Tanda Suami Ketagihan Game dan Cara Mengatasinya | Games, salah satu cara release tension yang menyeronokkan. MF pun suka main game dari zaman dulu lagi.
Jika zaman belajar... Waktu nak dekat exam paling kerap MF main game sebab nak release tension Dan stress.
Lepas dah berkahwin dan beranak... Takde masa nak layan game.
Tapi sejak akhir akhir ni... Mula kembali ketagih game... Suami pun sama gak ketagih main game.
Namun, pada MF kami ketagih tak sampai peringkat extreme kot.. Sebab masih takde tanda kritikal seperti ini...
Tanda suami ketagih game.
➡️ Bila suami nampak lebih gembira bermain game berbanding menghabiskan masa dengan orang lain atau ahli keluarga.
➡️ Bila suami sangat keberatan untuk keluar berjumpa ahli keluarga lain atau saudara mara dan lebih suka tidak keluar dari rumah untuk bermain game.
➡️ Bila suami menghabiskan masa berjam - jam dengan bermain game sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, bapa dan sentiasa tidak mengendahkan kerja - kerja di rumah.
➡️ Bila suami secara konsisten akan bermain game setiap petang atau malam.
➡️ Prestasi kerja suami semakin menurun. Mereka sering lewat ke tempat kerja, sentiasa mengantuk dan tidak cukup tidur akibat bermain game.
➡️ Suami tidak lagi berminat untuk bersukan atau ke taman berjalan bersama anak dan isteri.
➡️ Sahabat handai dan saudara mara terdekat seringkali bercakap mengenai betapa suami sering bermain game.
➡️ Suami sering menipu mengenai berapa lama mereka bermain game dan sentiasa berjanji yang ianya tidak akan lama dan seringkali bertukar kepada berjam - jam lamanya.
Jika anda atau suami ada tanda - tanda seperti di atas, berhentilah menipu diri sendiri dan mengakulah yang anda adalah seorang penagih game.
Cara atasi suami yang ketagih main game.
Bagaimana nak mengatasi masalah ini?
✔ Jangan terjebak sekali dengan masalah suami dengan bermain game bersama. Mungkin anda akan rasa anda meluangkan masa berdua, sebenarnya tidak dan ianya menjadi bertambah buruk jika pasangan sudah mempunyai anak.
✔ Mengabaikan masalah tu atau membiarkan suami dengan ketagihan game hanya akan memburukkan lagi masalah. Jangan abaikan, teruskan menasihati. Teruskan cuba mencuri masanya. Jangan putus asa sehinggalah dia sedar yang game itu tidak akan membantu apa - apa.
✔ Katakan pada suami yang anda mencintainya, anda risaukan ketagihan gamenya, anda rindukan masa bersama, terangkan yang ketagihan itu telah membuatkan suasana yang tidak baik di rumah dan akhirnya, berterus teranglah kepada suami yang ketagihan game dia bakal membuatkan rumahtangga anda retak.
✔ Jangan sekali - kali letakkan diri di bawah game ataupun kurang penting dari game. Anda lebih penting, anda lebih utama. Dapatkan semula suami anda ! Jangan biarkan suami utamakan game dari anda dan anak - anak.
✔ Jika suami tetap tidak mahu berubah, cadangkan untuk bertemu dengan pakar kaunseling rumah tangga.
✔ Dan di pengakhirannya, berikan kata dua, game atau anak dan isteri?
Kredit 👉 Facebook Akhtar Syamir
Setakat ni kami bukan lah ketagih sangat... Tapi pengaruh game tu dah melekat sekali kat anak-anak.
Bila bosan kami laki bini memang layan game... Dan anak-anak jadi penonton bahkan penyokong... Dua sokong Abi, dua lagi sokong ummi... Haha
Main lah game tapi jangan sampai abaikan rumahtangga. Game tak salah... Tapi salah kita jika tak boleh kawal game. Biar kita yang kawal game... Jangan biarkan game yang kawal hidup kita.
Bahayanya kalau dah ketagih game ye.... Allahuakbar!
BalasPadam