بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Resepi Nasi Goreng Ikan Masin | Nasi sejuk yang lebih sayang nak buang. Jadi, buat masak nasi goreng antara pilihan MF.
Macam-macam boleh buat dengan nasi sejuk... Pelbagai resepi...
Selalu masak nasi goreng telur je... Tapi tengok ada kailan dan ikan masin... terus datang idea nak buat nasi goreng ikan masin.
Simple resepi untuk sesiapa yang nak cuba.
Nasi Goreng Ikan Masin |
Resepi Nasi Goreng Ikan Masin
Bahan-bahan
- Nasi sejuk
- Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
- Bawang putih (ketuk dan cincang)
- Cili padi (ketuk dan cincang)
- Telur
- Kailan
- Serbuk lada hitam/lada sulah
- Sos tiram
- Gula
Cara memasak
- Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
- Masukkan telur dan hancurkan
- Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
- Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
- Masukkan nasi dan kacau rata.
- Siap untuk dihidang.
Senang sangat masak nasi goreng ni... Nak bertambah wangi dan sedap boleh tambahkan ikan bilis dan juga masukkan daun bawang. Lagi sedap.
Sesuai buat sarapan atau minum pagi.
Boleh juga buat menu petang keluarga.
Nampak mcm senang resipi nya.. Boleh cuba ni. Selalu beli kt kedai je nasi goreng ikan masin ni. Belum pernah buat sendiri. Heheeh. Tq for sharing kak..
BalasPadamMudah nak dibuat.. sesekali ubah selera, best juga..
BalasPadamtak pernah try lagi nasi goreng ikan masin ni..boleh la cuba bebila nnti...
BalasPadamantara nasi goreng fav sha ehehe
BalasPadamBoleh tey nanti. Nampak sedap plak
BalasPadam