GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia Air Selusuh

Salam semua... Straight to the topic... Citer tntang air selusuh.. atau minyak selusuh... Aku nak share ilmu baru yang aku dapat melalui pembacaan aku dalam sebuah novel bercirikan perubatan. Novel ni bertajuk "Denyut Kasih Medik" memang banyak ilmu boleh dikongsikan melalui pembacaan novel ilmiah ni... boleh cari kat kedai2 buku seluruh Malaysia.. penulisnya pun seorang doktor di sebuah hospital ditanah air dan juga doktor sambilan di klinik swasta... sebab tu kisah dan ilmu dalam ni boleh dipercayai sbb ditulis berdasarkan pengalaman ~aisyeh..promote tu..:)~

Air selusuh atau minyak selusuh ni dibuat daripada air kosong atau air zamzam.. dan ada juga sesetengah yang meletakkan beberapa titik minyak kelapa didalam air ni. Fungsi air selusuh ni untuk memudahkan ibu-ibu bersalin. Aku sendiri tidak ambil air ni.. sbb mak aku atau mak mentua aku tak tahu-menahu pasal air atau minyak selusuh ni.

Sebenarnya, Air selusuh @ minyak selusuh sangat tak digalakkan ibu2 mengandung meminumnya. Air selusuh blh menyebabkan pengecutan rahim yg cepat dr yg sepatutnya. Ini blh menyebabkan bayi lemas krna rahim mengecut cepat sdgkn pntu rahim masih belum buka. Menurut seorg doktor pakar perbidanan dan sakit puan, kbykkan ibu2 yg minum selusuh perlu dibedah..kerana rahim yang mengecut secara cepat dari kebiasaannya.  Kalau nk minum perlu tahu caranya. Air selusuh hanya boleh di minum ketika sakit hendak bersalin iaitu setelah bukaan pintu rahim mencapai 5cm.

Aku sendiri telah mengamalkan air untuk permudahkan bersalin dgn caraku sendiri. Cara ni aku dapat semasa aku dan suamiku kursus kahwin dulu.. Ada seorang penceramah dalam kursus tu ajar cara-cara nak buat air untuk isteri mudah bersalin.. Sebaik-baiknya si suami yang buatkan..

Caranya:
Ambil segelas air kosong dan Bacakan surah al-Insyiqaq ayat 1-5 sebanyak 3 kali dan tiupkan pada air tersebut. Kemudian ambil air tu sapukan pada perut isteri mengikut arah pusingan lawan jam sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Buat 3 kali. Lebihan air tu bagi isteri minum.

Ni adalah salah satu ikhtiar sahaja.. segalanya terserah kepada kehendak dan kekuasaan Allah.

~see u at next entry... wslm... ~

2Ulasan

  1. salam, suami kena buat air to time bile? da nak bersalin ke @ 38week ++++?

    BalasPadam
  2. ank first ngan kedua minum air selusoh..yg ketiga x sempat nk buat..huhu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ