div id='header-inner'>

5 Tanda Anak Anda Mungkin Didera Pengasuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

5 Tanda Anak Anda Mungkin Didera Pengasuh | Hari ini semua mak-mak dan bapak-bapak kemurungan.

Kisah anak yang kecil sebaya anak penulis sendiri, ditemui mati di rumah pengasuh dalam keadaan yang tak tercapai dek akal.

Sungguh merentap naluri keibuan.

Belum pun reda kes bayi 3 bulan kena dera hingga patah tulang peha disyaki didera pengasuh. Timbul pula isu ni..

Mau tak mengamuk netizen kat media sosial kan..

Kes begini buatkan mak-mak yang bekerjaya ni risau sungguh...

Hanya Allah tempat mengadu dan mohon perlindungan...

Apa pun sebagai ibu bapa kita kena alert jika anak kita ada tanda didera.

5 Tanda Anak Anda Mungkin Didera Pengasuh
5 Tanda Anak Anda Mungkin Didera Pengasuh


5 Tanda Anak Anda Mungkin Didera Pengasuh 

Ada 5 tanda mudah yang memungkinkan anak kita didera oleh pengasuh.

1. Menangis & melawan tiap kali dihantar ke pengasuh.

2. Anak mula takut dengan orang selain ahli keluarga.

3. Perubahan kelakuan: terlalu manja atau pendiam.

4. Ada lebam, luka di pelbagai bahagian, atau berulang

5. Anak sering mimpi ngeri, mengigau atau sukar tidur.

Apa yang anda patut buat sekiranya anda mengesyaki anak anda didera?

1. Segera jauhkan anak dari orang yang disyaki

2. Buat aduan pada pengurus rumah asuhan (jika ada)

3. Buat laporan polis agar siasatan dilakukan

4. Bawa anak untuk pemeriksaan doktor

5. Dapatkan rawatan fizikal dan emosi anak

Selain itu, ibu bapa dinasihatkan jangan ketepikan sebarang aduan dari anak-anak, walaupun kedengaran keterlaluan atau pelik. Ambil makluman dan berwaspadalah.

Kalau baby tak pandai nak mengadu kan, tapi ada tanda pelik... Dia menangis bila nak hantar ke pengasuh.. Dia nampak macam trauma... Dan mungkin demam dan sebagainya.

Apa pun perkara yang berlaku ujian untuk mereka dan pengajaran untuk kita.

Jadikan ini sebagai tauladan...

Ibu bapa wajib cari dan pilih pengasuh yang betul berkelayakan. Sebaiknya pengasuh yang dah berkahwin dan ada pengalaman jaga anak. Kalau MF dulu memang cari pengasuh yang nak jaga anak sebab suka budak bukan sebab nak duit semata-mata.

Apa pun segala yang terjadi adalah dengan izin Allah. Kita wajib percaya dengan Qada dan Qadar Allah.

Kredit : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Sekarang ni banyak pulak kes dera bayi, sama2 kena berhati2

    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/06/syawalgiveaway-my-first-giveaway.html

    BalasPadam
  2. cemanalah gamak nak dera, sha sayang budak yang anak makcik sha mengasuh macam adik sha sendiri kot huhu

    BalasPadam
  3. Berdoa pd Allah setiap kali nk tinggal ank pd pengasuh.Letakan ank dlm jagaan Allah.sesungguhnya Allah x kan sia2.moga ank2 kita semua sentiasa dilindungi Allah.dilema ibu bekerjaya

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)