03 Januari 2016

[TUTORIAL] CARA INSTALL JAWI/ARAB PADA KOMPUTER ATAU LAPTOP dan FREE DOWNLOAD FONT JAWI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi seorang cikgu agama, memang perlu tahu cara nak taip jawi ni...jadi, kena la install jawi ke komputer dan laptor untuk bolehkan dapat menaip jawi... jadi, MF nak kasi tutorial kepada sesiapa yang nak belajar taip jawi... walaupun bukan cikgu.. ataupun kepada yang nak belajar design jawi ke kan...

Jika guna Windows XP kena ada driver Windows, tapi bagi Windows Vista, Windows 7 dan ke atas tak perlu lagi driver... semuanya boleh setting sendiri je... mudah dah...

Caranya..

1. Klik START dan terus klik CONTROL PANEL.


2. Kemudian klik REGION AND LANGUAGE (Rujuk gambar di atas)

Akan keluar satu window popup macam kat bawah ni kan..


3. Klik KEYBOARD AND LANGUAGE. (Rujuk gambar di atas).

Akan keluar popup window lain... 


4. Klik ADD, kemudian akan keluar popup senarai bahasa yang ada... Cari Arabic (Saudi Arabia), tick dalam kotak kecil tu, dan klik OK. (Rujuk gambar di bawah)


Dah siap tu klik OK atau pun klik APPLY

Dah siap install la tu... 

Cara nak guna... Cuma tukarkan bahasa pada toolbar di bawah... (Rujuk gambar di bawah).



Dah ada AR, itulah bahasa Arab. Nak taip jawi, tukar je kat bawah tu kepada AR. Kalau bahasa Melayu atau English tukar kepada MS atau EN. 

Jika jawi atau arab mula dari kanan... Jadi set alligment dari kanan... Seperti yang MF bold dengan kotak merah seperti gambar kat atas, 

Dan font juga perlu tukar kepada jawi/arab, barulah fontnya yang lebih cantik..

Jadi, di sini MF nak share 108 font jawi/arab percuma khas kepada pembaca tutorial ini

Nak download, boleh klik sini: https://goo.gl/i7vjls

Dan MF share juga... Tips dan tricks nak taip simbol dalam kalimah tertentu:

sumber: JHDPicture

Semoga bermanfaat... Harap faham tutorial ringkas ni. Bagi yang dah tahu tutorial ni, kira sebagai ilmu Pengukuhan... Bagi yang baru tahu kira ilmu baru... Kalau tak faham boleh tinggalkan komen... 



5 ulasan:

  1. Semarak Jawi
    Dibandingkan dengan Rumi, Tulisan Jawi lebih indah, lebih mudah @ lebih menarik.
    Huruf Rumi = besar & kecil = (34) bentuk berdiri sendiri = 26 (A-Z) + 8 (a+b+c+d+e+g+h+q+r)
    Huruf Jawi - titik-titik = (19) bentuk sahaja yang manis @ tari-menari (QB.pdf)
    Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum seperti yang ditunjukkan di dalam BungaBahasa.pdf.
    http://www.macarabia.net/attachments/12995/

    2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Bahasa Arab, Cara terbaik adalah ditulis dan diSilangkata dalam bungaJawi.pdf
    http://www.sistemguruonline.my/2016/01/teka-silang-kata-kelopak-font-jawi-oleh.html

    Benar? Jadi, mengapa Tulisan Jawi telah digantikan dengan Latin?
    Bagaimanakah ahli sejarah menjustifikasikan keputusan itu?

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing..info berguna ni..

    BalasPadam
  3. WAH BAGUS SEKALI TUTORIALNYA...TKSH.

    BalasPadam
  4. oooo macam tu.. ok2 paham... ada jawi kat pc lebih mudah nak buat bbm anak nnati..

    TQ maria :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^