Wednesday, 4 July 2018

Tiba-tiba Anak Muntah-muntah, Apa Nak Buat Ni?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tiba-tiba Anak Muntah-muntah, Apa Nak Buat Ni? | Ada anak ramai, ilmu kita pun makin banyak... Begitulah kehidupan.

MF ni, nak kata pandai bab jaga anak tak tau la... Tapi dengan ujian MF yang pernah sakit, pengalaman macam mana mak ubatkan MF dulu, macam tulah MF praktikkan sekarang kat anak.

Walaupun macam tu, langkah keselamatan yang terbaik dengan mendapatkan rawatan dan nasihat doktor MF tak abaikan.

Semalam, elok di anak ceria.. berjoget menyanyi siap rakam suara comel dia mengalunkan zikir yang biasa dia dengar ketika nak tidur. Tup-tup jam 11 malam... Tiudr MF terganggu dengan batuk dia...

Dia merengek minta susu... selepas 15 minit menyusu... dia tak tentu arah... Tiba-tiba... prufffff... bersembur muntah keluar dari hidung dan mulut... Habis basah tilam, selimut dan bantal yang ada...

Cepat-cepat bersihkan dia... tukarkan baju seluar semua..

Sapu minyak dan cuba tidurkan dia... Tapi dia masih gelisah... Tak sampai 10 minit, lagi sekali... muntah menyembur keluar dari mulut dia...

Fuhh... basah lagi baju dan seluar... tukar lagi...

Cuba sabar... dan pujuk lagi... supaya dia tak nangis... kalau tak habis dengan adik sekali bangun dan meragam... lagi bertambah pening jawabnya....

Tak lama lepas dia di tidur... Alhamdulillah... lega...

MF, bangun solat dan makan... lapar betul...

jam menunjukkan 1 pagi... adegan muntah-muntah ingatkan dah berakhir.. sekali nak tidur ... fuhh... sekali lagi dia muntah... Allahu... dah kali keempat... setiap detik MF ingat waktu dia... standby bila nak klinik, semuanya akan ditanya doktor.

Selesai bersihkan dia... bancuhkan air oren, campur garam... kemudian ingat pesan mak, kalau anak muntah buatkan rantai bawang putih dan gantung kat leher... petua orang tua... Tapi nak gagau tali rafia pepagi tuh... dengan mata menahan mengantuk... Tak dapat nak fikir dengan baik...

MF, cuma buat minyak bawang putih... dengan harapan berkesanlah...

Alhamdulillah... jam 2 pagi dapat lelapkan mata...

Tetiba, sekali lagi... dengar dia merengek, teruk tersembur lagi sekali muntah... keluar habis air oren dan air yang dia minum tadi... waktu tu menunjukkan jam 4.30 pagi... lepas bersihkan, dia lemah.. terus tidur... muka dia kepenatan kerana muntah 5 kali dalam jangka masa 5 jam malam tadi...

Pagi tadi terus ke klinik dapatkan rawatan... Habis ke klinik terus masuk kerja.

itulah kisah muntah-muntah pagi semalam.. MF tak de panik ke hapa, cuma kesiankan dia sebab dia muntah henti... ikutkan tak ke klinik pun ok sebab dia masih nak minum dan ada tenaga, belum dehidrate.. Tapi pergi juga ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor.

Anak Muntah. apa nak buat? 

MF kongsikan sikit info tentang muntah

Tiba-tiba Anak Muntah-muntah, Apa Nak Buat Ni?

Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:

  • Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ‘stomach flu’.
  • Keracunan makanan.
  • Mabuk perjalanan.
  • Terlebih makan.

Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:

  • Jangkitan selaput otak atau otak / ensefalitis (meningitis or encephalitis).
  • Kecederaan / hantukan pada kepala / otak.
  • Ketumbuhan dalam otak.
  • Usus tersumbat / tersekat.
  • Jangkitan saluran kencing.
  • Ketoacidosis diabetik.
  • Kegagalan hati.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Penyakit metabolik.
  • Radang appendiks.
  • Radang pankreas.


Apakah tanda dan gejala penting yang lain?

Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dehidrasi (penyahairan) berlaku.

Keadaan ini terjadi apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dehidrasi dikategorikan seperti berikut:

Dehidrasi ringan ke sederhana

Mulut / lidah kering.
Bibir merekah.
Tiada / kurang air mata semasa menangis.
Tidak membuang air kencing selama tempoh 4 – 6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut).
Ubun-ubun di kepala bayi menjadi cengkung.
Gelisah.

Dehidrasi yang teruk

Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:

  • Kulit kering, berkedut.
  • Tidak bermaya, letih dan tidak aktif.
  • Mata cengkung.
  • Susah bernafas.
  • Denyutan nadi lemah dan sangat cepat.
  • Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk.
  • Enggan makan .
  • Tanda-tanda bahaya


Apabila tanda-tanda ini terjadi, kanak-kanak mungkin akan mengalami keadaan/penyakit yang lebih bahaya:

  • Muntah yang memancut terutama pada kanak-kanak berumur kurang daripada 1 bulan.
  • Demam, suhu badan > 38oC.
  • Muntah berdarah.
  • Muntah cecair berwarna hijau.
  • Muntah selepas berlaku kecederaan di kepala.
  • Kekeliruan, dalam keadaan mengantuk atau lali.
  • Pucat.
  • Mata jadi kuning.
  • Susah bernafas.
  • Sakit perut.
  • Perut mengembung.
  • Muntah yang berterusan dan sukar untuk maka.

Apakah komplikasi akibat muntah?

Komplikasi yang terjadi disebabkan oleh dihidrasi di samping keadaan-keadaan lain yang serius seperti dinyatakan di atas.

Komplikasi lain termasuk:

  • Organ tidak berfungsi seperti kegagalan buah pinggang.
  • Kecederaan pada saluran esofagus disebabkan oleh muntah yang berulangan.
  • Komplikasi yang berkaitan dengan penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak

Bagaimana muntah boleh dirawat?

Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dehidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang daripada 6 bulan:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (oral rehydration salt – ORS) dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Berikan 2 – 3 sudu teh setiap 15 – 20 minit.
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima air garam rehidrasi tersebut, tambahkan jumlah ORS beransur-ansur (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar berlaku dengan setiap penyusuan).
  • Jangan beri air kosong atau ORS berperisa.
  • Jika bayi menyusu susu formula, anda boleh mulakan menyusu bayi anda selepas bayi anda tidak lagi muntah dalam masa 6 – 8 jam.
  • Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, anda boleh menyusu bayi anda selama 5 – 10 minit untuk setiap payudara setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, anda boleh menambahkan masa penyusuan.

Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (ORS) dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap – berikan 3 sudu teh air garam rehidrasi (ORS) setiap 15 – 20 minit.
  • Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima air garam rehidrasi, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS yang diberi (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar setiap kali anak anda makan/menyusu).
  • Jangan berikan air kosong.
  • Air garam rehidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan.
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.
  • Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.

Bagi kanak-kanak lebih daripada 1 tahun:

  • Berikan bayi anda air garam rehidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 – 20 minit.
  • Air garam rehidrasi (ORS) berperisa boleh diberikan.
  • Sekiranya anak anda boleh menerima air garam rehidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa (tidak melebihi jumlah pengambilan yang sebenar setiap kali anak anda makan/menyusu).
  • Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur cuba berikan anak anda sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur/nasi yang tidak pedas dan mee).
  • Jangan memaksa anak anda makan.
  • Selepas 24 jam tidak muntah, beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.

Perhatian

Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:

  • Anak anda muntah secara berterusan dan enggan makan.
  • Anak anda mempunyai mana-mana tanda bahaya yang tersebut di atas.

Sumber: Portal MyHealth

Setakat ni , Alhamdulillah makin pulih... cuma suhu badan dedar sikit... tapi dah diberikan ubat demam.

Anak muntah kita memang risau, risau nak bagi makan. tapi bagi je.. jangan risaukan muntah dia... MF tawakal je bagi makan... jika ada rezeki badan dia, apa yang dimakan tu tak keluar balik... Alhamdulillah lah kan..

Jangan takut muntah banyak-banyak... tapi kalau sampai lembik... wajib segera ke hospital ye... Jangan update tanya kat whatsapps atau facebook pula... takde yang boleh membantu pun buat camtu.

Tapi betul... tips diatas, jangan bagi air kosong atau air masak.. Nanti lagi banyak muntah.. berikan air berperisa seperti jus buah atau air rebina yang tak manis sangat. Jangan beri air coklat kecuali susu yang dia minum...

Itu sedikit info dari pengalaman dan pembacaan dalam handle anak muntah.

Sekarang ni masih peringkat pemulihan.. Muntah sekali untuk hari kedua.. Alhamdulillah... harap esok reda demam dia... doa kan ya. 

1 comment:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^