Yang Terkini

Apa Yang Menarik di Karnival Kerjaya & Keusahawanan Wanita Bangkit?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apa Yang Menarik di Karnival Kerjaya & Keusahawanan Wanita Bangkit? | Hawa diciptakan oleh Allah sebagai peneman dan penyokong atau tulang belakang Adam. 

Begitulah peranan wanita dalam kehidupan sosial hari ini.
Wanita pada fizikalnya mungkin nampak lemah tapi sebenarnya wanita kuat dan merupakan tunjang kepada pembentukan keluarga seterusnya masyarakat dan negara. 

Disebabkan pentingnya peranan wanita ini, pihak kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan satu Karnival yang hebat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi pada 27 Ogos 2022.

Majlis ni dirasmikan oleh Menteri KPWKM sendiri iaitu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Karnival wanita


Fokus Karnival Kerjaya & Keusahawanan Wanita Bangkit

Tujuan dan fokus karnival ni dianjurkan adalah untuk membantu wanita menjana pendapatan kaum hawa. Caranya dengan menghubungkan atau mendedahkan kepada wanita platform yang menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan dan keusahawanan.

Ada apa di Karnival Kerjaya & Keusahawanan Wanita Bangkit?


Dalam karnival kali ni, ada lebih 15 ribu peluang kerjaya dan usahawan yang ditawarkan. 

Dan wanita-wanita yang sertai karnival ni, berpeluang mendapatkan tips dan nasihat dari para wanita yang telah berjaya bangkit dan menjadi usahawan pada hari ni. 

Lagi ada apa pada karnival ni?
Tak kan itu je?

Ada lagi… 
Dalam karnival ni juga ada lebih 30 majikan dari pelbagai sektor dengan kerjasama PERKESO. Jadi, ada 1000 jawatan kosong dari peringkat eksekutif dan 14 000 jawatan bukan eksekutif ada ditawarkan untuk wanita-wanita yang ingin bangkit dan jadi wanita berjaya.


Jadi, bila ada peluang sebegini, wanita sebenarnya nampak peluang untuk dia maju dan bangun untuk memperkasakan ekonomi diri sendiri dan juga keluarga. Dengan adanya peluang kerjaya, perkongsian ilmu serta pengurusan kewangan serta kemahiran dalam karnival ni, wanita boleh berjaya juga untuk diri dan keluarga. 

Karnival wanita


Wanita perlu bangkit untuk maju

Wanita perlu bangkit dan berjaya seiring dengan lelaki. Sebabnya kehidupan sosial hari ni, tak seperti dahulu lagi. 

Wanita tak boleh duduk diam dan hanya menjadi suri rumah biasa. Tapi perlu bangun untuk ubah nasib diri dan keluarga. 

Idea yang menyebabkan tercetusnya karnival ni, adalah selepas melihat kesan kewangan keluarga ketika zaman Pandemik Covid-19. Sedih melihat, ramai wanita terkesan terutama dengan aspek kewangan. Yang mana mengharapkan 100% dari suami sangatlah terkesan. 

Kesan dari ni juga memberi bahana negatif dalam keluarga. Berapa ramai berlaku krisis rumahtangga asbab kewangan yang tidak terurus dan ekonomi keluarga yang tidak mantap. 

Bagi yang berpendapatan tetap mungkin tidak terkesan sangat, tapi bagi yang kerja gaji hari, kerja swasta dan kontrak… sangatlah terkesan. 

Justeru, idea dan Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM ni memang tujuannya untuk membantu wanita untuk bangkit dari krisis kewangan keluarga. 

Program Karnival ini dianjurkan di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia untuk memberi peluang kepada wanita menjana pendapatan keluarga dan seterusnya menjadi penyumbang kepada ekonomi keluarga dan negara.

Menurut Menteri KPWKM, inisiatif ini terbahagi kepada dua kaedah iaitu sektor formal dan tidak formal. 
Karnival wanita



Melalui sektor formal, diadakan pelbagai pameran kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), TalentCorp Malaysia dan organisasi penempatan pekerjaan lain. 

Bagi sektor tidak formal pula, peserta-peserta karnival dihubungkan kepada pelbagai peluang perniagaan dan keusahawanan daripada kerajaan seperti Mamacare, program selepas bersalin oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKN), sektor swasta seperti Maxis (penyedia telekomunikasi) untuk penganjuran e-Kelas Usahawan dan NGO. 

Penyediaan bantuan geram MyKasih Kapital sebanyak RM500 juga disediakan untuk memulakan perniagaan dengan modal kecil dalam bidang perniagaan e-Dagang dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim Kementerian Keusahawanan. 

Karnival wanita


Kesimpulan

Jadi, wanita-wanita terutama suri rumah tangga, ayuh bangkit untuk ubah nasib diri dan keluarga. Sekarang ni banyak je peluang berniaga dari rumah. Insha Allah… Bagi yang bersuami, minta izin suami untuk join program sebegini dengan tujuan untuk ubah nasib keluarga. Bukan untuk kaya tapi untuk kehidupan yang selesa demi anak-anak dan pendidikan mereka. 

Sekian. 

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

0 Ulasan