GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MENYESAL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jarang orang menyesal kerana bersikap tenang, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap tergesa-gesa.

Jarang orang menyesal kerana diam, tapi ramai orang menyesal kerana banyak bercakap.

Jarang orang menyesal kerana berbaik sangka, tapi ramai orang menyesal kerana berburuk sangka.

Jarang orang menyesal kerana jujur, tapi ramai orang yang menyesal kerana tidak jujur dan khianat.

Jarang orang menyesal kerana jujur mengatakan tidak tahu, tapi ramai orang yang menyesal kerana merasa serba tahu padahal tidak tahu.

Jarang orang menyesal kerana sabar, tapi ramai orang menyesal kerana marah dan cepat emosi.

Jarang orang menyesal kerana memaafkan, tapi ramai orang yang menyesal kerana menaruh dendam.

Jarang orang menyesal kerana bersikap rendah hati, tapi ramai orang menyesal kerana sombong.

Jarang orang menyesal kerana bersikap lemah lembut, tapi ramai orang menyesal kerana bersikap keras dan kasar.

Jarang orang menyesal kerana bersedekah, tapi ramai orang menyesal kerana hartanya hilang, kena tipu, dan sebagainya.

(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)

3تعليقات

  1. betul tu.. semoga kita berada di kalangan org2 yg jarang menyesal..

    ردحذف
  2. ye... selalunya kita menyesal lps buat sesuatu yg kurang baik... sesuatu yg buat kita menyesal

    kalau bg sedekah, buat keje lebih,balik kg jumpa mak abah, apa2 je yg buat org lain hepi mmg tak kan menyesal... cuma tu lah kadang kita khilaf...

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ