Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang


Ada benarnya juga kenyataan ni wlaupun salah kan... 

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.
Firman Allah s.w.t: "Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih terok dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)

3. Lapar menyukarkan syaitan.
Nabi s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.
Nabi s.a.w bersabda: "Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w
Abu Hurairah r.a berkata: "Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w
Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:
"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum-hukum makan
Makan ini ada beberapa hukum:
1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang
Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata:"Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:
1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat-tempat kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.
Khalifah ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:
"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

# maksud lapar yang terpuji disini adalah yang adalah lapar sedikit yang tidak membawa penyakit. Adapun lapar yang boleh membawa penyakit adalah dilarang.




Nota Ungu: AMARAN KERAS!! JANGAN POST GAMBAR MAKANAN KETIKA RAMADHAN.. HEHE


entry autopublish

Catat Komen

5 Ulasan

  1. ramai sangat makan berlebihan ni...maklumlah makanan kat Malaysia ni enak-enak...lagi-lagi kalau makan free...hehhee

    BalasPadam
  2. seelok-eloknya berhenti makan sebelum kenyang.. tapi saya suka makan.. hihi..

    BalasPadam
  3. Ini kalau abang baca maria mesti dia tersengih sebab perut abang boroi tau. Dah kurangkan makan pun masih boroi kesian juga kakak tengok habis nak buat macam mana..

    BalasPadam
  4. hehe.. pantang nampak yang sedap sume nak rasa...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^