GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Golongan yang Harus Berbuka Puasa


Puasa adalah satu kewajiban yang wajib semua umat Islam. Namun begitu, Islam memberi kelonggaran kepada golongan-golongan tertentu yang tidak mampu berpuasa. Allah memberi kelonggaran kepada golongan ini, untuk berbuka puasa. 

Dalil keharusan berbuka puasa:

فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬‌ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ 

Maksudnya : "…… Sesiapa dikalangan kamu yang sakit atau musafir maka hendaklah menggantikannya pada hari-hari yang lain. Dan wajib atas orang yang tidak mampu berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin. Sesiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Berpuasa lebih baik bagimu sekiranya kamu mengetahui."
[Surah al-Baqarah: 2:184]

Antara golongan yang diharuskan berbuka puasa ialah;

1. Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa
Orang sakit,seperti demam, sakit kepala, asma atau sakit yang memudharatkan dan memerlukan kita mengambil ubatan untuk sembuh. Maka baginya harus berbuka.

2. Orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh
Orang sakit yang memang disahkan doktor dia tidak ada harapan untuk sembuh dan jika dia berpuasa, ianya akan memudharatkan lagi penyakitnya.

3. Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah. Tetapi tujuan musafir itu adalah untuk kebaikan, jika untuk tujuan maksiat dan kjahatan, maka tidak harusnya berbuka puasa.

4. Orang yang tersangat lapar& dahaga hingga membahayakan dirinya
Orang yang tersangat lapar dan dahaga. Kalau istilah orang lama, kebulur dah,.. memang lembik longlai dah.. maka harus berbuka... dan boleh jatuh haram jika dia tak  berbuka kerana boleh memudharatkan diri dan nyawanya.

5. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
Orang tua yang uzur, boleh berbuka puasa jika dia tak mampu puasa. 

6. Perempuan mengandung yang bimbang kesihatan dirinya atau kandungannya.
Wanita mengandung, harus berbuka jika dia rasa tak mampu nak teruskan berpuasa.

7. Perempuan yang menyusukan  anak untuk menjaga kesihatan diri atau anaknya.
Wanita yang menyusukan anak juga diharuskan berbuka, jika rasa tak mampu untuk teruskan berpuasa..

8. Orang yang bekerja kuat & berat sepanjang hari
Orang yang berat dan kerja dipanas terik matahari sepanjang hari...menggunakan banyak tenaga dalam bekerja harus berbuka kerana takut memudharatkan kesihatan dan diri. 

Lapan golongan ini pula dipecahkan kepada kategori tertentu untuk membayar dan menggantikan puasa yang ditinggalkan. 

WAJIB QADA' SAHAJA
·         Musafir yang diharuskan syarak
·         Sakit yang memudaratkan jika berpuasa
·         Perempuan haid, Wiladah( melahirkan anak ) & nifas
·         Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan dirinya
·         Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan dirinya

WAJIB FIDYAH SAHAJA
ý  Sakit tenat yang tiada harapan sembuh
ý  Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa
ý  Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari

WAJIB QADA' & FIDYAH
§  Perempuan mengandung  kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
§  Perempuan menyusukan anak  kerana bimbang kesihatan diri & anaknya
§  Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan anaknya sahaja
§  Lewat menqada'kan (mengantikan ) puasa hingga tiba Ramadan berikutnya

WAJIB QADA' & KIFARAH
v  Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari di bulan Ramadan


Itulah istimewanya Islam... mudah dan tak menyusahkan, tetapi kengkadang terlalu memudah-mudahkan dan kadang kala kita terlalu menyusahkan... Jika, berbuka dengan sengaja maka HARAM dan berdosa tetapi wajib Qada selepas bulan puasa. 

Semoga bermanfaat untuk semua... 

8Ulasan

  1. maklumat yang berguna ..

    selamat menjalani ibadah berpuasa :D

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Memudahkan. Nice sharing.. Salam Ramadan

    BalasPadam
  3. nice info. tak la sesaje nak buke puasa kan? hehe

    BalasPadam
  4. Semestinya Islam itu adalah memudah cara bagi menarik perhatian orang bukan Islam untuk mendekati dan beramal dengannya...sangat bermanfaat. terima kasih.

    #salam singgah 1st day ramadhan dari blog list pcl. tq.

    BalasPadam
  5. indahnya islam sehingga semuanya telah disusun mengikut ketegori yang ditetapkan...Selamat berpuasa maria....

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. Sesungguhnya Islam itu mudah asalkan kita tidak memandang mudah terhadap ilmu & hukumnya... subhanallah...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ