GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Formula Nak Jadi Jutawan!!!

selamat malam.. taip entry smbil menikmati mee kari (megi) + air kopi suam... (dah sejuk kot)... 

dari pak cik gugel.. 

Mesti semua nk tahu kan ... formula nak jadi jutawan.. percaya tak dalam sehari boleh dapat beribu... sebulan memng jutawan la.. formula ni lagi best bila masuk bulan puasa.. memang sah2 jutawan bila masuk ramadhan ni... 

Formula ni aku kongsi dgn semua anak2 murid ku... wuii... diorg tak percaya... boleh jadi jutawan sesingkat dan semudah ABC... 

Formula nye begini...
Baca surah al-Fatihah dan amalkan ayat kursi setiap kali selepas solat.. 

macam mana dikatakan jutawan tu... haaaa...gini.. tengok betui2... 

Surah al-fatihah ada 167 huruf. satu huruf darab dengan 10 pahala... 167 x 10 = 1670
1670 darabkan pula dengan bilangan rakaat solat lima waktu..... 1670 x 17 = 28390
28390 ialah jumlah sehari.. dan jika jumlah ni di darabkan dengan sebulan 28390 x 30 hari = 851 700

Ayat kursi pula ada 176 huruf.. guna la formula yg sama.. 176 x 10 = 1760
176 di darabkan pula dengan jumlah solat fardhu sehari semalam iaitu ... 176 x 5 = 8800
8800 ialah jumlah sehari.. dan jika jumlah ni di darankan dengan sebulan 8800 x 30 hari = 264 000

kemudian tambah kan kedua-dua jumlah  iaitu 851 700 + 264 000 = 1 115 700

haaa... itulah formula nak jadi JUTAWAN PAHALA dalam masa sebulan. Formula ni aku gunakan untuk tarik minat anak2 pelajar supaya membaca al-Quran. Cara ni juga, adalah sebagai bukti Allah Maha Pemurah dalam memberi pahala... Kalau pelajar2 aku, aku suruh je diorg convertkan atau darab la jumlah tu dengan RM0.10... haa.. kaya tak kita... 

Senangkan nak jadi jutawan di akhirat... ni baru pahala baca surah al-Fatihah dan ayat kursi... belum lagi surah2 lain.. Lau baca satu al_Quran bukan jutawan dah... tapi billionaire dah kan... 

Jom guna formula ni utk tarik anak2 kita membaca al-Quran... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ