Ciri Wanita Diminati Lelaki | BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar diagak kan.
Perangai mereka ada
kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.
Susah nak faham lelaki.... Tapi kalau kita faham sebenarnya lelaki ni mudah dan simple je orangnya.
Sebenarnya, lelaki ni dia suka perempuan yang macam mana ye?
Ini yang jadi persoalan kan...
Tak faham betullah kan...
Jadi, ni MF nak kongsikan ciri wanita yang diminati lelaki...
Walaupun tak 100 sama dan sempurna tapi ciri wanita sebegini kebanyakan diminati oleh lelaki.
Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka
membangkang. Dengar dan iyakan saja tapi jangan lah nampak fake dan seperti dibuat-buat.
Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. Romantik sebelum kahwin tak semestinya kena pegang... Itu HARAM!!! Tapi tunjukkan romantik tu dengan bagi hadiah, bagi semangat dan jadi yang memahami dia....
Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika perempuan memakai alat solek terlalu tebal. Bersolek ala kadar sahaja dan tak perlu over dalam make up... Sebab nampak fake sangat bila terlalu bersolek tebal.
Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui.
Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu. Bagi hadiah ke... Hantar suprise ke... Atau cukup sekeping kad tanda ingatan...
Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. (Yang ni dah kahwin wajib taat bukan hormat je)
Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita
yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif. Tapi tak melawan... Yang boleh bertindak sendiri dan tak terlalu bergantung harap dengan lelaki...
Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual
terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. (Jangan gedik sangat la... )
Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna. Merendah diri itu lebih baik.
Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan
apatah lagi daripada seorang gadis.
Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda
dipenuhi jerawat batu!
Gaya kemas
Aset penting untuk memikat lelaki adalah mata dan gaya
langkah yang kemas.
Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno dan rigid... Semua benda tak boleh...
Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran
serta tingkah laku yang bersopan-santun.
Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda
tidaklah perlu terlalu alim. (Tak semestinya bertudung labuh, cukup lah dengan tutup aurat dengan sempurna, dan jaga solat dan tingkah laku)
Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain
tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan ketika berada di samping lelaki yang diminati.
Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. (Bukan bersikap kebudak-budakan)
wah..menarik..!!dpt ubah diri lagi..hihi
BalasPadammenarik..thanks for sharing
BalasPadamhahaha betul tu especially yg mekap tuu
BalasPadam