Ticker

6/recent/ticker-posts

Waktu-waktu Doa Mustajab

Doa adalah senjata mukmin, yang paling tajam dari pedang... sebaik2 doa adalah dari ayat2 al-Quran, namun tidak menjadi kesalahan atau doa kurang makbul jika kita doa selain dr bahasa Arab..kerana Allah faham apa pun bahasa yg kita gunakan.. Jom.. sy nk kongsikan waktu2 yang paling mustajab untuk kita berdoa.. 

(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa 
Nisfullail 7/149-150)

Oleh sebab itu kita digalakkan berqiamullail.. pnh ustaz sy bgtau, sebelum tido setiap mlm, berniat dan ushalah untuk bangun qiamullail.. jika tidak terbangun, maka malaikat dh catat pahala niatnya.. 

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17). 

Ni salah satu kelebihan bg org yg berpuasa.. jom kita puasa.. best pe puasa kan.. relax je kalau puasa.. ta yah nk pikir bila nk makan, kat mana nak mkan.. 

(3). Setiap Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T, baginda s.a.w menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

Berdoalah setiap kali lepas solat, jangan bangun terus lepas bagi salam.. paling kurang istghfarlah tiga kali kan.. 

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

Doa rakyat2 palestin dan umat Islam seluruh dunia mendoakan keselamatan umat Islam di sana.. 

(5). Sesaat ketika Hari Juma'at
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190) Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Azan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

Digalakan juga buat solat sunat Rawatib... sebab lepas solat sunat 2 rakaat kita berdoa.. In Shaa Allah mustajab... 

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul Qadar

Allah S.W.T  berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib r.a dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi s.aw  bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

Yang ni setahun sekali kan.. so, kena rebut peluang yang ada.. masa itu emas.. :)

Moga bermanfaat untuk semua... dan perbanyakkan lah doa dikala susah dan senang... in shaa Allah Allah perkenanankan.. 

Artikel asal dan sumber rujukan di SINI

Catat Komen

3 Ulasan

  1. selamat malam ...terima kasih sudi share ..:)

    BalasPadam
  2. nunite.. thanks share benda yang sangat berguna ni.. hope kita boleh amalkannya, InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. amin

    BalasPadam
  3. Mudah2an doa kita semua dimakbulkan... aamiin..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^