GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu.

5 Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil

5 Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil
5 Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil

1 Lipstik

Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

2 Krim pemutih

Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

3 Ubat jerawat

Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti.


4 Pewarna rambut

Anda gemar  bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.


5 Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil
5 Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil

5 Kasut bertumit

Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.


sumber: Majalah PaMa


Nota Ungu: Kena la berpantang kejap bila pregnant.. itulah pengorbanan ibu kan.. hadkan apa yang disuka demi si anak.. :)

entry autopublish

3Ulasan

  1. alhamdulillah tak pregnen pon mmg tak buat benda2 yang ditulis.. :)

    BalasPadam
  2. sejak kaki terseliuh semasa ngandungkan dak alya, terus tak pakai kasut bertumit hatta 1 inci sekalipun.. fobia

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ