Tips Rasa "HoneyMoon" Sentiasa

Salam warga peminat blog...

Tajuk diatas tntg tips cinta.... aku nk kongsi sikit tips2 yg aku dapat dan amalkan dan juga dari pembacaan... Macam mana nak kekalkan rasa 'honeymoon" walaupun dah lama kahwin... bukan mudah sebenarnya nk dapat 'feeling' mcam ni, sbb dalam perkahwinan pelbagai dugaan dan ujian akan kita hadapi... Namun setakat ni, alhmdlillah itulah ungkapan yg patut ku ungkapkan setelah berjaya meraih rasa 'honeymoon' yg berterusan sejak hari aku disatukan... Rindu, sayang, cinta tak pernah berubah antara aku dan suami tercinta...

Ni tips yg dapatku kongsikan bersama...

1) Hari perkahwinan perlulah diniatkan bahawa, perkahwinan yg kita ingin bina hanya semata-mata ingin mencari keredhaan Allah.. hanya utk Allah, Semata-mata kerana Allah... jika ini yg kita niatkan insya-Allah segala apa yg kita buat termasuk majlis perkhwinan yg kita lakukan juga sentiasa dalam keberkatan Ilahi.

2) Sentiasa ucapkan "I LOVE U", dan "I MISS U".. tidak perlu siapa mulakan dulu, tapi antara suami isteri perlulah ada sikap berebut2 utk mengucapkan lafaz keramat ini...

3) Tekadkan dalam hati masing2 ingin jadi pasangan yg terbaik... Suami msti berusaha, berdoa utk menjadi suami yg terbaik, begitu juga isteri...

4) Sentiasa lakukan aktiviti dalam rumah atau rumah bersama-sama jika ada kelapangan. Waktu terluang pergilah berjalan-jalan atau beriadah bersama...

5) JIka terpaksa berjauhan, luahkan rasa rindu dan ingin sntiasa hidup disamping si dia...

6) Pelukan, Ciuman adalah aspek yg paling penting utk mengikat kasih antara suami isteri.. peluklah dan ciumlah suami/isteri setiap detik... pelukan membuatkan pasangan rasa dirinya dihargai dan disayangi...

7) JIka berlaku selisih faham, mudahkan dan ringankan mulut utk meminta maaf... jgn mencari salah siapa tapi mencari jalan penyelesaian masalah tersebut bersama-sama...

8) Jgn lakukan perkara atau perbuatan yg pasangan tidak suka...

9) Senda gurau aspek terpenting dalam rumah tangga.. tanpa senda gurau pasti hambar rumah tangga tersebut... Sentiasalah bergurau, namun tgklah 'mood' psangan.. jgn ketika ketika psgn baru ditimpa mslh ditempat kerja...

10) Aspek yg paling penting, DOA... teruskan berdoa kepada Allah utk memperkukuhkan ikatan hati suami isteri... selain itu, wajib cari masa utk sama-sama menunaikan solat berjemaah antara suami dan isteri... antara doa yg ku amalkan "surah al-Hasyr = 3 ayat terakhir", Surah Yusuf: ayat 4...

11) Hormat menghormati psangan... suami akan sntiasa menyayangi psangan jika kita menghormatinya sebagai suami walaupun ada perbezaan antara suami dan isteri... begitu juga sebaliknya...

itulah serba sedikit tip yg boleh ku kongsikan... selamat beramal...

Catat Ulasan

0 Ulasan