Perkara Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mama perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu.


* Lipstik - Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti.


* Pewarna rambut – Anda gemar  bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.


* Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.




Nota Ungu: Kena la berpantang kejap bila pregnant.. itulah pengorbanan ibu kan.. hadkan apa yg disuka demi si anak.. :)

entry autopublish

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. alhamdulillah tak pregnen pon mmg tak buat benda2 yang ditulis.. :)

    BalasPadam
  2. panduan buat bakal2 ibu ni

    BalasPadam
  3. sejak kaki terseliuh semasa ngandungkan dak alya, terus tak pakai kasut bertumit hatta 1 inci sekalipun.. fobia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama