06/2019 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Jun 30, 2019

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang | Telur goreng separuh masak, yang popular dipanggil telur goyang, sebab bila dimasak di atas roti, bila separuh masak, yang kuning tu masih bergoyang, sebab itu orang panggil telur goyang.


MF memang suka telur separuh masak... Tapi kurang gemar... Tapi ada juga orang suka... Bahkan kalau orang mengandung, lagilah kan.. apa sahaja makanan dan minuman viral dia nak cuba.. Pantang sebut...

MF pernah dengar yang telur separuh masak ni tak berapa elok bagi wanita mengandung, tapi bagaimana dengan telur goyang? Boleh ke makan bagi wanita mengandung?

Ini jawapan dari Doktor:

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang

Ibu Mengandung Mengidam Telur Goyang, bahaya telur goyang kepada ibu mengandung, mengidam, resepi telur goyang, roti bakar telur goyang

“Doktor, isteri saya ni asyik mengidam telur goyang. Bahaya tak?”

Jangan fikir bukan-bukan. Lelaki ni mengadu isteri dia yang hamil hari-hari nak makan telur goreng separuh masak. Dia risau kalau ia tak selamat.

Jawapannya: BAHAYA!

Boleh kena jangkitan bakteria yang menyebabkan simptom cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, dan demam tinggi. Jika ibu hamil kena jangkitan ini, ada risiko berlaku keguguran kandungan. 

Jadi, kena tahu juga cara yang betul untuk simpan dan masak telur.

Cara simpan dan masak telur yang betul


  1. Pilih telur yang tidak retak. Telur tidak retak pun boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, namun yang tak retak lebih rendah risiko.
  2. Bersihkan telur sebelum disimpan tapi tak usah sental kuat-kuat kerana itu akan menghilang lapisan perlindungan pada kulit telur dan sebabkan telur cepat rosak.
  3. Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas tertutup supaya makanan lain tak tercemar. Suhu 0-4°C akan membantutkan pembiakan bakteria.
  4. Bila nak guna telur, pecahkan telur dalam mangkuk dulu, periksa tembelang ke tak. Kalau OK, baru masukkan dalam kuali.
  5. Masak telur sehingga masak sempurna agar kuman yang ada pada telur terbasmi. Jika resepi gunakan telur mentah, gunakan telur yang dipasteur.


Tapi kalau dah mengidam juga, nak buat camne kan..

Ok, ini panduannya kalau teringin atau mengidam juga nak makan telur goyang.

Belilah telur yang di pasteur.

Telur pasteur tu apa? 

Telur yang telah dibasmi kuman dengan teknik pempasteuran. Telur yang dipasteur, di paketnya ada ditulis. Harganya mahal sikitlah.

Telur yang tak pasteur, dan tak dimasak sempurna boleh akibatkan keracunan, l terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, warga emas, wanita hamil, serta mereka yang punya imun yang rendah. 

Jadi, hati-hati!

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Jadi, kalau dah mengidam tu, suami kenalah cari telur pasteur dan cuba belajar sendiri cara masak telur goyang... Alaa... kat youtube kan ada... benda boleh masak sendiri, buat apa nak beli... hehe...

Ini MF kongsikan resepi mudah buat telur goyang.


Resepi Telur Goyang

Buat telur goyang tak susah... cuma kena pastikan suhu betul... Ada yang jenis rebus sekejap dalam air mendidih, ada jenis goreng telur tu separuh masak... Ikutlah yang mana-mana... 


Meleleh plak air liur tengok telur tu bergoyang meleleh gitu... hehe...

Cik-cik abang boleh cuba buat mak buyung isteri tersayang ya... Cuma ingat, kena cari telur yang dipasteur.. alahh.. tak mahal sangat, MF pun guna telur tu... 10 biji baru dalam RM5.90 macam tu untuk gred B... Ok la kan.. sesekali nak makan.. ok je kan untuk isteri tersayang... 

Jun 29, 2019

Tak Sangka Ramai Peniaga Online Zaman Sekarang Buat Pemasaran B.A.B.I

Tak Sangka Ramai Peniaga Online Zaman Sekarang Buat Pemasaran B.A.B.I | Sebut babi, huii.. Marah orang kita.. Tak boleh sebut... Harammmm... 


Sebut pun haram... Makan dan sentuh lagi tak payah cerita walaupun selalu sahaja jumpa perkataan babi di komen netizen, sama ada di twitter, insta dan tak kurangnya pada Facebook. 


Tapi... Kalau bab duit... Eh... Babi boleh jadi halal plak.. Eh... Camne tu... 

Meh sini... MF nak kongsikan sikit... Betapa ramai seller online terutama budak-budak muda yang baru nak up... Baru belajar nak buat bisnes di insta dan juga budak muda yang sedang kumpul duit nak kahwin. Ramai sangat dok buat buat pemasaran BABI ni cuma mungkin tak perasan.... MF memang tertarik dengan kupasan artikel ni... 

Tak Sangka Ramai Peniaga Online Zaman Sekarang Buat Pemasaran B.A.B.I


Pada zaman sekarang, usahawan dan selebriti bagaikan terdesak untuk membuat pemasaran. Sebab itu banyak benda pelik yang muncul.

Cara pemasaran ini dipanggil konsep Bad Advertising Business Intelligent atau  ringkasannya B.A.B.I 

Ini adalah kategori pemasaran B.A.B.I:
1.Pemasaran Mukhaffafah
2.Pemasaran Mutawassitah
3.Pemasaran Mughallazhah


Haha... Dah macam jenis najis dah nama pemasaran ni... Ok.. Jom baca lagi... Apa itu penjelasan dan maksudnya... 


tips bisnes, hukum bisnes, marketing strategy, wrong marketing strategy
sumber: google images


1.Pemasaran Mukhaffafah

Pemasaran ni dibuat dengan memperbodohkan diri sendiri kepada umum untuk mendapatkan pemerhatian, mendapatkan like, mendapat komen, mendapatkan follower, menayang harta sebagai motivasi kepada orang lain semuanya kerana perniagaan. Memperbodohkan pesaing dalam video iklan juga dalam kategori ini.

Lakonan bodoh perlu dibuat setiap hari agar masyarakat sentiasa menyebut nyebut perihal mereka. Dengan cara ini, perniagaan mereka semakin laris.


2.Pemasaran Mutawassitah

Pemasaran ini menggunakan unsur untuk menjatuhkan syarikat perniagaan orang lain dan menghina adat serta budaya kaum negeri orang lain. Ia bertujuan membuatkan syarikat sendiri dikenali ramai dan orang membeli produk berbanding pesaing. Menayang bentuk tubuh badan sehingga bahagian sulit wanita/lelaki sebagai tarikan juga dalam kategori ini.

3.Pemasaran Mughallazhah

Pemasaran ini menggunakan agama sebagai tarikan perhatian menjana pendapatan. Menggunakan elemen islamik, pemakaian islamik, post tentang keagamaan dimedia sosial, menunjukkan diri kembali ke pangkal jalan, menghebohkan pemberian jumlah zakat dan unsur simpati sedangkan tidak seiring dengan diri sebenar.

Ini lah yang berlaku dizaman sekarang. Bila ada sesuatu isu, orang sudah menganggap ianya pemasaran walaupun ia adalah perkara yang betul berlaku tanpa dijangka ianya tersebar akibat kebodohan meng-upload di media sosial. Mereka sudah tidak kisah asalkan mereka dan perniagaan disebut sebut sepanjang masa.

Kalau ada orang kena tetak dalam restoran, kena langgar dengan myvi, bergaduh laki bini juga bila masuk media sosial, ia juga akan dianggap sebagai pemasaran sedangkan orang tu parah nak mati.

Firaun orang pertama buat live tunjuk harta tujuan bagi inspirasi kepada orang sedangkan tiada inspirasi dan motivasi yang terbentuk dari melihat kekayaan orang lain.

Konsep pemasaran B.A.B.I ni bagus untuk pemasaran dan menjana jualan tapi hina untuk diri, bangsa dan agama. Didunia kita untung belum tentu diakhirat ia dihitung.

Peniagaan itu mulia tapi dilacurkan dengan konsep pemasaran B.A.B.I

Kredit : Facebook Hafiz Mansor


Kalau nak sebut... Ketiga-tiga jenis pemasaran di atas bukanlah berlandaskan agama dan syariat Islam.

Itulah... Zaman sekarang ni, orang berlumba nak cari duit... Nak Kaya... Tapi takde ilmu..  Tak belajar hukum fekah dulu... Main hentam je.. Orang berniaga dia pun nak Berniaga juga. Itulah jadinya...


Bad marketing ni memang mungkin boleh upkan nama dan bisnes dalam masa yang singkat tapi fikirkan semula, adakah ianya berkat?

Tambah-tambah yang buat bisnes sebab nak kahwin.. Bagus dah.. Tapi kena ada berkatnya sebab kahwin ni mulia.. Kalau tak berkat kahwin.. Hmm.. Hang fikir lah sendiri akibatnya jangka masa panjang kalau hang tak sedaq dan taubat.

OK.. Malas nak ulas panjang... Entry ni just pesanan untuk peniaga online dan offline juga..  Dalam berniaga keberkatan itu yang utama..  Kalau sebab nak kaya, ianya tak kan bawa makna..  Apatah lagi nak masuk syurga..


Hati-hati...


P/s: lagi banyak harta kita ada, lagi banyak soalan nak jawab depan Allah. Renungkan... 

Jun 28, 2019

Mudah Tapi Tak Senang Nak Kuruskan Perut Buncit

Perut buncit, kalau lelaki dah berkahwin nampak biasa.. Bahkan jadi aset.

Tapi kalau perempuan, adehhh.. Tak sedap mata memandang... 

Bahkan... Paling tak sedap didengar bila ada yang tegur... 

"eh! Mengandung eh!"

MF sendiri pernah ditegur macam tu... Fuh.. Anak murid sekarang, jujurnya lain macaiam... Haha.. 


Itulah akibatnya perut dah ke depan. 

Tapi, lepas dok baca-baca beberapa artikel cara nak hilang kan perut buncit...

Salah satunya, ialah elakkan gula putih..

Jadi, MF pun ajak suami sahut cabaran elakkan gula putih. 


Cabaran tanpa gula

Stop minum air sirap... 

Sehari sekali je minum air manis... Tu pun air coklat je... 

Selainnya disiplin kan diri minum air masak atau air kosong je.


Seminggu struggling buat tau... 

Alhamdulillah... Rupanya betul... Nampak la perubahan... Seluar jeans yang tak muat, dah boleh dizip... Fuhh.. Dia punya seronok macam nak lompat. 

Tapi, kadang lupa diri juga la bila time raya.. Cuma under control... 

Apa pun, dah tau cara mudah nak kuruskan perut buncit. 

Lepas ni... Dah boleh terus istiqamah.... Insha Allah... Harap boleh pakai semula baju-baju kurung saiz S... Opss... Haha... 

Jun 27, 2019

Niat upload di media sosial



Niat asalnya kerana Allah tetapi berubah untuk dipuji orang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita. Wallahualam.

Sebab tu hati-hati upload..terutamanya upload kebaikan yang kita buat.

Takut-takut iblis tukarkan niat kita... Dalam kita tak sedar.. 



Kredit: Page/Telegram: 
Jalan-jalan Cari Ilmu

Jun 26, 2019

Kebaikan itu kadangkala perangkap syaitan.



JANGAN MERASA DIRI BAIK

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat  dan dakwah.
 
Jangan merasa diri kita " Baik " Walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman di dalam Al Quran Surah an-Najm ayat 32:-

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

".........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci(orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar benar bertaqwa

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya seseorang " Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya " iaitu Orang yang merasa dirinya baik".
Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu Orang yang merasa dirinya buruk".

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK daripada orang LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing masing hanya diketahui Allah"

"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu Orang lain " Untuk menjadi lebih baik.
kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai Orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
 Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Kerana Orang yang terus beramal sambil memperbaiki dan memeriksa niatnya akan ditarbiah oleh Allah SWT akan hatinya.

Dengan cara ini, seseorang akan melatih dirinya untuk bersifat tawaduk dan menjauhkan dirinya dari penyakit ujub(merasa kagum dengan diri sendiri) dan takabbur.

Disamping itu kita sentiasa berusaha mperbaiki diri sendiri serta Orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah SWT yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)


Merasa diri baik

Sebab itu Hati-hati sebarkan kebaikan yang kita buat... Kerana takut-takut itu Hanya perangkap syaitan.

Sebab teringat Kata ustaz, pemisah perbuatan menunjuk dan riak bordernya sangat nipis...

Jadi, Hati-hati bila kita buat baik dan kita tunjuk di media sosial... Sebab bila dipuji bahkan di like sekalipun, syaitan dah masuk jarum... Hati-hati... 

Jun 25, 2019

Banyak nk tulis, tapi...





Dah lama sangat tak membebel Kat blog ni...

Ikutkan hati nak sangat membebel tu... Tapi apa kan daya... Masa 24jam tak terasa pun setiap hari... 

Tak terkejar dek banyak hal... 

Urusan kerjaya dan keluarga lebih diutamakan. Tapi Blog tetap dirindukan. 


Ya... Memang banyak nak tulis kat blog ni... Info, input, Pengalaman dan segala macam nak diceritakan... Bahkan hal raya 2019 pun tak sempat nak coret... 

Gambar yang ada mampu di tatap saja... Tak mampu nak menaip di saat keletihan.. 

Allah... Rindu.. Nak berblog macam dulu... Berikan aku kesempatan waktu... Untuk terus berkongsi ilmu... Dengan semua pencari ilmu mu... 


Moga akan tiba waktu aku berblog macam dulu... Kerana ku rindukan sangat waktu itu... 

Buat pembaca, terima kasih atas kunjungan kali yang tak pernah jemu... Moga kehadiran kalian, diberkati Ilahi... 

Ini Sebenarnya Maksud MANDUL!


Mandul


Mandul pada istilah dan pemahaman kita ialah orang yang berkahwin tapi tiada anak.

Ataupun, orang yang tak mampu mengandung dan menghasilkan zuriat. 

Tapi sebenarnya, mandul ni ada penjelasannya di sebalik hadis Nabi s.a.w. 



Maksud mandul
Dalam hadis riwayat Ahmad, Nabi s.a.w menjelaskan tentang maksud mandul yang sebenar. 

"Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: “Tahukah engkau siapakah yang mandul?” Para sahabat menjawab; “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak”. Lalu Rasulullah bersabda; Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai banyak anak, tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (HR. Ahmad)


Ikut kata Nabi Muhammad s.a.w di atas, orang yang mandul tu bukan orang yang takde anak, tapi orang yang ada anak tapi gagal mendidik anaknya menjadi orang atau manusia yang berguna kepada diri, agama, keluarga dan masyarakat. 


Nampak tak... Beratnya tanggungjawab tu... Jangan mudah menghukum orang yang takde anak. Sebab sekurang-kurangnya dia dah terlepas dari mandul yang dinyatakan Rasulullah SAW. 


Bagi yang dah ada anak..  Didik lah anak sebaiknya. Paling tidak boleh doakan kita bila kita meninggal dunia nanti. Boleh baca kan yassin dan uruskan jenazah kita bila kita dah tiada kan... 

Biar dia tak jadi doktor, engineer atau kerja hebat pun.   Asalkan dia boleh berbakti kepada orang lain. Dan paling utama zaman sekarang ni.. Jadi Manusia paling beradab. Insha Allah... 

Jun 24, 2019

3 Bisnes yang tak kan rugi


Bisnes yang tak kan rugi

[Perniagaan yang tidak akan rugi]

3 Amalan asas yang bagaikan perniagaan yang tidak akan rugi:

1. Membaca kitabullah,

2. Mendirikan salat dan

3. Membayar zakat dan bersedaqah secara sembunyi dan terang-terangan
.

Allah ﷻ bukan sahaja memberikan pahala dan tambah berganda bahkan ditambahkan segala kebaikan dunia dan akhirat yang boleh berupa rezeki, umur, ketaatan dan sebagainya.

Al-Fathir: ayat 29 dan 30.


Syaikh Al-Mutharraf jika membaca ayat ini beliau akan berkata: ayat ini untuk orang yang selalu membaca al-Qur'an!!

Jika gunakan cara Isti'naf li bayan al-jumlah, iaitu ayat pelengkap dan lanjutan daripada ayat sebelum, ayat 28 menceritakan mengenai sifat para ulama' yang mana bukan sahaja mentakuti Allah ﷻ bahkan melakukan 3 amalan ini.

Kredit:
Ustaz Daud At-Tetouani

Jun 23, 2019

Setiap huruf yang ditaip, blogger kena jawab nanti!



Setiap huruf kita taip akan dicatat dan diambil kira oleh malaikat... 

Kalau dulu lidah berbicara tapi sekarang jari pula yang berkata-kata... 

Hati-hati... Menulis, menaip dan sebarkan... Sebab semuanya akan dipersoalkan di akhirat nanti... 

Jun 22, 2019

Lelaki TERBAIK Ini Memang akan sentiasa menjadi rebutan.



Lelaki terbaik ialah lelaki yang beriman. 

Tanda lelaki tu beriman ialah lelaki yang berakhlak...
Tanda lelaki tu berakhlak, tengok bagaimana dia melayan isterinya. 

Point di atas jelas... Sebab tu jangan publish sangat kebaikan laki kita sebab jika ada wanita lain nampak ciri lelaki terbaik, Memang dia tak kisah nak jadi madu anda. 😁😁😁

Hati-hati ya para isteri semua.. Sorok sikit lelaki yang baik tu... Jangan bersemut sangat di media sosial... Takut kena hurung nanti.. 

Happy weekend... 

Jun 21, 2019

'TA' yang menguji dan membinasakan lelaki dan perempuan.



ت

TA Yang menguji kita... 

3 Ta yang merosakkan orang lelaki :

1. HarTA
Berapa ramai lelaki yang lupa diri bila ada harta. Ada yang lebih teruk lupa Allah.. 


2. TakhTA
Lelaki bila dapat takhta mula lupa diri. Menjadikan kekuasaan sebagai raja untuk menindas orang lain. 

3. WaniTA
Wanita ujian yang hebat bagi lelaki. Lelaki akan kalah dan tunduk dengan perempuan terutama bila digoda. 


3 TA yang merosakkan orang perempuan:

1. PermaTA
Berapa ramai wanita menghabiskan masa mengumpul emas dan permata. Dah ada, tak pernah rasa cukup. 

2. CinTA
Berapa ramai perempuan sanggup gadai maruah kerana cinta. 

3. KaTA
Dan kerana kata (lidah) ramai wanita menjadi ahli neraka. 


Itulah TA yang boleh membinasakan kita... Jika tak dibatasi dengan ilmu dan amal... Neraka lah tempat kita... Nauzubillah... 

Jun 20, 2019

Take Note Bagi Ibu Bapa Yang Suka Upload Gambar Anak di Media Sosial

Take Note Bagi Ibu Bapa Yang Suka Upload Gambar Anak di Media Sosial | Musim raya, antara musim yang menjadi trend orang berkongsi gambar terutama gambar anak. 


Comel dan terhibur aksi anak-anak kecik ni.. Tapi tu lah... Dalam keterujaan tu ada bahaya juga yang menanti.. 


Kajian menunjukkan, menjelang usia anak 5 tahun.. ibu bapa secara puratanya telah berkongsi lebih 1500 gambar anak! 


Tapi tau tak, tak semua jenis gambar anak wajar dikongsi di media sosial. 

.

PDRM baru baru ini melaporkan mengenai kehilangan 834 kanak kanak yang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini. 


Berhati hati, “Predator” atau pemangsa yang berada diluar sana MUNGKIN sedang memerhatikan anak anda. 



Sebagai langkah berjaga... 

Elakkan berkongsi maklumat lengkap anak seperti lokasi sekolah, nama, identiti dan maklumat peribadi lain.


Ini mungkin memudahkan “pemangsa” untuk menjejak anak anda dan memanipulasikan maklumat peribadi untuk tujuan jenayah. Kita tak tau kan dalam ramai-ramai kawan dan follower kita tu mungkin ada pemangsa yang sedang memerhati. 


Jangan hidangkan golongan peadophilia dengan santapan gambar gambar anak anda yang bogel atau separa bogel. Simpan momen indah tersebut untuk tatapan peribadi.


Selain itu, gambar yang berusur penderaan, penindasan, keganasan malah gambar yang memalukan anak juga tidak perlu dikongsi kepada umum. 


Ketahuilah, suatu hari nanti mereka akan meningkat dewasa.. pasti mereka enggan momen yang memalukan itu dikongsi. 

.

Akhir sekali, semak tetapan privasi akaun anda dan berhati hati untuk “menerima” rakan yang tidak dikenali di media sosial.


Kredit : Public Health Malaysia


Upload Gambar anak

Dan sebaiknya jadilah ibu bapa yang bijak. Jangan mudah berkongsi maklumat anak dengan orang lain.


Ni kadang MF pelik tengok.. Ada kat group penduduk sekian.. Sekian... Dia boleh minta post kan gambar anak . Semua teruja nak kongsikan...


Padahal ko sendiri tak kenal tukang post kat group tu... Haihhh... Tolonglah beringat dan berhati-hati...


Tu lah.. Risau memikirkan keselamatan anak nih... Sebab tulah cukup jaga nih... Dan moga Allah juga memelihara anak kita kan..  Sebab kalau kita dah cukup berjaga sekali Allah nak uji.. Moga dijauhkan lah kan...


Moga Allah sentiasa melindungi anak-anak kita.. Insha Allah.


Tapi kita juga wajib berusaha untuk melindungi anak kita... 

Jun 19, 2019

Doa Agar Terlepas Dari Hutang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Agar Terlepas Dari Hutang | Hutang sangat membebankan walaupun sedikit. Tak boleh tenang hidup dengan hutang tapi pelik juga orang boleh tambah hutang.

MF cukuplah dengan hutang rumah dan kereta... ni ada hutang AEON rasa tak sabar nak habiskan cepat.

Rasa rimas dengan hutang. tidur pun tak tenang. Jadi ini Nabi s.a.w ajar cara uruskan hutang dengan amalkan doa ini.


Doa Agar Terlepas Dari Hutang


Doa Agar Terlepas Dari Hutang


Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallâhu ‘anhu, beliau berkata kepada seorang lelaki,

“ Aku akan mengajarimu beberapa kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepadaku.

Andaikata engkau memiliki hutang sebesar gunung Shîr, Allah akan melunasinya untukmu.

Ucapkanlah, "

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ 

“ Ya Allah, cukupilah aku dengan (rezeki) yang halal, (sehingga aku tidak memerlukan) yang haram, dan perkayalah aku dengan kurnia-Mu, (sehingga aku tidak memerlukan) siapa pun, selain diri-Mu. ”

[Diriwayatkan oleh Ahmad, At-Tirmidzy, dan Al-Hakim. Dihasankan oleh Al-Albany dalam Ash-Shahîhah no. 266]


Moga berkat doa dan amalan ini kita dipermudahkan untuk selesaikan hutang.

Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

Kalau dah nama pinjam itu adalah hutang, jadi wajib bayar... Jangan dipaksa kepada pemberi hutang untuk halalkan hutang, sebab kita sebagai pemiutang wajib langsaikan hutang kita.


Sekian.

Jun 18, 2019

Tak Rugi Pun Sabar


Hikmah sabar

Bila diuji kadang hilang sabar... 
Tapi kalau kita sabar sikit tak rugi pun... 
Sabar sikit je... 

Sebab taraf kepada orang yang sabar ni sangat tinggi di sisi Allah. 

Jadi, tak rugi pun sabar... 
Cuma janganlah diduga orang yang sedang bersabar sebab kadangkala boleh hilang sabar juga... Sebab setiap orang ada batas kesabarannya. 

Jun 17, 2019

3 Ciri Muslim Yang Paling Baik



3 Ciri Muslim Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ


Daripada Abdullah bin Amru RA, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi SAW menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (Sahih Bukhari No: 12) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih



The best muslim

Pengajaran:

1. Muslim yang paling baik ialah yang memberi makan kepada orang lain sama ada yang dikenali atau tidak.

2. Mengucapkan salam kepada orang Islam yang lain sama ada kita kenal atau tidak termasuk dalam kategori Muslim yang paling baik.

3. JANGAN hanya memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja!

Jadilah kita muslim paling baik dengan sering menjadi pemberi kepada orang lain sama ada dalam bentuk makanan mahupun ucapan salam tanpa mengira orang yang dikenali ataupun tidak. Lebih-lebih lagi di bulan Syawal ini.



Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram

Jun 16, 2019

Ini Kisahnya Bagaimana Nak Mula Berniaga

Ada seorang kaya bertanya pada seorang miskin. Jika aku boleh tunaikan satu permintaan kamu, apa yang ingin kamu minta. 


Jawabnya,

"Aku mahu minta kamu berikan aku modal berniaga. Aku orang miskin mana mungkin aku mampu untuk mulakan perniagaan."


"Kamu pernah berniaga?"


"Tak pernah tapi aku ingin mencuba untuk ubah nasibku"


Orang kaya itu berkata.

"Baik. Tapi ada satu syarat yang perlu kamu penuhi. Esok jam 5 petang tunggu aku di tebing sungai"


Kerana orang miskin itu terlalu menginginkan dirinya dibantu dia tidak banyak soal. Lalu esoknya dia menunggu orang kaya itu datang di tebing sungai. Setelah orang kaya sampai si miskin tadi tidak sabar lagi untuk menerima wang modal yang dijanjikan.


Sesampai orang kaya itu dia berkata,

"Berapa modal yang kamu inginkan? Berikan sekali kegunaannya."


"Tak banyak orang kaya. Cukuplah 3 ribu. Aku ingin membeli barang jualan dengan wang itu"


"Boleh. Tapi syaratnya ambil pancing dan umpan ini. Dan pancinglah 100 ekor ikan. Setelah itu aku akan berikan wang yang kamu minta tadi."


Si miskin kehairanan. 

"Aku ingin meminta wang. Kenapa aku mesti memancing? Aku tak pernah memancing bagaimana aku ingin mendapat sehingga 100 ekor ikan?"


"Ini kan syarat aku? Jika tidak dapat 100 ekor hari ini. Esok kamu cuba lagi"


Si miskin akur. Lalu dia pun mula memancing. Selepas berjam-jam ikan masih tidak kelihatan. Sampai lah hari gelap ikan masih tak kelihatan. Dia kelihatan hampa. 


Keesokan harinya si kaya datang dan bertanya si miskin. 


"Sudah dapat ikannya?"


"Belum. Mana mungkin aku akan dapat ikan. Aku tak pernah punya pengalaman dan ilmu memancing. Sampai bila lagi aku harus tunggu?"


"Sabar. Cuba lagi sehingga dapat. Esok aku akan datang semula"


Hari ke 2 juga si miskin gagal mendapatkan ikan. Lalu si miskin mula merasa bosan. 


Tiba hari ke 3 si kaya bertanya lagi. Sudah dapat ikannya? 


Si miskin mula marah.

"Aku ingin kau membantu aku pinjamkan aku modal. Tapi kau menyuruh aku memancing 100 ekor ikan. Mana mungkin aku akan dapat 100 ekor. Kalau nasib aku baik mungkin aku hanya mampu dapatkan 2, 3 ekor ikan. Berapa lama harus aku tunggu untuk dapatkan modal tersebut?"


Si kaya menjawab.

"Sabar. Mari duduk di sini. Aku ada bawakan minuman untuk kau."


"Betul kau penat?"

Tanya si kaya pada si miskin.


"Sudah tentu aku penat. Aku duduk di sini berpanas tapi hasilnya tak ada!"


"Jadi sekarang kamu masih inginkan wang modal untuk berniaga?"


"Ya sudah tentu. Aku sudah di sini 3 hari menunggu wang tersebut"


"Kamu boleh janji untuk melunaskan bayaran hutang kamu pada aku dalam masa 6 bulan?"


"Ya sudah tentu aku boleh usahakan"


"Bagaimana kamu yakin kamu mampu lunaskan hutang aku dalam masa 6 bulan? Sedangkan baru 3 hari kamu memancing tapi tiada hasil kamu sudah marah-marah dan berputus asa?"


Bagaimana nak mula berniaga

Si miskin tersentak. Dia terdiam mendengar persoalan si kaya. Lalu si kaya berkata.


"Perniagaan ini sama juga seperti memancing. Tanpa ilmu dan pengalaman kamu akan mudah kecundang walaupun kamu sudah mempunyai modal (pancing &  umpan). 


Kamu berkata kamu yakin sekali akan mampu membayar hutangku. Tapi yakinkah kamu yang perniagaan kamu akan untung? Sedangkan baru memancing 3 hari kamu sudah putus asa.  Perniagaan sebenarnya jauh lebih mencabar. Kamu yakin bila kamu berniaga kamu takkan putus asa?"


"Tapi aku boleh mencuba. Dengan modal yang aku minta aku yakin aku punya cukup wang untuk jalankan perniagaan yang aku suka"


"Begini. Mahukah kamu jika aku tunjukkan cara yang betul untuk memancing agar kamu dapatkan 100 ekor ikan? Maka kamu akan mendapat wang modal yang kamu inginkan?"


"Ya sudah tentu. Ajarkan aku!"


Maka si kaya mula mengajarkan si miskin cara-cara dan teknik memancing yang betul. Sehari demi sehari si miskin makin pandai memancing. Setiap kali berhasil dan mendapat ikan si kaya menyuruh si miskin pergi berjualan hasil ikannya. Wang itu diserahkan pada si kaya. 


Sampailah cukup 100 ekor ikan. Si miskin kelihatan begitu girang sekali kerana berjaya memenuhi syarat si kaya.


"Orang kaya. Aku dah berjaya penuhi syarat kau. Boleh kah aku mendapat wang modal yang kau janjikan?"


Lalu si kaya mengeluarkan sejumlah wang. 


"Nah ambil wang ini. Tapi tak perlu dibayar semula"


"Kenapa orang kaya? Kan aku sudah janji aku ingin membayar semula wang yang aku pinjam ini?"


"Ini adalah wang kau hasil daripada jualan ikan yang kau jual."


Si miskin sangat terharu sehingga menitiskan air mata.


"Terima kasih orang kaya kerana memberikan aku ilmu. Hari ini baru aku faham kenapa kau meminta aku untuk memancing 100 ekor ikan. Tanpa tunjuk ajar kau aku yakin aku takkan mampu berjaya dalam perniagaan"


"Aku juga pernah diajar memancing seperti kamu. Berkat kesabaran aku berjaya menjadi seperti apa kau lihat hari ini".


Akhirnya si miskin meneruskan memancing dan menjual ikan sehingga dia mampu menjadi pembekal ikan terbesar di daerahnya. Lalu dia kini menjadi orang kaya.


Sahabat sekalian.

Seringkali kita merasakan ujian demi ujian yang hadir ke dalam hidup kita ini sebagai satu bebanan dan hukuman. Tapi jarang kita memandang sisi baik di setiap ujian yang mendatang dalam hidup kita.


Perjalanan menuju kejayaan itu tidak mudah. Seringkali disulami dengan kegagalan, kekecewaan, kesedihan dan keperitan. Tapi di sebalik semua itu tanpa kita sedar kita menjadi semakin kuat, kita lebih bijak, bertambah ilmu dan pengalaman. Dan seandainya kita sanggup bertahan, kita pasti akan mencapai kejayaan. 


Teruskan perjuangan sahabatku.

Proses kejayaan itu memang tidak cantik. Seringkali tidak diendahkan sesiapa. Tetapi berlian tidak akan terhasil tanpa tekanan yang sangat kuat. Ketahuilah siapa pun kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada hari esok.


Teruskan melangkah jangan pernah mengalah!


Kredit : Telegram Channel

Jun 15, 2019

7 Tanda kita murah rezeki


Tips murah rezeki
7 Tanda kita murah rezeki

7 Tanda kita murah rezeki

1. Kucing minta makanan
2. Kawan minta tolong
3. Urusan dipermudahkan
4. Duit dah tak penting
5. Tetamu datang rumah
6. Mak ayah doakan kita
7. Al-Quran teman karib

Jun 13, 2019

Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda

Atasi stress

Stress lepas raya... Banyak kerja tertangguh sebab cuti raya. Banyak hal nak diselesaikan... Jadinya Overthinking dan menjadikan kita stress... 


MF kalau stress rasa nak makan... Tapi ada ke makanan boleh redakan stress? 

.

Jawabnya ada. Makan punya vitamin C banyak membantu. Vitamin C turunkan hormon stress iaitu kortisol. 

.

Apabila stress cuba ambil

.

1. Buah kiwi

2. Buah oren

3. Air roselle

.

Atau buah buah lain yang sarat dengan vitamin c

.

Sila cuba.

Kredit: DrRizal Abu Bakar


Kalau tak dapat air mungkin jus pun boleh la.. Cuma jus segera kebanyakannya manis kan... Jadi, kena standby buah oren la lepas ni kat tempat kerja. Stress je makan buah oren. Sambil buat kerja makan buah oren.. Baru boleh kurus kan.. Eh... 😁

Jun 12, 2019

Wordless Wednesday - Adab Guna Handphone

Adab guna handphone


Nak guna handphone pun kena tau adab. 

Cara nak meseg orang pun biar beradab... 

Guna teknologi dengan betul. 

Teknologi untuk memudahkan.. Bukan memisahkan.. 

Terkena Penyakit 'Overthinking'

Ntah kenapa... Ntah macam mana boleh kena penyakit nih...

Terlebih fikir... Tapi ntah apa yang difikir tak tau la.. 

Sampai stress sendiri kengkadang... Huhu... 

Tambah dengan PMS lagi... Allahu... Rasa macam nak meraung gak la... 

Overthinking

Sedang dalam proses pemulihan... Sebab baru terperasan sendiri dengan penyakit nih... 

Cuba untuk bertenang... Fikir positif... Dan zikir sebagai terapi... 


Orang perempuan... Jika diuji dengan perasaan sendiri pun dia boleh stress sendiri ok.. Sebab wanita memang makhluk yang beremosi. Lagi parah bila nak lawan dengan perasaan sendiri... Huh... Macam apa je rasanya. 


Sebab tu, Wanita jangan tinggal baca Quran, jangan tinggal zikir... Dan cari rakan yang positif... Insha Allah... Semuanya akan baik-baik saja...


P/s: dalam fasa ujian sangat rasa berat... Tapi cuba berlagak biasa dan kuat untuk hadapinya. Moga Allah bantu aku... Kuatkan aku... 

Jun 11, 2019

CARA MUDAH SUCIKAN REZEKI DENGAN MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




CARA MUDAH SUCIKAN REZEKI DENGAN MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0 | Rezeki, bila sebut rezeki terbayangkan duit atau gaji. Rezeki yang kita ada, atau duit yang kita dapat bukan semuanya milik kita.

Rezeki yang kita dapat tu adakah halal semuanya? Mungkin secara kasar, kita kata halal tapi mungkin ada unsur syubhah dalam tu. Kita kerja, mungkin masuk lambat, tertidur ponteng ke... Itu menyebabkan rezeki kita tak berkat.

Macam mana nak buat kalau dah macam tu? Kena lah sucikan rezeki tu.

Antara cara yang dianjurkan nak sucikan rezeki ialah kita diwajibkan zakat. Tapi zakat saja tak cukup sebab mungkin kita tak layak zakat sebab tak cukup haul dan nisab. Jadi, kena guna kaedah sedekah untuk sucikan rezeki.

Dan MF nak kongsikan satulah tips nak dapatkan keberkatan rezeki dan gaji. Bagi MF yang sedia makan gaji ni kan...

Setiap kali kita dapat gaji, pasti setiap pagi bila tarikh gaji tu kita akan semak akaun gaji kan. Dan dalam otak kita mesti nak bayar hutang kan, sebab duit yang lebih tu baru kita boleh guna kan.

Sebaiknya, untuk dapat keberkatan dan lapang rezeki jangan bayar hutang dulu. Pepagi, waktu terbaik untuk infakkan rezeki, cuci rezeki yang kita dapat. Nak cuci rezeki ni dengan zakat atau sedekah. Zakat mungkin tak lah sebab kita buat potongan bulanan, tapi sedekah tu.

Jadi, bila tengok gaji masuk, sedekahlah pagi tu... Kalau MF biasa dah set time transfer bagi kat ibu ayah. Sedekah lah tu. Tapi ada satu cara lain yang mudah untuk korang salurkan sedekah korang ni, iaitu dengan sertai misi bantuan ke Syria. Tapi korang tak payah la nak pergi Syria.

Mudah je... MF akan kongsikan cara-caranya, baca entry ni sampai habis ya... Nak sucikan rezeki kan... Ada caranya kat bawah...


bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

Cara Mudah Sucikan Rezeki Dengan Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0


Setiap tahun, bila datang Ramadhan sedikit sebanyak MF terkenangkan masyarakat Islam di luar negara. Tengok kat Facebook, bila Ramadhan, orang Islam di Palestin terpaksa berjuang untuk hidup setiap kali Ramadhan. Sedih tengok situasi ni.

Tapi bukan di Palestin saja... Negara lain pun ada. Ada satu hari tu MF tertengok lah berita tv al-Hijrah... iaitu cerita mengenai rakyat Syria. Sebelum ni tahu tahu gitu je.. Tak detail mana, tapi bila tengok berita tu... Allahu... teruk mereka kena tindas. Kesian jadi pelarian di negara sendiri.

Kisah penderitaan rakyat Syria ni jadi perhatian seluruh dunia. Memang ramai yang bersimpati... Dan kerana itu, ramailah yang hantar bantuan kemanusiaan kepada mereka di sana. Negara kita pun tak terkecuali. Banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang beri bantuan di sana. Antara yang MF tahu MVM Relief.

MVM Relief tu apa?

MVM dikenali sebagai MVM Relief. MVM tu nama penuhnya Muslim Volunteer Malaysia Relief (MVM Relief).

MVM Relief ni satu program bantuan kecemasan yang diberikan kepada orang yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa. Kalau yang antarabangsa tu macam  negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh dan negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

Bila sebut Volunteer, kira ini satu badan sukarelawan la untuk beri misi bantuan kemanusiaan kepada orang yang memerlukan di dalam dan luar negara. Mungkin kita tak berapa nak cakna bab ni kan... Tapi kena kena kenal dan tau...

Sebab kalau kita nak infak kan rezeki ke kan, boleh cari mereka ni. Mereka satu badan NGO yang berdaftar dan diiktiraf kerajaan Malaysia. Kira tak menipu la kata orang. Jadi, kalau bagi duit untuk derma-derma bantuan orang susah, boleh salurkan kat MVM Relief ni, nanti diorang akan uruskan. Insha Allah... derma korang selamat sampai kat orang yang memerlukan.

Pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for  Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.

MVM Relief ni bukan baru, start tahun 2013 lagi mereka ni dah mula berikan misi bantuan di dalam negara dan luar negara. Antara beberapa misi bantuan banjir di Pahang, Kelantan, Sarawak dan Kedah. Dan misi luar negara lagi banyaklah dan antara paling banyak ke Syria.

MVM Relief ni sedang mengumpul misi bantuan ke Syria sebab kat sana kritikal dan dalam persediaan musim sejuk. Memang kena bantu, bayangkan diorang kat dok dalam khemah je.. Mana nak hadapi musim sejuk. Jadi, syukur kita kat sini ada rumah yang selesa.

Tahun ni, dah tahun ke-3 MVM Relief bakal hantar bantuan hasil derma rakyat Malaysia berupa makanan, pakaian dan keperluan lain.. Anggaran nilainya RM3 juta. Wahhh... pemurah sangat rakyat Malaysia kan... Alhamdulillah... Misi kali ni sempena Ramadhan yang diberi nama:

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0


MVM Relief akan menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.

Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah macam makanan iaitu Pek Iftar dan Sahur dan juga Pek Makanan (barangan asas dapur). Barang lain termasuklah barangan untuk kanak-kanak iaitu  Beg Keceriaan yang ada dalam beg tu adalah alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

MVM Relief letakkan sasaran bantuan kali ni adalah RM500,000 untuk kira-kira  seramai 20,000 pelarian Syria.

Antara lokasi bantuan yang akan diagihkan ialah di:
1. Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2. Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3. Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo

Misi bantuan ni dengan petugas dan sukarelawan MVM dijangka akan mula berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 hingga 6 Jun 2019. Kali ni  MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Jadi, sekarang ni memang sedang kumpul dana dan sempat lagi kita nak bagi bantuan ni.

KENAPA NAK KENA  HANTAR BANTUAN RAMADAN KE SYRIA ?


Mungkin ada yang tahu, ada juga yang kurang tahu, dah 8 tahun rakyat Syria jadi mangsa perlarian akibat pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria  dan sehingga hari ni masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir.  Mereka ni dok di sempadan negara Turki, dok aje la situ tak boleh kerja, dan tak boleh apa... dah namapun perlarian kan...  Tu sebab kita yang senang ni kena bantu depa.

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

Setiap minit mesti ada kes kematian yang berlaku sebab bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah cukup dan sangat diperlukan. Kanak-kanak dan orang tua-tua kan... Mana mampu nak bertahan kalau makanan tak cukup.. sakit pula kan...

Memang ramai yang jadi perlarian. Setakat hari ni 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Tapi bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa. Sedihnya, macam mana yang lain kan...

Diorang ni tak boleh buat apa, nak kerja pun tak boleh sebab masa depa lari dan perang tu kad pengenalan hilang, dokumen pengenalan diri hilang... Jadi tak boleh la nak tumpang kerja, tumpang sekolah ataupun nak tumpang dapatkan rawatan kat negara orang.

Jadi, sebab tu MVM dengan rasa tanggungjawab kemanusiaan ni turut serta menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia. Kalau korang  tengok kat TV, memang banyak bantuan dari seluruh dunia, tapi tu pun tak cukup. 4 juta kan, bayangkan macam mana nak bantu. Tapi kita cuba lah juga bagi dari tak bagi langsung kan.

Jadi, jomlah sama-sama kita bantu saudara kita di Syria.

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

MACAM MANA NAK BAGI SUMBANGAN KE MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0 ?


MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berupa sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu. Atau kalau nak taja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Maklumat bantuan :

1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu.


Jenis Bantuan :

1. Pek Iftar dan Sahur
2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju
raya.

Cara nak bagi sumbangan

Sumbangan secara online:
Klik link:
bit.ly/ramadanmvm ATAU
https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-
3-0/

Bank in/Bank Transfer

ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: account@mvm.org.my


Kalau ada yang nak bagi sumbangan dengan  dalam jumlah yang besar iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan sediakan resit pelepasan cukai.

Maklumat pasal misi bantuan ni boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut.

Atau rujuk juga MVM di sosial media untuk lihat sendiri info dan perkembangan misi bantuan yang telah mereka lakukan sebelum ni:

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://telegram.me/MuslimVolunteerMalaysia/
Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my

Jomlah sama-sama kita infakkan rezeki yang ada untuk rakyat Syria. Sedih kalau tengok anak-anak kecil menggigil kesejukan.

Sedekah dan derma ni, pahalanya berganda-ganda. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat. Baju bajan yang tak nak pakai tu, buatlah jualan amal ke, dan duitnya bagi kat pelarian Syria ni. Besar pahalanya.

Jadi, dah tau kan... cara mudah nak sedekah dan sucikan rezeki setiap bulan... Set je feveret kat online bank in korang, dapat gaji tolak siap-siap setiap kali dapat gaji waktu Dhuha.

Apa yang akan dapat bila amal macam tu. Insha Allah rezeki yang sedikit korang akan rasa cukup aje. Takde nak pening hujung bulan... Akan ada je rezeki akan masuk dalam pelbagai cara Allah akan tunjukkan. Insha Allah... tak percaya korang buat. Waktu pagi, bila dah tengah hari tu barulah korang buat urusan lain gaji tu macam bayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Waktu pagi dalam waktu Dhuha tu, afdhal kita sedekah waktu tu. Nilai tak penting, yang penting ikhlas.

Rezeki kita bukan apa yang kita dapat, tapi apa yang kita berikan kepada orang, itulah yang akan kita bawa ke akhirat nanti.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084).



Jun 10, 2019

Jun 08, 2019

Ini Sebab Kenapa Ramai Yang Pakai Baju Sedondon Raya

Ini Sebab Kenapa Ramai Yang Pakai Baju Sedondon Raya | Dok tengok baju raya dan gambar raya orang.. Fuhh.. Bukan main syok lagi...

Tapi dalam masa sama Ai is jeles juga la sebab kami tak sempat betul nak ambil gambar sedondon sekeluarga banyak-banyak.


Nampaknya kena tunggu 2 tahun lagi baru dapat bergambar dengan keluarga besar kami di kedah.. Moga panjang umur dan lapang rezeki. 


Seronok tengok warna warni orang sedondon... Dan memang kebanyakan orang akan pakai baju sedondon bila raya. 

Baju sedondon raya

Sumber: Google images

Kenapa?


Banyak kelebihannya, antaranya senang nak cam ahli keluarga kita. Kalau orang tanya mana anak hang.. Bagi tau je.. Yang baju warna merah atau biru yang sama semua tu anak kita la tu. Kan senang gitu. Tak payah nak sebut satu-satu.


Dan bila ramai-ramai beraya.. Ahli keluarga yang bercampur.. Dengan cam pada baju yang dipakai senang nak dikenali. Anak pun tak susah nak cari mak bapak. Cuma pesan je..  Baju yang kita pakai tu warna dan paternnya macam mana. Insha Allah.. Anak senang nak kenal mak bapak dia.


Kan untung pakai baju sedondon... Nampak tak kelebihannya. Jadi, bukan sahaja nak nampak sweet dan romantik tapi ada juga kelebihan lain di sebaliknya. 


Tapi, ada juga family tak suka pakai sedondon.   Itu terpulang.. Atas minat masing-masing... Tapi bagi MF, Memang suka pakai baju sedondon walaupun bukan waktu raya. Senang nak kenal dan mudah anak nak cam. 

Jun 06, 2019

Baru sempat nak ucap Selamat Hari Raya

Ucapan hari raya

Ucapan hari raya

Baru berkesempatan nak update Blog.
Ni pun sekadar nak ucap Selamat Hari Raya buat semua pembaca setia Blog mariafirdzdotcom. 

Memang jadual yang sangat padat dengan kenangan yang cukup indah. 

Insha Allah.. Jika ada ruang dan peluang MF cubalah akan kongsikan kisah raya kami serba sedikit di blog ini. Insha Allah. 

Apa pun.. Selamat hari raya semua terutama buat Blogger yang setia dan rajin Blog walking dan meninggalkan komen di entry blog ini. 

Selamat hari raya juga buat pembaca yang berkunjung ke sini atau silent reader yang setia membaca entry di blog ini. 


Maaf zahir dan batin.. Semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
INSHA ALLAH... 

Jun 04, 2019

Ucapan Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi s.a.w

UCAPAN HARI RAYA

Ucapan hari raya Aidilfitri

Sumber: Google images


"Taqobbalallahu minna wa minkum"

Terjemahan: Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian.

فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .


Dari Jubair bin Nufair, ia berkata bahwa jika para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berjumpa dengan hari ‘ied (Idul Fitri atau Idul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” 


Al Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahwa sanad hadits ini HASAN. 


Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, Darul Ma’rifah, 1379, 2/446. Syeikh Al Albani dalam Tamamul Minnah (354) mengatakan bahwa sanad riwayat ini SHAHIH .


Dengan kata lain ucapan tersebut boleh diguna pakai kedua-dua perayaan iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Wallahua'lam. 


Kredit: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Dengan siapa boleh Salam?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dengan siapa boleh Salam? | Insha Allah, esok nak raya dah. Semua sanak saudara yang jauh dan dekat akan berkumpul dan berjumpa bersama. Alhamdulillah... Silaturahim menjadi erat   

Tapi, dalam memanjangkan silaturahim tetap ada batas yang wajib dijaga iaitu budaya salam.

Salam adalah amalan mulia. Dapat eratkan silaturahim, tapi kadang kita terleka, ada yang kita tak boleh bersentuhan kerana syariat yang membataskan walaupun namanya saudara dan kerabat.

Jom, recall balik... Dengan siapa kita boleh dan tak boleh Salam dalam satu kerabat dan keluarga kuat.

Dengan siapa boleh Salam? 

BOLEH BERSENTUHAN ATAU BERSALAMAN dengan mereka.

Yang boleh bersalam bagi perempuan:


  1. Ayah
  2. Datuk
  3. Anak
  4. Cucu
  5. Saudara sekandung.
  6. Saudara satu ayah (lain ibu)
  7. Saudara seibu (lain bapa).
  8. Anak saudara lelaki dari saudara/i kamu yang sekandung, atau yang hanya seayah, atau yang hanya seibu denganmu.
  9. Bapa saudara dari saudara ayah atau saudara ibu.
  10. Suami ibu (ayah tiri) atau bekas suami ibu (syarat: sudah berhubungan badan dengan ibu).
  11. Anak lelaki suami yang dibawa dari pernikahannya sebelumnya dan anak lelaki dari bekas suami.
  12. Mertua atau bekas mertua.
  13. Menantu atau bekas menantu.
  14. Saudara sesusuan dan siapa saja yang merupakan mahram saudara sesusuan dari nasab dia, maka menjadi mahrammu juga.

Dengan siapa boleh Salam, mahram bagi perempuan, siapa boleh Salam bagi perempuan, siapa boleh Salam bagi lelaki, salam raya, mahram wanita, mahram lelaki, salam raya, panduan hari raya
Dengan siapa boleh Salam bagi wanita. Klik untuk besarkan dan lebih jelas.

Yang boleh bersalam bagi lelaki

Kalau lelaki pun sama, cuma terbalikkan je point tu jadi perempuan.

Dengan siapa boleh Salam, mahram bagi perempuan, siapa boleh Salam bagi perempuan, siapa boleh Salam bagi lelaki, salam raya, mahram wanita, mahram lelaki, salam raya, panduan hari raya
Dengan siapa boleh Salam bagi lelaki. Klik untuk besarkan dan lebih jelas. 

Perempuan atau lelaki BOLEH SALAM dengan Kanak-Kanak yang belum baligh atau belum mumaiyiz.

Selain dari di atas TAK BOLEH SALAM!

YANG TAK BOLEH SALAM kecuali sama jantina
SEPUPU
IPAR
Anak angkat atau anak asuhan
Ayah angkat

Boleh refer carta di atas untuk lebih faham.

Catatan:
Kenapa tak boleh Salam?
Kerana Rasulullah bersabda
"Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya. (H.R. Thabrani)


Kredit gambar : Google images. 

Jun 03, 2019

Nasihat perpisahan dengan Ramadhan

Akhir Ramadhan

Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya


Ia akan meninggalkan kita...

Sejauh mana didikan hidup dan tarbiah iman yang kita perolehi dalam madrasah Ramadhan kali ini..


Ingatlah, seandainya berlalu Ramadhan dan kita masih belum diampuni Allah belum dapat maghfirah dari Allah maka kita insan yang sudah hilang arah tujuan hidup di dunia ini....


Jangan sampai.......


Mulia kita dihadapan manusia di dunia

Tapi Hina kita di pandangan Allah


Kaya raya kita di dunia ini

Tapi Miskin pahala di akhirat


Rajin dan komited urusan kerja dunia

Tapi Pemalas dalam ibadah


Aktif dan bergaya dalam hidup dunia

Tapi Pasif dan Buruk dalam urusan ukhrawi


Bijak, pintar, cerdik dalam arus dunia

Tapi Bodoh, bacul, jahil, bengap dalam ilmu agama dan kehidupan berakhirat


Berpangkat, berjawatan, berpengaruh dan berkuasa di atas muka bumi

Tapi insan yang dipandang rendah di akhirat kelak


Jangan sampai Allah tinggalkan kita dalam kelemasan dunia kerana ketamakan kita terhadap dunia...


Kembalilah kepada Allah


Kredit : @dakwahglobal


Tadi, tengok langit.. Terus rasa sebak... Allahu... Sedih rasa bila Ramadhan dah berlalu.   Tak tau lagi tahun depan dapat jumpa dengan Ramadhan lagi ke tak. Moga Allah terima segala amalan kita di madrasah tarbiah Ramadhan tahun ini.. Insha Allah... Amenn.. 



P/s: jika ingin rasa Allah tu dekat dengan kita.. Pandanglah langit dan alam... Insha Allah akan rasa sesuatu dalam hati... Yang membibitkan rasa rindu kepada Allah yang sangat mendalam kerana itulah fitrah kita sebagai hambaNya. 

Jun 02, 2019

Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu!  | Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa Persoalan Tentang Lailatul Qadar Yang Mesti Kita Tahu! 

Apa Itu Lailatul Qadar, waktu Lailatul Qadar, doa Lailatul Qadar, tanda berlaku Lailatul Qadar, bila berlaku lailatulqadar

Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?


Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar


Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?


Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?


Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )


Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?


Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-


  1. Berzikir
  2. Berdoa
  3. Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  4. Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.


Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Sekian.

Nukilan : Dr Zaharuddin Abd Rahman via telegram channel.