GuidePedia

3
Cuti sekolah dah hampir, confirm ramai yang mendirikan rumah tangga kan.. tapi sebelum nak kahwin, kena rancang dan planning betul2 perkahwinan tu.. supaya berjalan lancar, tak da yang terkurang... Ni de bebrapa tips yang daku nak kongsikan hasil pembacaan dan artikel2 koleksi ku pasal tips rancang perkahwinan...
Sumber gambar: google

1. KENALPASTI BAJET YANG DISEDIAKAN UTK MAJLIS PERKAHWINAN
Rancanglah majlis yang sesuai ngan bajet yang ada. Jgn keterlaluan dan lupa diri sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang. 'Ukurlah baju di badan sendiri'. Jangan nak buat grand2 tapi hutang sampai 5 keturunan tak habis bayar lagi.. Pihak pompuan pun, agak2 la letak badjet... Nak hidup lepas kahwin lagi banyak pakai duit... So, buat apa nak berhabis banyak masa majlis.. kenduri kesyukuran pun tak pe je kan... Tapi 10 tahun orang mengata... hihi

2. MOHON CUTI SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU LEBIH AWAL
Sebelum itu, maklumkan tentang perkahwinan anda kepada majikan/ketua anda. Paling penting siapkan segala kerja yang telah dimulakan. Ia agar tiada pihak yang rasa terbeban sementara anda bergembira membuat persiapan... Ni kalau kerja cikgu agak susah nak dapat dua minggu awal, tapi cuti sekolah tak perlu dah nak minta cuti... Bagi kerja selain cikgu memang 2 minggu waktu terbaik.. Tapi aku dulu, seminggu je dapat cuti, gtu gak dengan suamiku... 

3. HAL MENGISI DOKUMEN PERKAHWINAN
Perkara ini sering dipandang enteng oleh bakal pengantin sedangkan ia adalah perkara terpenting. Oleh itu anda haruslah mengisi dan menghantarnya kpd pihak berwajib lebih awal. Pastinya anda tidak perlu berkejar2 utk pulang ke kampung pd saat-saat akhir.. Tak siap dokumen macam mana nak kahwin... 

4. TEMPAHAN KAD JEMPUTAN
Setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai tarikh perkahwinan, anda seharusnya tidak membuang masa dan terus menempah kad. Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan harga dan reka bentuk yang diinginkan. Jgn lupa menyenaraikan nama jemputan dan bilangannya agar tidak menempah kuantiti kad yang berlebihan. Tapi zaman moden ni boleh dijimatkan dengan menjemput menggunakan facebook dan email, SMS pun boleh kan.. Tapi kad tu nampak la jemputan rasmi sikit... 

5. TEMPAHAN KHIDMAT FOTOGRAFI
Kenangan manis perkahwinan pasti dikenang seumur hidup. Tempahlah khidmat fotografi lebih awal agar anda boleh mendapatkan mereka yang terbaik dalam bidang ini. Pada masa yang sama mengelakkan diri dicaj lebih mahal kerana membuat tempahan pada saat2 akhir.. yang ni, depend la, masa daku dulu, tak de pun fotografer, amik sendiri2 je.. tapi biasa, di sediakn pakej skali dgn mak andam... 

6. PILIHAN BAJU PENGANTIN DAN PILIHAN MAK ANDAM
Anda akan mempunyai pilihan yang lebih banyak dan berpeluang mendapatkan pakaian yang tercantik. Paling menarik anda mempunyai masa utk mencari butik dan harga mengikut bajet. Penampilan anda pada hari istimewa pasti lebih anggun dengan adanya sentuhan mak andam. Jika bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran. Daku dulu, tempah sendiri, tak sewa... Baju nikah beli yang siap dah, baju masa kenduri je, buat.. 

7. WALI DAN SAKSI YANG SAH
Tanpa wali dan saksi yang sah, majlis perkahwinan tidak dapat dilangsungkan dengan lancar. Bakal pengantin perempuan haruslah memastikan kedua-dua pihak ini bersedia dan sedia maklum akan tarikh dan masanya. Jgn biarkan kesilapan komunikasi menjejaskan majlis perkahwinan anda.. Jika tak da wali kena guna wali hakim.

8. INSURANS SEBAGAI JAMINAN
Ramai tidak menyedari kepentingan insurans dalam situasi sebegini. Tidak salah jika anda mengambil insurans sebagai satu jaminan. Maklumlah malang tidak berbau. Andainya anda ditimpa musibah, perancangan yang telah dilakukan tidak lebur begitu sahaja. Anda boleh mendapatkan tuntutan dan tidak perlu menangguhkan majlis yang telah lama dirancang.

9. UJIAN SARINGAN HIV
Beberapa negeri telah mewajibkan bakal pasangan pengantin menjalani ujian saringan HIV. Jika anda berasal dari negeri berkenaan, setkan hari yang sesuai untuk mengambilnya. Jgn lakukan pada saat yang genting kerana byk prosedur yang perlu diikuti sebelum mendapat keputusan. Yang ni, buat awal2..keputusan nya boleh guna dalam tempoh 6 bulan.. tak yah la tunggu 6 hari lagi nak nikah baru nk buat kan.. buat awal2.. 

10. GAYA PENAMPILAN BERSERI
Bagi tampil berseri-seri pada hari berbahagia, bakal pengantin perempuan haruslah mendapatkan rawatan kesihatan dan kecantikan di spa. Pelbagai pakej yang disediakan dan anda boleh memilih mengikut kemampuan masing2. Rawatan ini boleh menambah keyakinan anda utk berdepan dengan para jemputan pada hari bersejarah itu. Aku dulu tak sempat nak g spa... just wat kat rumah, iaitu hari2 setiap pagi mandi air rebusan daun inai... dan minum air daun sirih, untuk kesihatan dalaman... :-)

Semoga perancangan kita untuk mendirikan rumahtangga diberkati dan dirahmati ALlah... Moga Allah mudahkan perancangan anda dalam mendirikan masjid.. Ameen.. Moga berbahagia hingga akhir hayat.. 

p/s: artikel ini, adalah olahan ayat sendri dan sumber adalah dari pembacaan penulis sendiri... 
Thanks for reading: 10 TIP RANCANG PERKAHWINAN

Catat Ulasan

  1. sapa yg nk kawen tu cepat2 take note

    BalasPadam
  2. hehehe wah kawin. tp sy blm nk kawin..hehe

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang menarik`
    Singgah sini baca entri & FOLLOW sekali`
    Jumpa link dalam Kelab Blogger Ben Ashaari :)
    S.a.l.a.m..P.e.r.k.e.n.a.l.a.n

    http://engkumuzahadin.blogspot.com/

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top