GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Oh Bisul!.. Sakit Tau...

Owh.. aduh.. sakit weyhh.. dah lama tak kena.. sekali kena menyengat sakit.. itulah bisul.. dah tua2 (ouchh..belum tua kot).. kena bisul lagi??? Tu lah.. yang kena kat bawah ketiak lak tu.. padahal hari2 pakai deodorant tau.. sakit seluruh tnagan bila kena bisul... Sebut bab bisul, teringat kata2 cikgu Pengajian Am aku masa form six dulu, dia cakap, kalau kena bisul atau jerawat kena syukur Alhamdulillah... sebab yang pertama darah kotor dan tak diperlukan dalam badan kita keluar bersama2 nanah dari bisul, sebab yang kedua boleh mengurangkan risiko kena kanser... oh! ok.. Alhamdulillah..kena bisul atau jerawat ea.. 

Sumber gambar: Google Images
Tapi kenapa jadi bisul ni?? Ha.. meh sini, nak kongsi pasal bisul:

Penyebab Bisul:
Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Bisul?
Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. (haish.. bersih je, 2 kali mandi sehari)
  • Kawasan penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan. ( mungkin gak kan.. rumah sewa aku ni, mcm umah setinggan je gaya.. ssh nk cari rumah murah dn selesa kat KL nih.. dok la sini buat berteduh)
  • Atopy (alahan).. (yup.. aku alahan pada habuk dan debu.. hari2 tiga empat kali menyapu)
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang. (xde plak yg de sakit kulit)
  • Sistem imuniti badan yang lemah seperti pembawa HIV.(haish.. nauzubillah)
  • Kurang zat makanan. (aku?? kurang ke??? xde kot, terlebih makan tapi bdan tak naik2 adalah..)
  • Pesakit diabetis. (owh.. yang ni, xde dlm sejarah.. family aku xde sakit ni.. Alhamdulillah..)
Bagaimanakah Bisul Dapat Dicegah?
  • Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
  • Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
  • Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
  • Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
  • Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
  • Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
  • Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
  • Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
  • Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain.
  • Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yang terkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
PERHATIAN: Jangan PICIT BISUL.. tapi ni la yg selalu aku buat.. sebab..geram je.. rasa nak je cepat2 pecahkan bisul tu.. huhu

p/s: kecik2 dulu mak selalu pesan, jangan dok atas bantal nanti tumbuh bisul... sekarang tak dok atas bantal pun kena gak bisul mak.. hehe

Sumber: http://alamonline.net/

4Ulasan

  1. jerawat also bisul kan, ena juga ambil vitamin C untuk kulit, sebab hal ini dikaitkan dengan kulit juga.. Alhamdulillah, setakat ni sebulan satu je naik...

    BalasPadam
  2. @✿A I N A A✿jarang naik jerawat.. bisul lagi la.. dh lama dh tak kena nih..

    BalasPadam
  3. kecik kecik dulu suka kena bisul kat punggung... sakit woo

    BalasPadam
  4. masa sy duduk hostel dulu selalu jugak kena. perit! tapi semuanya dari Allah jugak. Just say Alhamdulillah :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ