Berapa lama patut kita tidur sbnrnya??? JOm baca kt bwh ni...
Dewasa
Jumlah tidur optima bukanlah konsep yang
bermakna melainkan pengaturan masa tidur itu dikaji berhubungan dengan ritma
sirkadian seseorang. Satu episod tidur utama seseorang agak kurang cekap dan
tidak mencukupi jika berlaku pada masa yang kurang sesuai. Pengaturan masa itu
tepat apabila dua penanda sirkadian berikut berlaku sepelas pertengahan episod
tidur itu sebelum bangun:
- konsentrasi hormon melatonin maksima, dan
- suhu badan terasn minima.
Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat
mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa
adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental,
daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan
risiko kemalangan. Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti
Pennsylvania pada tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif menyusut jika
tidur kurang daripada lapan jam.
Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap
sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa
orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam
hingga tujuh jam setiap malam. Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan
risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian. Kajian-kajian
lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihu 7 hingga 8 jam sehari sering
dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini
membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat
sosio-ekonomi yang turut berkorelasi dalam statistik. Pernah difikirkan bahawa
korelasi antara tidur lebih singkat dan pengurangan risiko kematian hanya
berlaku dengan sesiapa yang bangun selepas kurang tidur secara semula jadi
berbanding sesiapa yang memakai jam loceng.
Seorang kanak-kanak sedang tidur.
Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari
berbanding dewasa agar dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi
bayi baru lahir, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu
membesar. Seorang bayi baru lahir menghabiskan hampir separuh masa tidur dalam
keadaan REM (rapid eye movement sleep). Apabila mencecah usia kira-kira lima
tahun, cuma dua jam lebih dihabiskan dalam keadaan REM.
Tempoh tidur mengikut usia
Baru lahir -> sebanyak
18 jam
1-12 bulan -> 14–18
jam
1-3 tahun -> 12-15
jam
3-5 tahun -> 11-13
jam
5-12 tahun -> 9-11
jam
Remaja -> 9-10
jam
Dewasa, termasuk golongan tua -> 7-8 (+) jam
Wanita hamil -> 8
(+) jam
Korang blh baca artikel penuh KAT SINI
hehee..selalunya sy tido gan cukup..tp 2,3 ari nih tak rapa cukup coz mlm² asek batuk..xsihat..hikhik
BalasPadamsalam kenal ya :)
kalau dah mengantuk sangat bantai tidur berapa lama pun sampai lah tak ngantuk.hehe
BalasPadam