div id='header-inner'>

Perlu Ke Tuam Bayi Baru Lahir???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Perlu Ke Tuam Bayi Baru Lahir??? | Tuam bayi, nak kata istilah baru tak juga, lama pun tidak. Tuam bayi, setakat yang MF cari, tanya serta baca adalah amalan dan petua orang lama yang masih diamalkan oleh sesetengah daripada masyarakat moden masa kini. Dari sudut perubatan moden tiada amalan tuam bayi ni... Yang ada ialah amalan mengurut bayi...

Tuam bayi biasanya dilakukan kepada bayi baru lahir hingga sekurang-kurangnya 6 bulan. Cara dan kaedah tu berbeza ikut amalan masyarakat setempat. MF tak pernah buat tuam bayi ni... sebab MF buat amalan mengurut lembut pada bayi setiap kali lepas mandi... Tapi amalan tuam bayi terutama tuam alat kelamin bayi lelaki, adalah amalan popular dalam masyarakat kita.

Kenapa Bayi Baru Lahir Kena Tuam?

Amalan tuam bayi biasanya dilakukan selepas mandi. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.

angin pasang
Sumber: google images

Apa itu Angin Pasang???

Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.

Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang.

Biasanya bahagian sekitar:-

  • perut
  • pusat
  • ari-ari dan 
  • bawah kemaluan bayi lelaki 


Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba.

Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis.

Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.

Sumber : karangkraf.com 

Info Tentang Alat Kelamin Bayi Lelaki

Agar bayi sentiasa sihat dan boleh bertumbuh kembang dengan baik, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan bahawa semua bahagian tubuh bayi mendapatkan rawatan yang maksimum. Termasuk bahagian kelaminnya.

Bayi laki-laki lahir dengan membawa berjuta-juta sel sperma, oleh kerana itu anda harus memastikan bahawa alat kelaminnya tumbuh dengan baik. Hal ini juga demi kesihatan bayi anda sendiri.

Pastikan testis turun

Pada tahun-tahun pertama, ibu bapa kena kerap membawa bayi lelaki anda untuk diperiksa oleh doktor kanak-kanak. Untuk melihat sama ada testislnya telah turun ke skrotum semasa bayi berusia enam bulan, hal ini untuk memastikan kesuburan si bayi di masa depan.

Rang Undang-undang Hyndham, seorang doktor kanak-kanak di Hospital Alberta Children menjelaskan, "Testis yang tidak turun ke skrotum boleh menyebabkan kemandulan, kerana skrotum akan menjaga testis lima darjah lebih sejuk. Hal ini diperlukan untuk menghasilkan sel sperma yang sihat. "

Saiz bukan masalah

Rang Undang-undang Hyndham juga menambah, agar ibu bapa tidak berusaha membandingkan saiz alat kelamin anaknya dengan bayi lain. Kerana zakar mempunyai saiz yang berbede-beza, ibu bapa diharapkan lebih fokus pada kesihatan dan bagaimana alat kelamin anak boleh berfungsi dengan baik.

Namun, ada sebuah keadaan yang disebut 'zakar terkubur', hal ini terjadi kerana sebahagian zakar diselubungi oleh lemak di tubuh bayi. Hal ini masih normal, kerana zakar anak akan terlihat setelah berat badannya berkurang dan ia bertambah dewasa.

Hati-hati ketika membersihkan

Michelle Ponti, seorang doktor kanak-kanak di London menggesa para ibu bapa agar berhati-hati ketika membersihkan zakar bayinya.

"Ada jaringan tipis di antara kulup dan zakar, jika terlalu keras membersihkannya, kulit tipis itu boleh robek. Bekas luka pada rangkaian tersebut akan membuat kulup tidak tertarik secara semulajadi semasa zakar tegang, hal ini menyebabkan keadaan menyakitkan yang disebut phimosis, "Michelle menjelaskan.

Ketika masih bayi, kulup akan menyatu dengan kepala zakar. Pada masa kanak-kanak berusia tiga tahun, kulup akan terpisah secara semula jadi dari kelenjar zakar. Hal ini membuat kulup mudah ditarik dari zakar.

Saat masih bayi, zakar dan kulup mempunyai kaedah semula jadi untuk membersihkan sendiri. Jadi anda tidak perlu menarik kulup dari kepala zakar untuk membersihkannya.

Apabila anak bertambah besar, anda perlu mengajarnya untuk menarik kulup dari kepala zakar apabila ia hendak kencing. Setelah selesai, kulup ditarik kembali untuk menutupi kepala zakar.

"Pada masa kanak-kanak berusia tiga atau empat tahun, sebaiknya anak sudah boleh menarik kulupnya saat kencing. Hal ini untuk mengelakkan jangkitan saluran kencing, "kata Dr. Hyndham.

Jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing adalah salah satu masalah yang biasa dialami anak laki-laki dari usia dua tahun hingga tiga belas tahun. 1-2% anak laki-laki akan mengalaminya pada usia enam bulan. Jangkitan ini terjadi kerana bakteria masuk melalui lubang kencing (uretra), yang kemudian menuju pundi kencing, bahkan dalam kes serius boleh menyebabkan gangguan pada buah pinggang.

Gejala yang timbul adalah sakit ketika buang air kecil, kadang-kadang sampai demam. Bila bayi yang mengalaminya, dia akan meragam dan tidak mau makan.

Beberapa kajian menunjukkan bayi yang menerima susu ibu secara eksklusif mempunyai risiko lebih rendah mengalami jangkitan saluran kencing. Lebih sering mandi juga boleh mengelakkan kemasukan bakteria ke uretra, sehingga mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Jangkitan ini boleh diketahui dari dari kultur air kencing dan dirawat dengan antibiotik.

Anda juga perlu berhati-hati jika anak anda mengatakan bahawa alat kelaminnya sakit, anda perlu menyemak sama ada di penisnya ada luka atau tidak. Kemudian bawalah anak anda ke doktor untuk pemeriksaan dan pengendalian lebih lanjut.

Erektil adalah normal

Seorang pendidik di bidang seksualiti, Valerie Barr mengatakan bahawa sangat penting mengajar seksualiti yang sihat pada kanak-kanak lelaki sejak usia awal. Apabila zakar anak mengalami ereksi, anda perlu mengajarnya bahawa itu normal.

"Pada masa kanak-kanak berusia 8 atau 10 tahun, sebaiknya dijelaskan tentang sel telur dan sel sperma. Jika tidak, anak akan mempelajarinya dari orang lain, "terang Valerie Barr.

Jika anak anda masih bayi, usahakan untuk membersihkan kawasan genital dengan lembut. Dan gantilah lampin dengan rutin, untuk mengelakkan menumpuknya kotoran di kawasan tersebut. Elakkan menggunakan produk bayi yang mengandungi alkohol, agar kulit bayi tidak mengalami iritasi.

Diolah dari Sumber: https://id.theasianparent.com/

tuam bayi
Sumber: google images

Cara Mudah Buat Tuam/Tungku Bayi

  • Kain bercorak/ kain kosong empat segi
  • Reben atau tali
  • Jintan hitam/habbatussauda/halba

Cara membuat tuam tungku bayi mudah murah.

  • Sediakan kain bercorak/ kosong.
  • Letakkan Jintan hitam/habbatussauda/halba di tengah kain.
  • Buat bentuk sup bunjut dan ikat dengan ketat.
  • Tuam atau tungku bayi sedia gunakan dengan memanaskannya atas sebatang lilin ataupun seterika. Pastikan suhu kepanasan tuam di kawal sebaiknya jangan terlalu panas suam-suam kuku sahaja.

Bagaimana cara tuam bayi lelaki dan perempuan

  • Panaskan tungku kemudian letak di atas kulit tangan pastikan rasa tuam itu suhunya tidak terlalu panas.
  • Bermula dari bahagian tangan kanan dan kiri.
  • Bahagian dada bawa ke bahagian perut dan ari perempuan atau lelaki.
  • Jika bayi lelaki bahagian sekeliling kemaluan bawah atas semua harus tuam. Bahagian ini harus jaga takut angin pasang terjadi.
  • Bahagian kedua bawah tapak kaki harus juga tuam
  • Bahagian belakang badan serta punggung galakkan untuk tuam.
Kaedah Kedua:

Bahan-bahan:
  • Daun durian belanda
  • Seterika/lilin

Cara:-
  • Daun durian belanda cuci kemudian selawat sambil tuam daun tersebut atas seterika/lilin
  • Agak daun layu sedikit koyakkan urat daun bahagian tengah. Makna buat lubang bahagian tengah tu.
  • Kemudian masukkan bahagian yang berlubang dekat kemaluan bayi lelaki sambil selawat kemudian pakaikan lampin pakai buang pada bayi macam biasa.

Tuam bayi sampai bila?

Ada kata sehingga bayi sudah boleh meniarap dengan sendiri maka berhentilah bertungku. Ada kata kata sehingga cukup umur satu tahun. Apa pun ikutlah kehendak hati atau kebiasaan ibu masing-masing.



Sumber: Pembacaan di Internet dan perkongsian Rakan Facebook MF


Ilmu baru bagi MF, MF tak pernah buat tuam bayi terutama tuam alat kelamin ni sebab kesemua anak MF perempuan. Insha Allah, ada rezeki bayi lelaki lepas ni kena la belajar bab nih... Boleh tanya mak atau kakak MF tentang amalan ini juga... Tapi ada juga yang tak pernah buat pun tuam alat kelamin bayi lelaki ni sebab tak tahu..dan tak tahu kena buat..mungkin juga bukan amalan dalam keluarga. Apa pun, amalan biasa minyakkan badan bayi dengan minyak yang hangat serta urutan bayi sangat baik untuk keselesaan bayi...

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Tuam bagus untuk bayi.. Sha pun tuam anak-anak sha dulu.. tapi tak adalah buat tuam alat kelamin tu.. sebab bayi perempuan kan.. hehehe

    BalasPadam
  2. Memang perlu tuam baby. Macam akak anak perempuan pun akak tuam. Baby boy lagi la kena tuam. Kena jaga betul betul utk elak angin pasang

    BalasPadam
  3. info yg bagus, rasanya akak x buat pun time anak llki akak baby dulu..uwaaaa

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)