Coronavirus | Jom amal doa dan zikir ni sebagai pendinding!

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Coronavirus | Jom amal doa dan zikir ni sebagai pendinding! | Belum reda pasal virus Hepatitis A, datang pula virus baru masuk negara kita.

Virus ni lebih merisaukan sebab takde ubat lagi yang ditemui.

Bahkan virus ni menyerang tapi ada sesetengah tu takde simptom apa pun... Tip-tip dah teruk je... Nauzubillah...

Banyak viral dan post yang dikongsi kan orang.. Hingga mencetuskan panik dalam kalangan orang awam. Ye la siapa tak risau kan...

Apa pun, daripada kongsi berita tak sahih... Baik kita kongsikan kesedaran untuk mencegah dan juga doa amalan untuk lindungi penyakit berjangkit ni. Itu lebih baik kan...

DOA & ZIKIR PENTING DI KALA SITUASI GENTING


Doa elak penyakit coronavirus

Doa adalah senjata dan penawar terbaik bagi orang beriman bagi menghadapi wabak maut ini, kerana Allah jualah Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.


Coronavirus | Jom amal doa dan zikir ni sebagai pendinding!

1. Antara doa sunnah yang sangat penting untuk kita amalkan ketika ini:

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء
Mafhumnya: "Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat" [riwayat al-Tirmidzi].

Doa Nabi SAW ini sangat ringkas dan padat.

Keempat-empat perkara ini merupakan ‘virus’ berbahaya yang perlu dihindarkan dari kehidupan kita.

2. Begitu juga dengan doa penting ini:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta” [riwayat Muslim].

Dalam sebuah hadis, datang seorang lelaki kepada Nabi SAW menceritakan bahawa beliau disengat oleh kala jengking ketika sedang tidur. Lalu Nabi SAW memberitahu sekiranya lelaki itu membaca zikir tersebut ketika waktu petang (malam) itu, nescaya dia akan dilindungi dari mudarat tersebut.

3. Jangan lupa sunnah zikir pagi dan petang yang boleh menjadi benteng yang melindungi diri kita.

Antara zikir yang paling utama untuk kita amalkan ialah:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [riwayat Abu Dawud].

Lazimkan diri untuk membaca zikir ini tiga kali di waktu pagi dan petang, nescaya Allah akan melindungi si pembaca dari bala yang mendatang.

Moga Allah memelihara kita dan memberikan kita semua keselamatan di dunia dan di akhirat.

Kredit -Dr. Kamilin Jamilin-

Senang sangat nak amalkan... Amalkan setiap hari pagi dan petang...

Moga kita dan keluarga kita dilindungi dari penyakit dan musibah yang berbahaya ini...

Jom sama-sama amal...

Sebarkan... Moga semua orang dapat amalkan bersama... Insha Allah...

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam menangani wabak ni. Aamiin

    BalasPadam
  2. nauzubillqh. semoga kita semua dijauhkan drpd penyakit berjangkit.

    BalasPadam
  3. semoga kita semua dilindungi daripada wabak penyakit ini. aamiin

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !