing, terjumpa atau tersangkut pula hidupan laut yang sesat dan pelik rupa bentuknya. Jangan pula dikatakan makhluk asing atau alien dari planet Pluto pula ya. Ini kerana, terdapat berjuta-juta hidupan laut pelik dan unik yang kebanyakan kita tidak tahu akan kewujudannya.

Jadi kami senaraikan buat anda lima jenis hidupan laut yang luar biasa rupanya di dunia. Jika ditanyakan kepada kami, kami berharap sangat dapat berjumpa salah satu daripada hidupan ini. Sebagai pemancing, lebih rare adalah lebih baik.

1.The Blob Fish

Spesies ini menjadi terkenal kerana wajahnya yang seakan-akan orang yang sedang muram kesedihan. Akan tetapi, ikan yang banyak terdapat di sebelah tenggara perairan Australia ini nampaknya mempunyai alasan kukuh untuk berwajah sedih. Mereka terancam dek kerana penangkapan ikan yang dilakukan secara besar-besaran.  Hmm, patutlah Blobfish ni asyik bersedih aje.

2. Axolotl

Dengar namanya pun dah pelik, belum lagi melihatnya.  Berbelit lidah nak menyebutnya tu. Ikan spesies ni, adalah daripada jenis Salamander yang menghabiskan masa hidupnya dalam bentuk larva. Binatang eksotik ini juga dikenali sebagai ‘ Mexican Walking Fish’ kerana ia kelihatan seperti ikan yang memiliki tangan dan kaki. Akan tetapi, sebenarnya Axolotl bukanlah sejenis ikan, ia adalah salamander yang terdapat di Mexico City. Spesies ini sangat comel dengan insang berwaran merah di luar tubuhnya.  

3. Viperfish 
Rasanya seperti berada di dalam filem Alien vs Predator bila melihat bentuk rupa ikan ini. Dengan giginya yang panjang terkeluar,matanya yang terbeliak. Ia merupakan spesies ikan pemangsa yang ganas. Jangan risau, ikan ini biasa berada di kawasan pendalaman laut , jadi potensi untuk terjumpa dengan spesies ini sangat jarang.

4. Vampire Squid

Vampire Squid atau sotong kelawar ini diberi nama sebegitu kerana mukanya seakan-akan kelawar dan menggerbang seperti Dracula setiap kali bergerak. Spesies ini juga boleh didapati di kedalaman 2 ribu hingga 3 ribu kaki.

5. Sotong Firefly
Sotong ini mampu membesar sehingga tiga inci sepanjang hidupnya. Sotong ini juga dilengkapi organ yang mampu mengeluarkan cahaya biru yang juga dipanggil Photophores. Apabila waktu malam, ia akan kelihatan bercahaya kebiru-biruan dan ia hidup di kedalaman 1200 kaki. 


Nota Ungu: Pelik kan.. tapi tiada yang mustahil untuk Allah ciptakan.. Hanya Allah tahu rahsia disebalik penciptaan makhluk-Nya

10Ulasan

  1. subhanallah.. uniknya ciptaan Allah.. aiza kalau jumpa mesti lari dulu kot.. hehe.. takut tengok rupa dia pelik macam tu..

    BalasPadam
  2. subhanaAllah hebatnye ciptaannye ..thanks kak sharing baru tahu

    BalasPadam
  3. Subhanallah. ...tak pernah tgok. Mmg pelik

    BalasPadam
  4. Subhanaallah....apa yang di ciptakan oleh Allah pasti ada sebab2nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. hnya Allah yg tahu hikmah penciptaan makhluk-Nya

      Padam
  5. huhhuhu kalau jumpe ! harus sebulan x turun laut .. nak2 viper fish tuu uhuh

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ