GuidePedia

1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik | Semalam cakap kat suami, bosannya la hai... Takde aktiviti yang best boleh dibuat.

Lepas siapkan kerja rumah... Suami ajak bakar-bakar ayam... MF follow je sebab bosan...

Lepas Zohor terus la en.suami ke kedai belikan bahan.

MF dah memang request semalam tak nak memasak. Jadi, MF kata beli ayam yang siap diperap... MF tak nak masak. Tapi takde pula jual. Jadi, dia beli je ayam dan sedikit bahan untuk perap.

Suami siapkan ayam dan MF siapkan bahan untuk perap.

Resepi ayam panggang ni kami belajar dari bekas jiran kami, masa kami dok di Batu 6, Gombak KL dulu. Jiran kami tu asalnya orang Sarawak. Dia memang selalu la buat ayam bakar ni... Memang minta resepi dia la ni..

Simple sangat nak buat... Tapi memang merecik rasa dia.

Jadi, MF kongsikan di sini supaya tak hilang dan semua orang boleh cuba.

Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik

Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik


Bahan-bahan

8 ketul kepak ayam
1 Cawan minyak masak
1 batang serai (diketuk)

Bahan untuk di kisar 

11 ulas bawang putih
1/4 ulas bawang besar
1/2 inci halia
1 batang serai
3 biji cili padi hijau
2 sudu kicap
Gula dan garam sebagai perisa

Bahan untuk sos pencicah

Kicap
Limau kasturi
Cili padi

Cara memasak 

Cuci ayam bersih dan perap ayam dengan bahan kisar. Perap paling kurang dalam 1 - 2 jam sebelum dibakar di dalam peti sejuk.

Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik

Serai yang  diketuk direndam dalam minyak masak untuk hasilkan bau yang wangi.

Lepas dah perap.. Bolehlah dibakar atas pemanggang. Renjiskan ayam dengan serai yang direndam dalam minyak masak tadi.

Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik

Bakar sampai masak dan nampak garing.

Untuk sos, campur je semua bahan iaitu kicap dan cili padi yang dipotong... Lenyek kan sikit cili untuk keluarkan rasa pedas tu.. Lepas tu perah air limau kasturi.. Untuk rasa masam pedas yang memang merecik.

Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik


Memang sedap dan puas makan... Tu pun rasa tak cukup...

Simple Tapi Sedap... Mudah sangat nak buat..

OK.. Kalau panggang dalam oven... Boleh sapu minyak tu siap-siap la... Ataupun guna pemanggang ajaib... Tapi memang terlebih sedap panggang guna api... Sesuai untuk yang nak buat majlis BBQ dengan bahan yang simple macam ni...

Selamat mencuba... 
Thanks for reading: Resepi Ayam Panggang Sarawak Style, Memang Merecik

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top