GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah | Sejak sebelum raya, sibuk dengan kerja. Suami sibuk, isteri terlebih sibuk. Sibuk hal di rumah, sibuk pula dengan hal di tempat kerja.

Lepas raya, bertambah lagi sibuknya. Dengan program sekolah, program marhaban sana sini... Fuhh.. tak menang tangan. Minggu lepas lagi over busy, selagi tak azan Asar, tak sampai rumah... Penat yaaa.. amat...

Disebabkan itu, suami cadangkan cuti hujung minggu... MF follow je... dapatlah happy kan anak-anak sebab mak pak nya sibuk kan setiap hari.

So, lepas set tarikh terus cari hotel mana dan di mana nak bercuti... Memula macam malas nak pergi jauh... Dalam Johor je la.. MF cadangkan pergi Mersing, suami kata baik pergi Melaka.. sebab sama jauh je lebih kurang...

Jadi, kami decide ke Melaka... Terus set tarikh dan cari hotel dengan bajet yang rendah...

Seperti biasa, MF selesa pakai Apps Booking.com.. cari punya cari... adalah yang selesa untuk 6 beranak... harga hampir RM200 lebih... Macam nak booking, tapi pending dulu...

Lagi dua hari dari tarikh MF tengok lagi.. ada lagi hotel tu... Tapi ntah macam mana, lepas sebelum tidur tu teringatkan Traveloka... MF ada terima kupon diskaun dari email sebab langgan newsletter dari Traveloka... Dan sememangnya MF tak pernah lagi guna Apps Traveloka... Tapi sebab ada kupon tu, MF cuba tengok pula kat traveloka...


Sekali, buka tengok.. harga lebih murah... dengan diskaun 18%, MF dapat harga apartment terus... 2 bilik dengan katil queen, dapur, ada ruang tamu, tv dan lain-lain kemudahan dengan harga yang lebih murah... hanya RM117 je semalam.

Tanpa fikir panjang, terus sahaja tempah... Cuma beza kat traveloka, ada sesetengah kita bayar terus, ada juga yang boleh bayar di hotel nanti. Tapi sebab dah murah, MF terus je bayar... dan resit yang dihantar ke email MF print sebagai bukti bayaran untuk check in nanti.

Fuhh.. berbaloi sangat...

Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah

Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah

Itulah, nak tempah hotel online, kena rajin survey sikit la.. dan paling penting kena tau cara guna.

Macam Apps Trivago, membandingkan harga hotel yang kita nak tempah... Kita dah ada hotel yang kita aim nak menginap.. nanti Trivago akan bandingkan harga hotel itu berdasarkan website yang berbeza.

Tapi kalau tak tau lagi nak pergi tidur hotel mana, boleh guna Booking.com, Agoda.com, Traveloka atau yang terbaru Oyo Hotel. Oyo hotel ni macam hotel bajet la .. sebab harganya murah sangat... tak sampai seratus pun... kalau travel seorang dua, sesuai guna Oyo hotel ni..

Lain-lain aplikasi MF tak pernah guna lagi... Mungkin ada yang lebih baik ikut tawaran yang ada... tapi pilihan di tangan anda... Guna yang mana selesa... Yang pasti, nak jimat kena rajin survey dan bandingkan harga... Cuma MF lebih suka bandingkan dengan buka satu-satu website walaupun ada website yang bandingkan hotel dengan mudah... seperti hotelcombined.com atau trivago.

Tapi, best juga guna traveloka, sebab ada banyak diskaun kalau subscribe newsletter dia... bagi yang suka travel memang berbaloi MF rasa guna traveloka...

Next travel... sedang difikirkan nak ke mana pula... sebab suami kata tunggu anak besar sikit baru best travel... so, aktiviti bercuti dan tengok hotel ditangguhkan hingga ke satu masa anak dah besar terutama yang bongsu tu... fuhh,, mencabar travel dengan anak kecik ni tau.. tapi itulah kenangan...

Sekian membebel... 

0Ulasan