Status MySejahtera tetiba bertukar kepada Kontak Kasual

11
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Status MySejahtera tetiba bertukar kepada Kontak Kasual | MySejahtera satu aplikasi penting di zaman ini. Setiap orang wajib install dan guna MySejahtera setiap kali masuk mana-mana premis perniagaan.

Kalau dulu masa guna MySejahtera macam kekok je kan. Sekarang dah biasa. Masuk kedai mesti scan dulu MySejahtera. 

Boleh jadi satu kesalahan undang-undang bagi yang masuk premis tanpa scan MySejahtera. 



Fungsi MySejahtera

MySejahtera pada awalnya diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk memudahkan trace data COVID-19 di Malaysia.

Bukan di Malaysia sahaja, di setiap negara bangunkan aplikasi tersendiri untuk memudahkan pihak kerajaan trace data COVID-19. 

Update MySejahtera

Masa awal-awal diwujudkan, penggunaan MySejahtera ni tak berapa nak user friendly. Ramailah yang merungut itu dan ini. 

Tapi selepas ditambahbaikkan, MySejahtera dah banyak fungsi. 

Antara yang terbaru sekarang ni ialah memaparkan status individu dalam MySejahtera. 

Tetiba Status MySejahtera bertukar kepada Casual Contact

Ini yang terjadi pada MF baru-baru ni. 

Memula tu terkejut, tapi bila baca info pasal status ni so MF relax je lah. 

Kenali Status MySejahtera

MySejahtera ada 7 status berdasarkan 4 warna yang berlainan.

Risiko Rendah/Low Risk



Paparan berwarna biru bermaksud individu itu sihat.
Berisiko rendah untuk menjangkiti orang lain.
Dibenarkan untuk masuk ke mana-mana premis.

Kontak Kasual Tidak Bergejala



Paparan berwarna kuning cair/mustard

Maksud Kontak Kasual Tidak Bergejala

Maksud individu kontak kasual adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Misalnya dalam satu kediaman appartment yang sama, masuk dalam premis kedai makan atau kedai runcit. 

Jika dapat notifikasi dalam MySejahtera menyatakan kita dah bertukar menjadi status kontak kasual. Langkah pertama adalah jangan marah dan panik tiba-tiba. Anda mungkin memang tak bersalah dalam hal ini. 😅
  • Kontak kasual tidak wajib kuarantin. 
  • Kontak kasual tanpa gejala masih berstatus low risk. 
  • Kontak kasual tidak perlu swab test jika kekal tiada gejala. 
  • Boleh masuk mana-mana premis.
  • Status itu akan kekal selama 10 hari. Amalkan SOP dengan ketat. Kurangkan pergerakkan ke tempat-tempat yg sempit dan sesak. 

Kontak Kasual Dengan Gejala



Paparan berwarna kuning gelap/mustard pekat.

Kesnya sama macam kontak kasual tidak berjela tadi, tapi bila ada gejala dia dah berubah jadi warna lain dan high risk. 

So, bagi kontak kasual dengan gejala ni ada pantang larang dia. 
  • TIDAK BOLEH memasuki premis atau tempat kerja. 
  • Diarahkan untuk self quarantine selama 10-14 hari. 
  • Sebaiknya dapatkan ujian swab Covid-19 di CAC  atau klinik swasta. 
  • Boleh juga buat test dengan Rtk Antigen kerana lebih murah dan cepat. 
  • Jika negatif, bincang dengan doktor anda samada layak untuk masuk kerja atau sebaliknya. (Kerana masih banyak jenis virus dan bakteria lain yg boleh menjangkiti kita diluar sana dengan gejala yang sama. Doktor perlu pastikan virus tu jenis apa kan.)
  • MC atau memo social distancing diperlukan. Dapatkan di klinik-klinik kesihatan.

Individu Dalam Pemantauan / Person Under Surveillance (PUS)



Paparan berwarna kuning cair.
Individu kategori ni, wajib jalani kuarantin. 
Tidak boleh ke mana-mana atau keluar rumah. 

Kes Suspek/Suspected Case



Paparan berwarna coklat jingga
Bagi kes ni, mysejahtera dapat trace dari kes-kes berdekatan. Mungkin sama tempat kerja dan sebagainya.

Individu kategori ni, wajib jalani kuarantin. 
Tidak boleh ke mana-mana atau keluar rumah.  

Kontak Rapat



Paparan berwarna jingga
Memang ada hubungan yang rapat dengan seseorang yang telah disahkan positif Covid-19. 
Macam duduk serumah, sebilik atau satu tempat kerja yang memang tiada jarak fizikal atau pematuhan SOP. 

Untuk masa sekarang, bila ada kontak rapat wajib buat test kendiri... dan jika bergejala barulah akan buat swab test oleh pihak KKM atau pergi sendiri ke mana-mana klinik swasta. 

Kuarantin diri tapi mesti berasingan bilik dengan yang dah sah positif tadi. Jika serumah lah. 

Tidak dibenarkan ke mana-mana premis atau keluar rumah.

Kes Yang Disahkan



Paparan berwarna merah. 
Ni bagi yang positif covid sama ada bergejala atau tidak bergejala. Samalah warna dia, merah juga. 
Status ni akan bertukar selepas keluarnya keputusan swab test yang dijalankan oleh KKM atau selepas buat ujian kendiri dan disubmit di penilaian kesihatan di mysejahtera. 

Itulah status mysejahtera yang ada setakat ni. 
Bagi kes MF,  dari Low Risk kepada Kontak Kasual Tidak Bergejala. 

MF takde buat apa pun... Status ni berubah lepas MF balik dari kedai dekat rumah MF je. 
Bila naik status ni akan kekal selama 10 hari dan hari-hari kena submit status kesihatan kita. Tu je la. 

Walaupun low risk, tapi tengok warna kuning tu rasa tak best dah... haha..
So, nak tukar balik status tu boleh ke? 

Boleh, jika kita yakin kita sihat dan takde masalah apa-apa pun. 

Cara tukar status mysejahtera daripada kontak kasual tidak bergejala kepada risiko rendah.

1. Pertama sekali, buka mysejahtera korang dan klik pada Helpdesk. 
2. Klik Start/Mula
3. Lepas tu korang scroll ke bawah sampai jumpa point huruf "K". Korang refer gambar kat bawah.




4. Lepas tu, klik pada point huruf "A"


5. Kemudian, klik pada point huruf "A"


6. Kemudian klik pada point huruf "B"


7. Lepas tu korang tulis lah ayat kenapa korang nak tukar tu.

 

MF just tulis. 
"I'm healthy and I follow SOP at all facility and premis when I go out such as 3W and 3S anywhere."

 Dah tulis tu, tekan "Next" dan dah siap lah hantar kepada Helpdesk MySejahtera. 

Lepas tu korang tunggulah dalam masa 24 jam camtu... Cuba refresh MySejahtera... Akan bertukar ke Low Risk semula. 

Tapi bab ni korang kena jujur korang sihat. 
Macam MF, lepas je dapat status tu MF tetap buat self test juga... walaupun dia kata tak perlu buat pun. 

Lepas yakin, MF sihat dan amalkan SOP yang ketat, tu MF buat untuk ubah balik status mysejahtera kepada warna biru. 

Sekarang ni mysejahtera dah update tau. 

Data dan status covid di ambil dari sini. 
So, memang kena jujur betul ye. 

Takde dah orang nak check mysejahtera kita, tapi kita kena jujur dengan diri sendiri. 
Satu je, orang tak nampak tapi Allah nampak ye. Malaikat kiri kanan mencatat. 

Apa nak buat bila self test kit Covid Naik Double Line?

Dan satu lagi sekarang ni tak ramai tahu juga, kalau buat self test tu tetiba naik double line... Nak buat apa? 

Perkara pertama, kuarantin diri. Lepas tu update dalam mysejahtera result tu. Nanti dalam masa 24jam mysejahtera akan bertukar status. Dan kat situ dah lengkap tarikh sampai bila nak kena kuarantin. 

Tak perlu nak buat pergi pusat kuarantin, klinik atau hospital kecuali ada gejala.

Itu yang MF kongsikan hasil pengalaman MF sendiri bila mysejahtera tetiba tukar status dan juga berhadapan dengan beberapa murid, keluarga MF yang disahkan positif covid baru-baru ni. 

Sekarang ni memang risau juga... Pergi mana-mana memang terdedah je dengan Covid ni. 



Bahkan status mysejahtera MF ni, dah dua kali status ni MF buat untuk tukar status mysejahtera tu. 

So, jagalah diri, amalkan SOP yang ketat di mana-mana. Patuhi SOP kerana ini bukan arahan KKM sebenarnya tapi cara yang Islam ajar bila berhadapan dengan wabak dan penyakit berjangkit macam ni. 

“Rasulullah SAW ketika berbicara mengenai wabak penyakit menyarankan agar migrasi dihentikan serta-merta di mana saja dan Baginda SAW pernah bersabda dengan maksud: 
“Jika kamu mendengar taun (wabak penyakit) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini jelas mengajar kita bahawa Rasulullah SAW juga mengambil pendekatan untuk mencegah penyakit dan tidak berserah 100 peratus kepada ALLAH SWT kerana usaha kita sebagai hamba Allah tetap kena ada. Ibarat nak makan nasi, kena ada usaha untuk masak nasi, letak dalam pinggan dan suap. Bukan nganga mulut, biar nasi tu jatuh dari langit. 


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer


Catat Ulasan

11 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. tq mar atas info nya.Terus check mysejahtera..hehe

    BalasPadam
  2. sebelum nih ada pengalaman kuarantin diri sebagai kontak rapat rakan sekerja yang positif, jadi harapnya cuma sekali shj pengalaman ngeri itu terjadi… take cake and stay safe Maria dan family risau...

    BalasPadam
  3. terima kasih sudi share, sekarang ni memang wajib scan mysejahtera so tangan memang standy pegang phone kalau masuk mana-mana premis

    BalasPadam
  4. Wah bagusnya dgn penerangan panjang lebar. Risaunya sebenar bila status berubah tapi tu la mujur jugak skrg ada mysejahtera ni so leh tau la gak status kan

    BalasPadam
  5. Tq share info mysejahtera, bagus juga kerajaan buat apps ni senang nk detect kes covid

    BalasPadam
  6. memang terkejut kalau tiba² mysejahtera berubah warna. Tapi x pernah lagi, alhamdulillah. tq kak MF, mmg sangat² membantu entri kak MF ni.

    BalasPadam
  7. Masa tiba2 keluar kontak kasual tu panik juga hahaha. Lepas tu dah cool 😝

    BalasPadam
  8. Suami pon baru ni naik kontak kasual tapi dia relax je. Kita yang cuak suruh dia buat rtk. Haha

    BalasPadam
  9. Bagus juga bila Naik notification my Sejahtera ni, kita boleh bersedia dengan langkah2 pencegahan. Kot2 area kita ada Covid, so bolehlah kurangkan aktiviti berada di luar rumah dan boleh swab test sendiri.

    BalasPadam
  10. Nak kena chck juga my sejahtera ni sekali sekala..tq sharing

    BalasPadam
  11. Itu la sekarang ni memang kena sentiasa alert. Dengar nya bulan 3 nanti kalau tak booster akan tukar lagi status. Bertabahlah hidup dalam Covid-19.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan