GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Semuanya Pasal Bawang

Bawang, sinonim dgn dapur... Kalau de dpaur de bawang..de bwang de la dapur kan..
Bawang ni penyedap makanan... Tak sedap masakan kalau tak buh bawang... Tak kisahlah bawang besar ke bawang kecik ke bawang putih ke bawang merah...


Beberapa petua pasal bawang yang aku tahu saja aku nak kongsikan... Boleh je sapa2 nak amalkan...


Kulit bawang penghalau syaitan
Ni petua org lama2... Kalau ada budak2 menangis diwaktu maghrib... Tok nenek akan amik kulit bawang merah dan putih bakar kat dapur kayu... Bau yg menyengat hidung dikatakan boleh menghalau hantu syaitan yg mengacau...


Bawang besar pemanis masakan
Gunakan banyak bawang besar boleh menjadi pemanis masakan, terutama sambal atau masakan yg pedas. Tak payah guna gula sebaliknya gunakan bawang besar yg di kisar.

Petua hilangkan pedih mata ketika menghiris bawang
Petua yg mak aku pernah ceritakan, cara nak hilangkan pedih mata ketika hiris bawang, cucuk bawang yg tak dihiris di hujung pisau.. kononnya pedih tu akan diserap oleh bawang dicucuk tu.. hmm.. macam tak logik tapi tak tahu lah betul ke tak .. cuba je lah.. hehe

Mitos: Orang yg pedih mata ketika kupas atau hiris bawang
Mitos ni aku dapat dari keluarga sebelah suami aku... kononnya org yg pedih mata ketika kupas atau hiris bawang, org tu banyak penyakit dalaman badan.. contohnya buah pinggang kurang sihat atau paru2 bermasalah.. aku tak sure sgt pasal ni.. kena tanya doktor lah utk kepastian ea..

Bawang putih keluarkan angin dalam badan
Yang ni petua popular lah kan.. memang betul pun.. bawang putih boleh bantu utk keluarkan angin dalam badan. Dulu2 aku suka makan bawang putih bakar sebab mmg banyak angin dalam badan.

Bawang putih sebagai pengilat kuku
Yang ni aku pernah buat.. Sebagai pengilat kuku semula jadi.. tenyeh bawang putih yg dipotong sikit dihujungnya pada kuku... buat selalu baru nampak hasilnya.. kuku pun jadi bersih je.. cuma tak best, lepas tu kena sabun banyak2 .. kalau tak melekat bau bawang tu.. 

Ni pula info pasal khasiat bawang putih:

1. Mengurangkan risiko strok
2. Mengurangkan risiko kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
4. Antiinflamasi.
5. Mengandungi banyak iodin.
6. Membantu sistem pencernaan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.



Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.




Nota Ungu: Bawang memang busuk kan.. tapi sangat berguna...dan satu lagi info tambahan... bagi lelaki yg amalkan makan bawang merah/bawang besar boleh membantu memekatkan air mani dan meningkatkan kualiti sperma... info ni dapat dari buku yg aku bca tpi x ingt dh buku apa... boleeh la cuba ea..

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ