GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penjelasan Saintifik Tentang Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Penjelasan Saintifik Tentang Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin | Laksa popular sejak dua menjak ni...

Sejak isu pertikaman keyboard antara doktor dan netizen, hingga ke hari ni... belum ada bukti saintifik tentang kesan dan pantang larang laksa kepada wanita lepas bersalin.

Betul ke laksa perlu pantang bagi semua wanita lepas bersalin?

Betul ke laksa ni menyebabkan angin dan bisa badan?

MF memang menunggu jawapan ni dari segi saintifik...

Sebab kesan bisa dan angin tu MF rasa selepas makan laksa, tapi nak berikan penjelasan dari segi bukti sains dan kaitan dengan kesihatan takde pula bukti nak cerita.

Tapi akhirnya, MF jumpa juga penjelasannya dalam satu artikel yang menarik...

Penjelasan tentang kesan laksa terhadap badan sesetengah orang.

Ada yang kata laksa ni bisa sebab kuah dia, ada juga sebab laksa tu sendiri...

Kalau MF, MF akan buat kuah yang simple... cuma rebus ikan dan letakkan cili serta asam garam... makan dengan bihun goreng... Camni MF boleh makan.. Badan MF boleh terima bihun, tapi mee kuning ada juga kesan, cuma tak seteruk kesan laksa... sakit satu badan.

Penjelasan Saintifik Tentang Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin

Pantang Makan Laksa Bagi Wanita Lepas Bersalin
sumber: google images

Apa sebab kesan yang berbeza-beza ni?

Ini penjelasannya.


KUAH LAKSA

  • Kuah laksa ni diperbuat daripada ikan-ikan yang selalu dikaitkan alahan seperti ikan kembung  dan ikan selayang. Ikan ni ada histamin iaitu bahan penyebab badan jadi sensitif mudah loya, muntah dan simtom “angin” seperti sendawa, kentut, perut berbunyi dan cirit-birit.
  • Lebih lama kuah laksa ini, lebih tinggi kandungan bahan penyebab sensitif.
  • Bagi orang yang takde masalah pencernaan, bahan makanan tinggi histamin ini tiada masalah dimakan malah bermanfaat. Tapi orang yang ada masalah sistem pencernaan yang ada alahan, wanita awal mengandung dan selepas bersalin, sebaiknya elakkan makanan tinggi sensitif ini.

BAHAN-BAHAN DALAM LAKSA

  • Cili: Digolongkan dalam kategori keluarga nightshades. Bagi sesetengah orang yang mempunyai dinding lapisan usus yang lemah, cili mungkin menyebabkan risiko keradangan gastrik dan simtom refluks (angin). Ia juga mungkin menyebabkan keradangan sendi dan saraf bagi sesetengah orang.
  • Asam keping: Kesan berlebihan asam ialah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Ia dikatakan mungkin kerana kandungan asid hydrocitric (HCA).
  • Timun: Timun mengandungi kandungan salicylate yang tinggi dan mungkin menimbulkan reaksi bagi mereka yang alah.
  • Daun Kesom: Daun ini mempunyai rekod kes alergi dan tidak mustahil sekiranya reaksi muncul terutamanya ketika badan sangat sensitif selepas bersalin.

LAKSA

  • Laksa jadi "kanji degil" susah diserap jika dicampur lemak daripada santan.
  • Sesetengah penggunaan beras untuk hasilkan laksa kebiasaannya menggunakan beras panjang yang mempunyai kandungan tinggi kanji susah serap (amylose). Adapun terdapat juga kaedah lain hasilkan mee laksa iaitu campur dengan tepung gandum.
  • Panaskan...sejukkan..dan panaskan balik bukanlah memerangkap "angin"...tetapi ia meningkatkan kandungan kanji degil di dalam laksa itu.
  • Apa pun bukan lah bahaya kanji degil ni..sebenarnya ia sangat berkhasiat kerana ia menghasilkan butyrate yang bagus untuk kesihatan usus. Malah kanji degil bagus untuk orang ada kencing manis dan nak kurus kerana kanji ini susah serap jadi tak naikkan gula darah cepat sangat. Cuma kalau sensitif dan ada alahan tu..Mungkin perlu pantang.
Olahan dari sumber: Facebook dan Blog Hafiz Sulaiman

Alhamdulillah, sekarang ni jelas lah, sesetengah bahan makanan ni beri kesan kepada orang tertentu sebab penerimaan dan tindak balas badan kita tak sama. 

Lepas setahun, MF akan cuba makan juga laksa... sama ada dah sampai tempoh yang sesuai atau hormon badan MF dah berubah untuk terima laksa ni... Kalau makan ok, MF akan terus makanlah.. Kalau makan rasa tak ok juga... sambunglah berpantang lagi... 

Itulah kaedah pantang sebenarnya... Pantang sepanjang hayat.. Makan makanan yang sihat untuk badan kita... Bukan pantang macam orang dulu lagi dah... 

Kalau makanan tu bawa mudharat, bukan waktu lepas bersalin je kena pantang, sampai bila-bilalah kena pantang.. maknanya Allah dah tarik nikmat kita.. 

Jadi, jangan nak membawang kalau tengok orang makan makanan tu, tapi kita tak boleh makan, sebab badan dia boleh terima, badan kita tak... begitulah sebaliknya... badan lain-lain ya... 

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ