GuidePedia

2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




CARA MUDAH SUCIKAN REZEKI DENGAN MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0 | Rezeki, bila sebut rezeki terbayangkan duit atau gaji. Rezeki yang kita ada, atau duit yang kita dapat bukan semuanya milik kita.

Rezeki yang kita dapat tu adakah halal semuanya? Mungkin secara kasar, kita kata halal tapi mungkin ada unsur syubhah dalam tu. Kita kerja, mungkin masuk lambat, tertidur ponteng ke... Itu menyebabkan rezeki kita tak berkat.

Macam mana nak buat kalau dah macam tu? Kena lah sucikan rezeki tu.

Antara cara yang dianjurkan nak sucikan rezeki ialah kita diwajibkan zakat. Tapi zakat saja tak cukup sebab mungkin kita tak layak zakat sebab tak cukup haul dan nisab. Jadi, kena guna kaedah sedekah untuk sucikan rezeki.

Dan MF nak kongsikan satulah tips nak dapatkan keberkatan rezeki dan gaji. Bagi MF yang sedia makan gaji ni kan...

Setiap kali kita dapat gaji, pasti setiap pagi bila tarikh gaji tu kita akan semak akaun gaji kan. Dan dalam otak kita mesti nak bayar hutang kan, sebab duit yang lebih tu baru kita boleh guna kan.

Sebaiknya, untuk dapat keberkatan dan lapang rezeki jangan bayar hutang dulu. Pepagi, waktu terbaik untuk infakkan rezeki, cuci rezeki yang kita dapat. Nak cuci rezeki ni dengan zakat atau sedekah. Zakat mungkin tak lah sebab kita buat potongan bulanan, tapi sedekah tu.

Jadi, bila tengok gaji masuk, sedekahlah pagi tu... Kalau MF biasa dah set time transfer bagi kat ibu ayah. Sedekah lah tu. Tapi ada satu cara lain yang mudah untuk korang salurkan sedekah korang ni, iaitu dengan sertai misi bantuan ke Syria. Tapi korang tak payah la nak pergi Syria.

Mudah je... MF akan kongsikan cara-caranya, baca entry ni sampai habis ya... Nak sucikan rezeki kan... Ada caranya kat bawah...


bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

Cara Mudah Sucikan Rezeki Dengan Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0


Setiap tahun, bila datang Ramadhan sedikit sebanyak MF terkenangkan masyarakat Islam di luar negara. Tengok kat Facebook, bila Ramadhan, orang Islam di Palestin terpaksa berjuang untuk hidup setiap kali Ramadhan. Sedih tengok situasi ni.

Tapi bukan di Palestin saja... Negara lain pun ada. Ada satu hari tu MF tertengok lah berita tv al-Hijrah... iaitu cerita mengenai rakyat Syria. Sebelum ni tahu tahu gitu je.. Tak detail mana, tapi bila tengok berita tu... Allahu... teruk mereka kena tindas. Kesian jadi pelarian di negara sendiri.

Kisah penderitaan rakyat Syria ni jadi perhatian seluruh dunia. Memang ramai yang bersimpati... Dan kerana itu, ramailah yang hantar bantuan kemanusiaan kepada mereka di sana. Negara kita pun tak terkecuali. Banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang beri bantuan di sana. Antara yang MF tahu MVM Relief.

MVM Relief tu apa?

MVM dikenali sebagai MVM Relief. MVM tu nama penuhnya Muslim Volunteer Malaysia Relief (MVM Relief).

MVM Relief ni satu program bantuan kecemasan yang diberikan kepada orang yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa. Kalau yang antarabangsa tu macam  negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh dan negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

Bila sebut Volunteer, kira ini satu badan sukarelawan la untuk beri misi bantuan kemanusiaan kepada orang yang memerlukan di dalam dan luar negara. Mungkin kita tak berapa nak cakna bab ni kan... Tapi kena kena kenal dan tau...

Sebab kalau kita nak infak kan rezeki ke kan, boleh cari mereka ni. Mereka satu badan NGO yang berdaftar dan diiktiraf kerajaan Malaysia. Kira tak menipu la kata orang. Jadi, kalau bagi duit untuk derma-derma bantuan orang susah, boleh salurkan kat MVM Relief ni, nanti diorang akan uruskan. Insha Allah... derma korang selamat sampai kat orang yang memerlukan.

Pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for  Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.

MVM Relief ni bukan baru, start tahun 2013 lagi mereka ni dah mula berikan misi bantuan di dalam negara dan luar negara. Antara beberapa misi bantuan banjir di Pahang, Kelantan, Sarawak dan Kedah. Dan misi luar negara lagi banyaklah dan antara paling banyak ke Syria.

MVM Relief ni sedang mengumpul misi bantuan ke Syria sebab kat sana kritikal dan dalam persediaan musim sejuk. Memang kena bantu, bayangkan diorang kat dok dalam khemah je.. Mana nak hadapi musim sejuk. Jadi, syukur kita kat sini ada rumah yang selesa.

Tahun ni, dah tahun ke-3 MVM Relief bakal hantar bantuan hasil derma rakyat Malaysia berupa makanan, pakaian dan keperluan lain.. Anggaran nilainya RM3 juta. Wahhh... pemurah sangat rakyat Malaysia kan... Alhamdulillah... Misi kali ni sempena Ramadhan yang diberi nama:

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0


MVM Relief akan menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki - Syria.

Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah macam makanan iaitu Pek Iftar dan Sahur dan juga Pek Makanan (barangan asas dapur). Barang lain termasuklah barangan untuk kanak-kanak iaitu  Beg Keceriaan yang ada dalam beg tu adalah alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju raya.

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

MVM Relief letakkan sasaran bantuan kali ni adalah RM500,000 untuk kira-kira  seramai 20,000 pelarian Syria.

Antara lokasi bantuan yang akan diagihkan ialah di:
1. Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2. Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3. Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo

Misi bantuan ni dengan petugas dan sukarelawan MVM dijangka akan mula berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 hingga 6 Jun 2019. Kali ni  MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Jadi, sekarang ni memang sedang kumpul dana dan sempat lagi kita nak bagi bantuan ni.

KENAPA NAK KENA  HANTAR BANTUAN RAMADAN KE SYRIA ?


Mungkin ada yang tahu, ada juga yang kurang tahu, dah 8 tahun rakyat Syria jadi mangsa perlarian akibat pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria  dan sehingga hari ni masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir.  Mereka ni dok di sempadan negara Turki, dok aje la situ tak boleh kerja, dan tak boleh apa... dah namapun perlarian kan...  Tu sebab kita yang senang ni kena bantu depa.

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

Setiap minit mesti ada kes kematian yang berlaku sebab bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah cukup dan sangat diperlukan. Kanak-kanak dan orang tua-tua kan... Mana mampu nak bertahan kalau makanan tak cukup.. sakit pula kan...

Memang ramai yang jadi perlarian. Setakat hari ni 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Tapi bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa. Sedihnya, macam mana yang lain kan...

Diorang ni tak boleh buat apa, nak kerja pun tak boleh sebab masa depa lari dan perang tu kad pengenalan hilang, dokumen pengenalan diri hilang... Jadi tak boleh la nak tumpang kerja, tumpang sekolah ataupun nak tumpang dapatkan rawatan kat negara orang.

Jadi, sebab tu MVM dengan rasa tanggungjawab kemanusiaan ni turut serta menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia. Kalau korang  tengok kat TV, memang banyak bantuan dari seluruh dunia, tapi tu pun tak cukup. 4 juta kan, bayangkan macam mana nak bantu. Tapi kita cuba lah juga bagi dari tak bagi langsung kan.

Jadi, jomlah sama-sama kita bantu saudara kita di Syria.

bantuan ke syria, misi bantuan ke syria, bagaimana beri bantuan ke syria, cara beri bantuan ke syria

MACAM MANA NAK BAGI SUMBANGAN KE MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0 ?


MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berupa sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu. Atau kalau nak taja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Maklumat bantuan :

1 tajaan umum : RM100 / keluarga atau seberapa sahaja yang termampu.


Jenis Bantuan :

1. Pek Iftar dan Sahur
2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju
raya.

Cara nak bagi sumbangan

Sumbangan secara online:
Klik link:
bit.ly/ramadanmvm ATAU
https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-
3-0/

Bank in/Bank Transfer

ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: account@mvm.org.my


Kalau ada yang nak bagi sumbangan dengan  dalam jumlah yang besar iaitu RM1,000 ke atas, MVM akan sediakan resit pelepasan cukai.

Maklumat pasal misi bantuan ni boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut.

Atau rujuk juga MVM di sosial media untuk lihat sendiri info dan perkembangan misi bantuan yang telah mereka lakukan sebelum ni:

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://telegram.me/MuslimVolunteerMalaysia/
Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my

Jomlah sama-sama kita infakkan rezeki yang ada untuk rakyat Syria. Sedih kalau tengok anak-anak kecil menggigil kesejukan.

Sedekah dan derma ni, pahalanya berganda-ganda. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat. Baju bajan yang tak nak pakai tu, buatlah jualan amal ke, dan duitnya bagi kat pelarian Syria ni. Besar pahalanya.

Jadi, dah tau kan... cara mudah nak sedekah dan sucikan rezeki setiap bulan... Set je feveret kat online bank in korang, dapat gaji tolak siap-siap setiap kali dapat gaji waktu Dhuha.

Apa yang akan dapat bila amal macam tu. Insha Allah rezeki yang sedikit korang akan rasa cukup aje. Takde nak pening hujung bulan... Akan ada je rezeki akan masuk dalam pelbagai cara Allah akan tunjukkan. Insha Allah... tak percaya korang buat. Waktu pagi, bila dah tengah hari tu barulah korang buat urusan lain gaji tu macam bayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Waktu pagi dalam waktu Dhuha tu, afdhal kita sedekah waktu tu. Nilai tak penting, yang penting ikhlas.

Rezeki kita bukan apa yang kita dapat, tapi apa yang kita berikan kepada orang, itulah yang akan kita bawa ke akhirat nanti.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084).



Thanks for reading: CARA MUDAH SUCIKAN REZEKI DENGAN MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0

Catat Ulasan

  1. good sharing, ayu pun alhamdulillah..tahun ni dpt join membantu mana yg termampu.
    sedih bila mengenangkan nasib mereka di sana. Moga Allah sentiasa melindungi & merahmati saudara2 kita di sana.. Aamiin.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah
    diharap usaha positif ini sentiasa berterusan
    dan semoga saudara kita disana beroleh keamanan seperti sebelum ini

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top