GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua Bayi: Hidung Tersumbat

Salam semua...

Di petang yang hening.. aku sorang2 je dok belek keje2 aku sbg guru yg x hbis2 lagi ni.. nama je cuti.. tu la hakikat seorg guru.. wpun cuti tetap bekerja... tapi org yg x duduk di situasi cikgu xkn faham kerja guru malah mencemuh... ish3...

Aku bukan nk citer pasal cikgu.. tapi sedikit petua yg ku dapat tadi selepas teringat apa yg dikatakan oleh adikku dulu dan idea dari iklan Breath Right....

Tadi pagi selepas mandikan si comelku, Faiqah Mu'affah.. hidungnya tersekat dan ada lelehan kuar... laa.. selesema rupanya ankku ni.. patut la merengek wpun dah kenyang... tepuk belakang, baca selawat dan gsok batang hidung.. tapi x berkesan... ish mcam mana ni... aku tengok ada iklan Breath Right, satu alat yg letak kat batang hidung utk legakan penafasan atau hidung tersumbat... pastu teringat plak adik aku ada cakap, lau hidung tersumbat atau tersekat, cuba ambil tisu, pastu celup air dan letakkan kat btg hidung dia.. pasti lega.. Aku pun cuba la buat.. Haa... mmg berkesan dgn izin Allah.... hidung Faiqah x tersumbat lagi.. dia dh blh nafas dan 5 minit kemudian dia terus lena... 

Alat ni lah bg idea aku wat petua mudah, jimat dan cepat lagi berkesan...

Petua yang sangat simple dan jimat.. x kuar apa2 modal pun... cuma masa aku tampal tu baca selawat nabi 3x dan selawat syifa'... Alhamdulillah.. x payah nak g beli apa2 ubat...

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ