GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cari Punca Masalah, Bukan Cari Masalah Dengan Masalah...

Mengapa hidup kita sering di landa masalah?? Masalah bukanlah sesuatu situasi yang asing bagi kita sebagai manusia biasa. Untuk berhadapan dengan masalah hidup, adalah suatu isu yang tidak boleh di pandang remeh. Masalah akan kita hadapi tanpa kita sangka bila saatnya tiba. Demikian tersebut, seharusnya kita sentiasa mempersiapkan diri dengan mencari bagaimana dan tips dalam menangani masalah. Kerana masalah yang kecil mampu membuatkan hidup kita menjadi huru-hara. Jadi,seharusnya kita mencari dan mendalami bagaimana atau tips dalam menyelesaikan sesuatu masalah sebelum masalah itu semakin rumit jadinya.. berikut tips atau kaedah utk. menyelesaikan masalah..

1. Sandarkan Harapan Pada Allah s.w.t. 
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”. ”Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah s.w.t.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139) Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya. Firman Allah s.w.t.: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

4. Luah masalah pada rakan
Luahkan Masalah anda pada rakan yang boleh dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban yang anda tanggung.

5. Berfikiran positif
Sentiasa berfikiran positif. dan bandingkan masalah anda dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita. Perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya, ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

6. Doa, Usaha dan Tawakal
Sentiasa amalkan dalam diri ketiga-tiga elemen ini. Sentiasa berdoa pada Allah s.w.t disamping berusaha untuk meringankan beban,kesusahan atau kekurangan yang ada dan sentiasa bertawakal padaNya.

InsyaALLAH, moga2 ALLAH akan permudahkan segala urusan.. Moga bermanfaat...

p/s: Sejauh mana pun lari, masalah tak kan selesai, sebaliknya hadapi masalah dgn mengatakan itulah cabaran bukan halangan... 

Sumber: Facebook

6Ulasan

  1. nice sharing dan peringatan... thanks sis sebab ena ni kadang2 tak boleh nak maafkan seseorang yang cari pasal dengan ena... memang ena ni cepat berdendam, masyaAllah

    BalasPadam
  2. salam..mmm betul tu, masalah takkan selesai kalau kita lari or ignore kan..huhuhu

    BalasPadam
  3. Nice entry...terasa nak bermuhasabah ngan diri sendiri lps ni..

    BalasPadam
  4. masalah takkan lari dari kehidupan kita kan...thanks sharing..:)

    BalasPadam
  5. mm.. cari punca masalah ya.. bukan selesaikan masalah yg ada kah..? hehe.. kat office sy, bila ada masalah, org selalu tunding2 jari cari siapa puncanya untuk disalahkan. sebenarnya, bukankah kita perlu selesaikan masalah tersebut dan bukan mencari salah siapa..?

    BalasPadam
  6. Persepsi masalah tu berbeza bagi setiap individu.
    Ada orang ,masalah kecik je tapi dia rasa macam teruk sangat dah..
    Ada orang pulak, masalah besar tapi bagi dia biasa je.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ