Agar-agar Bandung Cincau Saji

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Agar-agar Bandung Cincau Saji | Menu pencuci mulut yang paling Simple.

Sejak kenal dengan  susu pekat Saji yang ada pelbagai perisa ni.. Memang rasa macam dah jatuh cinta je.. Sebab senang betul nak buat air ke, nak buat puding ke.. Memang senang.

Sebelum ni biasa bancuh air je... Kali ni MF guna susu pekat saji perisa bandung. Memang senang giler...

Senang tak senang korang follow je bahan dan step bawah ni..

Agar-agar Bandung Cincau Saji

Agar-agar Bandung Cincau Saji
Agar-agar Bandung Cincau Saji

Bahan-bahan


  • 1.5 liter air
  • 1 peket agar-agar
  • 1 tin susu pekat saji perisa bandung
  • 1 tiub cincau (terpulang nak guna banyak mana) - dicincang


Cara membuatnya


  1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar.
  2. Biarkan mendidih hingga semua agar-agar larut.
  3. Kemudian masukkan 1 tin susu dan kacau hingga rata.
  4. Tuang dan tapis ke dalam loyang yang ditaburkan dengan cincau yang dicincang.
  5. Sejukkan sebelum masukkan dalam peti sejuk.
  6. Dah beku, potong dan hidangkan.


Agar-agar Bandung Cincau Saji
Add captionAgar-agar Bandung 

Senang betul nak buat... Tak payah nak sukat gula, susu dan pewarna dah...

Best kan..

Pi cari lekaih susu saji ni.. Macam-macam perisa ada.. Hehe...

Selamat mencuba. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Senangnya...boleh try dengan susu pekat perisa lain ni, tapi itulah, susah nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Dulu payah nak dapat.. Sejak ada pasaraya baru buka kat sini. Ada jual. Tu mula beli tu...

      Delete
  2. makan puding ni sejuk² sedap kan...

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^