بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Bakso Paling Mudah Tapi Sedap | Bakso adalah makanan dari orang Jawa... MF mula kenal Bakso ni masa belajar di Johor. Sekarang dah kahwin orang Johor dan menetap di Johor jadi biasa saja dengan makanan ni.

Bakso ni makanan yang simple. Macam sup aje makan dengan bihun atau mee... Tapi bahan dan rempahnya serta cara makan tu mungkin membezakan resepi ni dengan bihun sup utara.

Dah cuba? : Resepi Bihun Sup Utara Mudah

MF dah lebih 10 tahun juga la biasa dengan budaya Johor ni.. Tapi sekali pun tak pernah masak bakso. Kalau nak makan, suami MF yang masakkan.

Tapi, semalam suami busy dengan kerja dia.. Melayan customer dia.. Jadi, nak tak nak MF la kena masak. Fuhh.. Mencabar ni.. Debar pun ada juga...

Tapi takpe.. Cuba juga masak. Study dulu (Google la apa lagi) bahan dan cara masak tu camne kan.

Dah rasa confidence tu, terus sahaja siapkan bahan dan cuba masak.

Memang mudah je... Tapi menjadi ke tak tu yang kena tunggu suami dan mak mentua yang rasa sebab depa orang Johor.

Masa yang ditunggu bila suami merasa... Fuhh.. Suami memuji.. Sedap kalah dia masak katanya.. Menjadi betul... Berkali-kali dia tambah..

Fuhhh.. (lap peluh) lega sebab menjadi dan sedap...

Jadi, MF nak kongsikan resepi Bakso yang mf buat ni... Sebab caranya senang sangat dan bahan pun tak susah mana... Memang sesuai resepi ni bagi yang pertama kali nak cuba masak.

Resepi Bakso Paling Mudah Tapi Sedap
Resepi Bakso Paling Mudah Tapi Sedap

Resepi Bakso Paling Mudah Tapi Sedap


Bahan-bahannya :


  • 7 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam - dikisar
  • 2 sudu kecil serbuk sup
  • 1 kiub sup tulang - tapi kalau takde boleh je guna kiub pati ayam
  • Bebola daging 
  • Air kosong
  • Sedikit minyak untuk menumis. 
  • Gula dan garam secukupnya.


Cara memasak


  1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga halus.
  2. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga naik bau. 
  3. Kemudian masukkan semua rempah serbuk dan kacau sebati. 
  4. Kemudian masukkan air, bergantung berapa banyak kuah yang dikehendaki. 
  5. Bila mendidih, masukkan kiub tulang atau kiub pati ayam. Biarkan mendidih dalam 3 ke 5 Minit... 
  6. Kemudian masukkan bebola daging, garam dan gula secukupnya. 
  7. Biarkan mendidih hingga bebola daging kembang. 
  8. Sedia untuk dihidang bersama bihun atau mee. 


Untuk hidangan, Bahan-bahannya 


  • Bihun yang siap dicelur atau mee kuning. 
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Tauge (optional kalau takde pun takpe) 
  • Sambal kicap 


Di sini : Resepi sambal kicap Johor

Siap untuk dihidang... Sedap dimakan panas-panas..
Ini resepi paling mudah sebab tak perlukan daging atau tulang.

Tapi sebab ni musim korban, boleh saja nak lagi sedap rebus tulang dan gunakan air rebusan daging atau daging tu sebagai kuah sup bakso, jadi tak perlu dah letak kuib sup tulang sebab original dah dari air rebusan tu.

Selamat mencuba... 

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. saya pun kenai bakso ni masa belajar di UTHM parit raja. sampai lani dok terbayang bakso di situ. hahahaha

    BalasPadam
  2. Saya mula-mula tergila-gilakan Bakso ni masa fenomena novel Ayat-Ayat Cinta tulisan Habiburraham El-Shirazi. Watak hero dalam novel tu buat dan jual Bakso di Universiti Al-Azhar. Namanya Fahri. Masa tu tergila-gila betul dengan watak Fahri ni.. hahahahaha.. :)

    Sanggup cari gerai-gerai makanan Indonesia sebab nak makan Bakso. Tapi sekarang bila rindu Fahri, saya pun buat Bakso sendiri. Baksa di makan dengan sambal kicap Johor memang padu..! :)

    ...

    BalasPadam
  3. Resepi seakan soto tetapi kuah sup bukan dari rebusan ayam..
    Selain itu beza mungkin hanya ditambah bebola daging / ayam instead of daging ayam carik.. Terbayang kesedapannya MF..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama