08 Januari 2017

Berdosakah Aku Dikurniakan Anak Sama Jantina???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berdosakah Aku Dikurniakan Anak Sama Jantina | Tajuk macam tajuk drama gitu... Tapi tajuk ni sekadar luahan atas persepsi orang kepada pengalaman MF sendiri...

Anak sama jantina... Salahkah??? Apa maksudnya???  Maknanya...  Anak 1 hingga yang seterusnya sama je jantina nya... Kalau lelaki, lelaki semuanya... Kalau perempuan, perempuan semuanya...

MF mula lihat fenomena ni makin kuat...  Jantina anak itu satu masalah bagi orang...hmmm... MF pun tak pasti mana hukum seakan satu kemestian bahawa sepasang suami isteri tu kalau ada anak mesti ada anak lain-lain jantina baru dikira lengkap...

MF dah ada dua anak... Bila mengandung anak ketiga mula orang tanya kan jantina... Kita jawab juga... Tapi dalam senyuman...



Alhamdulillah... Anak ketiga MF juga perempuan... Maknanya MF ada 3 anak perempuan...

Tapj bila bagitau orang... Macam-macam orang kata...

"Wah, kena mengandung lagi tu... Muda lagi kan."

"Takpe...usaha lagi..."

Yang paling tak tahan nurse boleh kata...
"Kalau tak nak, bagi je kat saya...". Ada ke... Walaupun sama jantina tetap anak aku... Jawab dalam hati...

Paling best... Ada yang kata...
"Untung tu 3 perempuan... Kahwin nanti kaya.." Perghhh...  Ingat aku jual anak???

Itulah persepsi orang bila anak sama jantina... Macam dosa besar je ada anak sama jantina ramai ni...

Jantina anak bukan kita yang tentukan...  Tapi Allah Yang Punya Kuasa...

Apa pun... Sangat bahagia dan HAPPY je bila lihat gelagat tiga anak puteri solehah ni.... Berseri rumahtangga...

Paling best bila masing-masing nak tolong buat kerja rumah walaupun masih kecil...

Walaupun orang kata Macam-macam... Tapi yang manisnya MF rasa.   Tak pernah rasa kecewa sikit pun walaupun anak kami semua sama jantina...

Alhamdulillah... Itu semua amanah dan kurniakan Allah... Moga dapat jaga dengan sebaiknya... Besar sangat tanggungjawab tu...

Bagi yang dapat anak sepasang ke.. Ada anak lain jantina ni... Jangan dok kecam orang yang ada anak sama jantina ni... Bukan kami dok rancang jantina anak...

Ada jua yang kata... Anak rapat sebab dok usaha nak dapatkan lelaki... Huh..  Kami rancang takde lah rapat... Selang 2 atau 3 tahun je... Sebab nanti dah tua tak larat nak beranak lagi... Jadi muda nilah nak ada anak kecik pun kan..

Itulah...ragam dunia... Tak tenang kalau ikut kata orang... Apa pun kami bahagia cuma tak kan nak canang satu dunia kan...

Alhamdulillah... 
Previous Post
Next Post
Related Posts

8 ulasan:

  1. saya pun ada 5 org anak perempuan. Mula2 tu rasa terkilan gak tp lama2 sy redha sbb mungkin ada hikmah di sebalik takdir ini...

    BalasPadam
  2. Soalan tidak pernah habis selagi tak sedar semua atas kehendakNYA..

    BalasPadam
  3. Biasalah kak, manusia memang tak penah kenal erti 'berputus asa' untuk bertanya yang menjadi rahsia Allah..Mereka lupa kot pada Yang Maha Esa sebab tue tanya macam-macam..

    BalasPadam
  4. hihih..kan..

    ada yang bila tahu kita bakal dapat anak perempuan..dia punye sinis nye tuu..macamkan konon tak power sebab tak dapat anak lelaki..alahai..

    BalasPadam
  5. "brape anak?"
    "3... 2 girl 1 boy"
    "wah. boleh la sorang lg boy. baru genap"

    biasa nyer aida dpt komen ler.
    hmmmm da ada boy sorang tu pun alhamdulillah.
    time lahirkan izzat, aida x nak tau boy or girl, tapi doc kata maybe boy.
    tinggal lg time pregnen izzat aida x sihat.
    satu sudut dlm hati tiap hari berdoa, "kurnia kan la anak lelaki Ya Allah".

    as for asben aida, dia x kisah.
    pada aida, rezeki ada anak tu pun sesuatu yg kita perlu bersyukur, kan?
    ada lagi sahabat kita xde cahayamata...
    oleh itu, tahniah MF. krn da ada 3 puteri. besar hikmah ada ramai anak pompuan ni kan?

    BalasPadam
  6. Manusia memang suka membanding-bandingkan...

    BalasPadam
  7. Mak abah saya pun ada 3 anak perempuan. Last sekali baru dapat lelaki itupun selepas 8 tahun. Saya anak perempuan bongsu. Nak kata mak abah kaya, tak juga. Tapi rezeki tu tak putus, sebab ada anak.
    Jangan la kecam anak lelaki ke perempuan ke anugerah n amanah Allah pada kita. :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^