GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tip Bangun Awal Pagi

Bagi yang ada masalah bangun pagi... Jom baca tip2 dibawah untuk mudahkan bangun pagi...


1. Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya. 
Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelumá anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.

2. Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah melayari internet lama sebelum rutin tidur anda.

3. Jauhi kafein. 19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat anda menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang, lebih baik jika lebih awal.

4. Makan malam ringan. Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup, sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan sekali-kali makan pada lewat malam.

5. Buka langsir bilik dan tingkap di bilik. Biarkan udara pagi mengalir masuk ke dalam bilik anda. Lihatlah matahari yang mula menampakkan dirinya dan mula menyinari bilik anda.

6. Mengetahui motivasi anda. Jika anda ingin bangun pagi hanya kerana anda merasa seperti anda seorang yang kecundang jika anda tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologiá sebut motivator positif. Anda perlukan satu alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lain. Apakah anda ingin pergi kerja sebelum bos anda sehingga beliau dapat melihat anda kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah masuk pejabat? Apakah anda ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari sebelum anak-anak bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi anda untuk bangun pagi-pagi dan tulis semua alasan-alasan itu. Letakkan tulisan-tulisan motivasi anda di depan meja sisi katil anda sebagai peringatan untuk anda lebih “motivated” untuk bangun pagi.

7. Buat perjanjian di pagi hari. Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat kerja dengan teman dan pembersihan gigi. Buat kewajiban anda untuk bangun pagi-pagi tidak hanya untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk orang lain. Anda akan lebih bertanggungjawab jika anda tahu ada sesuatu yang menanti anda untuk dilakukan.

8. Berikan diri anda sebuah penghargaan. Jika anda adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan anda atau 15 minit membaca blog sebelum anda melompat ke bilik mandi, tetapi sekali anda telah menyelesaikan kerja keras anda untuk keluar dari tempat tidur anda yang besar dan nyaman, berikan diri anda sendiri sedikit hadiah.

Ni pula tip2 untuk mudahkan bangun di awal pagi sebelum subuh:

  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.


Sumber: SINI dan SINI




Nota Ungu: Aku pun kadang2 ada masalah bangun pagi, lepas ni kena konsisten buat petua-petua dan tips diatas

2Ulasan

  1. ok, dah boleh komen. jap nak baca entry balik. sbb ni try je. dah 2 entry awk, sy tak boleh drop komen..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ