GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sedekah hanya dengan Skim Potongan Gaji

Salam malam... heee.. mcm pelik je.. 

Saja nak share satu perkara kebaikan dan amal jariah yg berkekalan... Sedekah jariah adalah amalan yg dituntut ISlam.. sebagai menyucian harta dan memberi pahala yg berkekalan hingga akhirat sana..inshaa Allah.. 

Masa LDP hari tu, ada satu slot yg buatkn aku terasa bertuahnya sebab baru tahu dan terus rebut peluang tu.. iaitu bersedekah dengan Skim Potongan Gaji. Rupanya Pihak Yapeim (Yayasan Pembangunan Ekonomi ISlam Malaysia) ada menyediakan satu perkhidmatan iaitu, bersedekah serendah dengan RM5 melalui potongan gaji bagi kakitangan kerajaan dan swasta yg bergaji tetap bulanan... 

Wah,,,peluang ni utk buat amalan kebaikan dan menyucikan harta.. ok, aku sediakan sikit pasal Skim Potongan Gaji dari YaPeim... 

Diperkenalkan dan dilancarkan pada 8 Januari 1985. Pelancaran semula oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia (ketika itu) pada 1 Disember 2000. Merupakan Skim Utama YaPEIM dalam menyediakan peluang beramal jariah kepada kakitangan dari sektor awam dan swasta yang bergaji tetap melalui potongan gaji bulanan. Urusan potongan gaji dan bayaran kepada YaPEIM diuruskan oleh majikan masingmasing. (mengikut sistem bahagian gaji masing-masing samada melalui Jabatan Akauntan Negara, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Perbendaharaan Negeri atau melalui majikan masing-masing. Pembabitan penyumbang adalah secara sukarela dan atas kesedaran dalam penyempurnaan tanggungjawab sosial ke arah pembangunan ummah

Kaedah Pembayaran
  • Dapatkan borang persetujuan sumbangan dari pejabat YaPEIM atau melalui wakil-wakil YaPEIM.
  • Lengkapkan borang persetujuan sumbangan mengikut butiran yang disediakan.
  • Tandakan (v) jumlah potongan gaji bulanan anda (minimum RM5.00)
  • Hantar borang persetujuan ke pejabat YaPEIM. Sekiranya urusan potongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), pihak YaPEIM memerlukan salinan kad pengenalan dan slip gaji terkini anda dan dilampirkan bersama borang BPA1/79.
  • Bagi kakitangan awam dan swasta, urusan potongan gaji boleh dilaksanakan melalui Majikan/Pejabat Pembayar/Biro Perkhidmatan Angkasa/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri.
  • Sumbangan boleh dihantar terus oleh pihak majikan ke pejabat YaPEIM beserta salinan pendua borang persetujuan.
Boleh hubungi:

Unit Skim Potongan Gaji
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 7, No 52, Bangunan YaPEIM,
Jalan Kg Attap
Beg Berkunci 11012
50732 KUALA LUMPUR
 
Talian Amal       : 03 – 22730084
Waktu Operasi  : Isnin-Khamis  8.30 pg – 5.30 ptg
                              Jumaat              8.30 pg – 12.30 ptg
No Tel                 : 03‐22733170/71/72 sambungan 218,258,228
No Faks              : 03‐22724458/ 03‐22733167
Email                  : amaljariah@yapeim.net.my

Boleh download borang kat SINI

sikit pun tak pe asalkan berkekalan... Nabi s.a.w pernah bersabda: Sebaik-baik amalan ialah amalan yg sedikit tetapi berkekaln..." Bila lagikan... sebab kalau dh gaji, sgt jarang kot nak bersedekah.. kiranya yg dh tetap la smpai la kita pencen atau berhenti keje... jalan je setiap bulan potongan tu... mudahnya nk cari pahala kn.. 

Firman Allah yang bermaksud: "Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran ayat 92).

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya". (Hadis riwayat Muslim)

Selamat beramal... moga perkongsian ni membawa manfaat utk semua... inshaa Allah.. 

p/s: Kalau nak berwakaf pun ada, boleh pergi pejabat YaPEIM atau rujuk laman web http://yapeim.net.my

Rujukan: SINI

3Ulasan

  1. Memang bagus kan.. Wakil YaPEIM ada ke sekolah akak juga beberapa hari lepas.

    BalasPadam
  2. duit sumbangan yg kita bg tu ypeim salurkan ke mana???

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ