Tragedi 12.12

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tragedi 12.12 | Hari ni kecoh pasal 12.12... Sale sana sini... 

Dah pastinya itu yang ramai ingat pasal 12.12. 

Korang shopping apa? 

Bagi MF.. Tiada yang menarik pun untuk dibeli sebab biasa sangat layan online sale kan.. Hehe.. 

Tapi yang sesekali nak beli barang anak.. Memang ada la murah lebih dari yang biasa. 


Tragedi 12.12 ni lagi penting dari sale 12.12. 

Kisah yang penuh pengajaran. 
Sejarah yang wajib kita ketahui. 

Kisahnya.. 

Tragedi 12.12


Tanggal hari ini (12 Disember) pada tahun 1950,Tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu.Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura. 

Sedutan daripada Tragedi 12 Disember

Pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,

Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.

Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,

Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:

“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu

#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.

Sumber: Group Telegram

Ni secara ringkas je ni... Tapi nak lebih best baca bukunya... 

Dan kalau tak silap kisah ni pernah difilemkan.

Moga kita sama-sama ambil pengajaran. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. waa~ perkongsian bagus ni. Tak pernah tau. ke dah lupa. haha

    BalasPadam
  2. Kalau tak silap pernah tayang kat astro cerita Natrah ni. Disebalik suka dengan sale 12.12 ni rupanya ada sejarah yang semakin dilupakan. Terima kasih MF share sejarah ni. Kinah pun tak ingat tarikh sejarah ni. Moga negara kita bebas dari terjadi perkara seperti ni lagi.

    BalasPadam
  3. akak tak berminat sgt lah 11.11 ke 12.12 ke biar berpada2 berbelanja kononnya...

    ya akak ada terbaca kisah natrah ni, mula2 dulu tak paham jgk bila dh google2 n baca banyak cerita baru paham.... mmg dh pernah di filemkan pun cerita psl natrah ni kan...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^