30 Ogos 2013

Persoalan berkaitan Solat Jumaat dan Wanita

Jom muslimah tambah ilmu.. juga untuk muslim yang nak berkongsi dengan isteri dan saudara perempuan... jom baca nih:

Sumber: halaqah.net

Apakah hukum solat Jumaat bagi muslimat?

Solat Jumaat merupakan kewajipan yang telah diputuskan oleh ALLAH dan Rasul-NYA keatas semua Muslim yang mukallaf dan pengabaian terhadapnya dengan sengaja adalah berdosa besar. Namun, terdapat beberapa golongan yang diberi pengecualian terhadapanya berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”  (Maksud hadith dari Thariq bin Syihab radiallahu-anha, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani,Nail-ul-Authar, 3/527.)

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً 

Maksudnya;“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit” (Riwayat di atas ditakhrij oleh Imam ad-Daruquthni dan al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu, dinyatakan kelemahannya oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 3/527-528 hingga jatuh kepada taraf Dhaif).

Berdasarkan hadith di atas, Al-Imam Ibnu Munzir dalam kitabnya “Al-Ijm’a” menyatakan bahawa tiada khilaf dan telah bersepakat para ulama’  bahawa tidak wajib bagi seorang muslimat.

Bolehkah Muslimat menunaikan solat Jumaat?

Sekalipun lengkap kukuh dalil dan ijm’a yang menyatakan bahawa tidak wajib bagi seorang muslimat itu menunaikan solat Jumaat, namun masih ada ruang kebenaran untuk mereka menunaikannya jika begitu mahunya.

Sabda Nabi SAW;

لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untuk solat di masjid; Solat di rumah lebih baik bagi mereka. (HR Abu Daud)

Sabda Nabi SAW lagi;

لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات

Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tidak memakai wangian. (HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Umar berkata, "Istri Umar menghadiri shalat subuh dan isya dengan berjamaah di masjid. Kemudian kepada istri Umar itu ditanyakan, 'Mengapa Anda keluar, sedangkan Anda mengetahui bahwa Umar tidak menyukai hal itu dan suka cemburu.' Istri Umar menjawab, 'Kalau begitu, apakah yang menghalanginya untuk mencegahku?' Orang itu berkata, 'Yang menghalangi Umar ialah sabda Rasulullah, 'Janganlah kamu semua mencegah hamba-hamba wanita Allah untuk mendatangi masjid-masjid Allah."' (HR Bukhari)

Sekalipun begitu, kebenaran ini masih juga terikat dengan khilaf perbincangan para fuqaha’ yang membahaskannya atas beberapa kemashlatan, keadaan, dan keutamaan.

“Dalam membahaskan hadith-hadith diatas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarah Shahih Muslim 4:382-383).”

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

Ahnaf  (Mazhab Hanafi): Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
Malikiyyah (Mazhab Maliki) : Sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
Hanabilah (Mazhab Hanbali) : Diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
Syafiiyyah (Mazhab Syafi’i) : Makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
“Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah”. (Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-fatawa wa Al-Ahkam : 1/627-628)

“Dalam hal ini, menurut Prof. Abdul Karim Zaidan, para wanita diperbolehkan dan dianjurkan untuk solat jumaat dengan syarat telah mendapatkan izin suami atau walinya, tidak menimbulkan fitnah, tidak memakai wangian, dan tidak berhias. Kalau mereka mampu memenuhi kelima syarat tersebut, mereka dianjurkan untuk ke masjid karana Solat Jumaat dikerjakan satu kali dalam seminggu di mana di dalamnya ada khutbah yang sangat berguna bagi mereka selain juga menjadi satu wadah untuk berkenalan dengan para wanita muslimah lainnya.”

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang mana “keharusan” ini tidak membawa sesuatu amalan itu kepada darjat amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat ataupun wajib. 

Perlukah solat Dhuhur selepas menunaikan solat Jumaat?

Bagi para muslimat yang sudah menunaikan solat Jumaat, ianya telah menjadi satu rukhsah ibadah yang telah menggugurkan kefardhuan Dhuhur keatas mereka.

Imam Ibnul Mundzir dalam kitabnya Al-Ijma' (m/s 44) menyatakan bahwa para ulama telah bersepakat dalam hal ini bahawa wanita yang telah mengerjakan solat jumaat tidak perlu lagi mengerjakan solat dhuhur.

Antara Solat Dhuhur di rumah atau Solat Jumaat berjemaah di masjid, manakah lebih utama dan afdhal?

Solat berjemaah di masjid atau musolla sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak dalam memberi memberi motivasi bahawa kebaikan orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.  Juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah. 

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid. 

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik muslimin mahupun muslimat. 

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi muslimat. Hal itu sesuai dengan ijm’a ulama. Adapun dibolehkan mereka untuk turut serta dalam solat berjemaah bukan bererti ia merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi msulimat maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama.” (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid.

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: 

“Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu.” (riwayat Ibn Khuzaimah) 

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka." (riwayat Ibnu Khuzaimah) 

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz: “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka, maksudnya adalah, solat mereka (muslimat) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid.”

“Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya.” (Al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Adakah penganjuran solat sunnah qabliah dan b’adiah Jumaat?

Para ulama sepakat bahwa shalat sunnat yang di lakukan setelah solat jumaat adalah sunnah dan termasuk rawatib ba’diyah Jum’at. seperti yang di riwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari:

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

 ”Jika salah seorang di antara kalian solat jumaat hendaklah solat empat raka’at setelahnya”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Sedangkan shalat sunnah sebelum shalat Jum’at terdapat dua kemungkinan.
Pertama, solat sunnah mutlak, hukumnya sunnah. Waktu pelaksanannya berakhir pada saat imam memulai khutbah.
Kedua, shalat sunnah qabliyyah Jum’at. Para ulama berbeda pendapat tentang solat sunnah qabliyyah Juma’at. Pertama, solat qabliyyah Jum’ah dianjurkan untuk dilaksanakan (sunnah). Pendapat ini di kemukakan oleh Imam Abu Hanifah, Syafi’iyyah (menurut pendapat yang dalilnya lebih tegas) dan pendapat Hanabilah dalam riwayat yang tidak masyhur. Kedua, solat qabliyyah Jum’at tidak disunnahkan menurut pendapat Imam Malik, sebagian Hanabilah dalam riwayat yang masyhur
Adapun dalil yang menyatakan dianjurkannya solat sunnah qabliyah Jum’at:

Rasulullah SAW bersabda;

“Semua shalat fardlu itu pasti diikuti oleh solat sunnah qabliyah dua rakaat”. (HR.Ibnu Hibban yang telah dianggap shohih dari hadist Abdullah Bin Zubair).

Hadist ini secara umum menerangkan adanya solat sunnah qabliyah tanpa terkecuali shalat Jum’at.

Rasulullah SAW bersabda lagi;

“Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. berkata: Sulayk al Ghathafani datang (ke masjid), sedangkan Rasulullah saw sedang berkhuthbah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah kamu sudah solat sebelum datang ke sini? Sulayk menjawab: Belum. Nabi SAW bersabda: Solatlah dua raka’at dan ringankan saja (jangan membaca surat panjang-panjang)” (Sunan Ibn Majah: 1104).

Berdasar dalil-dalil tersebut, Imam al Nawawi menegaskan dalam kitab al Majmu’ Syarh al Muhadzdzab:
“Menerangkan tentang sunnah shalat Jum’at sebelumnya dan sesudahnya. Disunnahkan solat sunnah sebelum dan sesudah solat jumaat. Paling sedikit dua raka’at sebelum dan sesudah solat jumaat. Namun yang paling sempurna adalah shalat sunnah empat raka’at sebelum dan sesudah solat jumaat”. (Al Majmu’, Juz 4: 9)

Adapun Dalil yang menerangkan tidak dianjurkannya solat sunnat qabliyah Jum’at adalah:

Dari Saib Bin Yazid: “Pada awalnya, adzan jum’at dilakukan pada saat imam berada di atas mimbar yaitu pada masa Nabi SAW, Abu bakar dan Umar, tetapi setelah zaman Ustman dan manusia semakin banyak maka Sahabat Ustman menambah adzan menjadi tiga kali (memasukkan iqamat), menurut riwayat Imam Bukhori menambah adzan menjadi dua kali (tanpa memasukkan iqamat). (H.R. riwayat Jama’ah kecuali Imam Muslim).

Dengan hadith di atas Ibnu al-Qayyim berpendapat, “Ketika Nabi keluar dari rumahnya langsung naik mimbar kemudian Bilal mengumandangkan adzan. Setelah adzan selesai Nabi SAW langsung berkhutbah tanpa adanya pemisah antara adzan dan khutbah, jadi bila Nabi SAW dan jama’ah itu melaksanakan solat sunnah qabliyah Jumaat?

Dari dua pendapat dan dalilnya diatas jelas bahwa pendapat kedua adalah interpretasi dari tidak solatnya Nabi SAW sebelum naik ke mimbar untuk membaca khutbah. Sedangkan pendapat pertama berlandaskan dalil yang sudah sharih (argumen tegas dan jelas). Maka pendapat pertama yang mensunnahkan shalat qabliyyah jumaat tentu lebih kuat dan lebih unggul (rajih).

Kesimpulan 
  • Solat fardhu Jumaat tidak diwajibkan keatas muslimat namun dibenarkan mereka untuk menunaikannya dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi.
  • Sekalipun solat fardhu Jumaat secara berjemaah dibenarkan bagi muslimat untuk menunaikannya, kedudukan solat dirumah itu lebih afdhal dan utama bagi mereka.
  • Solat fardhu Jumaat sah untuk ditunaikan sekalipun jumlah jemaah yang menyertainya kurang daripada 40 orang. Cukup sekadar mempunyai imam dan makmum atau lebih tepat lagi sekadar mempunyai jemaah.
  • Solat sunnah qabliah dan b’adiah Jumaah itu adalah satu sunnah yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW.
  • Kesemua permasalahan di atas adalah khilafiyah furu’iyyah iaini perbedaan dalam cabang hukum agama, maka tidak sepatutnya di sempit penerimaannya di antara dua pendapat di atas. Dalam kaidah fiqh mengatakan “la yunkaru al-mukhtalaf fih wa innama yunkaru al- mujma’ alaih” (Seseorang boleh mengikuti salah satu pendapat yang diperselisihkan ulama dan tidak boleh mencegahnya untuk melakukan hal itu, kecuali permasalahan yang telah disepakati). Setiap di antara mereka yang bertungkus lumus mengusahakan dalil dan pendapat di atas adalah para ulama’, pewaris nabi yang kita cintai. Teladan para salafus soleh menganjurkan kita untuk menghormati pendapat daripada mereka. Jika diterima, maka janganlah dihalang untuk yang selainnya dan jika ditolah, maka tolaklah dengan penuh berhikmah tanpa perlu menimbulkan fitnah yang merosakkan kesucian agama Islam yang mulia ini. Semoga ALLAH merahmati kita semua sebagai pencari cintaNYA. Wallahu Ta’ala ‘Alam.
Sekadar berkongsi ilmu dihari Jumaat yang barakah... 
Artikel ini telah diubahsuai untuk mudahkan kefahaman pembaca... Artikel asal boleh dibaca DI SINI

4 ulasan:

  1. Bagus entri ni, cukup dgn penjelasan.. baru skrng sy faham ttg kesimpulan no 3 tu sbb apa yg sy tahu Jumaat hanya didirikan jika jemaah lebih 40 org, jika tidak, cukup dgn solat zohor.. Thanks diatas perkongsian ini.. cukup jelas. :)

    BalasPadam
  2. syukran ats perkongsian ny... p'kongsian yg b'mkna utk hari jumaat.. :)

    BalasPadam
  3. alhmdulilah terima kasih atas perkongsian ilmunya cikgu :)

    BalasPadam
  4. Thanks Maria for the info..sometimes dalam masyarakat kita banyak bidaahnya..so ada yang tak pasti..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^