GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Fakta Menarik Ibu Bersalin


Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Nota Ungu: Pengalaman bersalin ialah rahsia ... mmg aku tak citerkan pada sesiapa, sebab atas permintaan suamiku, kerana itu adalah rahsia.. maka aku rahsiakan.. Bersalin mmg sakit, tapi  langsung rasa serik nak bersalin, bahkan lepas bersalinkan Faiqah, terus naluriku nak anak lagi.. huhu.. tu yang tak sabar2 nak mengandung lagi.. 


autopublish entry

2Ulasan

  1. thanks for sharing maria... betul tu... kita boleh bercerita tapi ada yang perlu dirahsiakan... *_^

    BalasPadam
  2. rasa takut plak. tapi hana tengk org mengandung diorang xrasa takut pun.. yang patah2 tu yang buat hana gerun tuu. hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ