Ini 5 Cara Nabi s.a.w Ajar Kita Cara Hilangkan Marah

0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini 5 Cara Nabi s.a.w Ajar Kita Cara Hilangkan Marah | Akhir tahun dah tiba, maka ramailah antara kita mengejar due date kerja. Macam-macam yang hendak dilakukan sampaikan masa 24 jam tu terasa tak cukup.

Mana nak kejar kerja, mana nak urus keluarga serba serbi terhempap di atas bahu kita. Emosi kita akan bercelaru dan kita tidak boleh fokus. Tika inilah iblis memasang perangkap, kita jadi mudah marah, sentap dan tidak tentu arah.

Sifat manusia apabila kita dimarahi, kita akan cepat membalas dan dalam membalas itu maka akan keluar kata-kata yang tidak dapat digapai oleh akal yang waras dan akan ada hati yang terluka akibat kata-kata kita. Ingatlah kata-kata yang terlepas tidak boleh kita tarik begitu sahaja, orang akan ingat dan boleh jadi ia akan menjadi dendam.

Jadi bagaimana yang perlu kita buat ketika kita marah?

Ini 5 Cara Nabi s.a.w Ajar Kita Cara Hilangkan Marah 


1. Ucap Ta'awwuz

Antaranya kita perlu stabilkan diri kita dahulu. Jika kita marah dan sentap tak diketahui punca, mula-mula kita perlu ucapkan أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk). Terdapat dalam hadis Sahih Bukhari, berdasarkan hadis dari ‘Adi bin Tsabit Radhiyallahu anhu:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ: اسْتَبَّ رَجُلاَنِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ عِنْدَهُ جُلُوْسٌ، وَأَحَدُهُمَا يَسُبُّ صَاحِبَهُ مُغْضَبًا قَدِ احْمَرَّ وَجْهُهُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنِّي َلأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ! لَوْ قَالَ: أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ )) فَقَالُوا لِلرَّجُلِ: أَلاَّ تَسْمَعُ مَا يَقُولُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ قَالَ: إِنِّي لَسْتُ بِمَجْنُوْنٍ ))

“Dari ‘Adi bin Tsabit, telah meriwayatkan kepada kami Sulaiman bin Shurad, dia berkata, ‘Ada dua orang yang saling mencaci di hadapan Rasulullah ﷺ sedangkan kami duduk di sekeliling baginda ﷺ, salah seorang dari keduanya mencaci yang lainnya membalasnya secara marah-marah dengan wajah merah padam.’ Lalu Nabi ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat, apabila dia mengucapkannya maka apa yang didapatinya (kemarahan) itu akan hilang, iaitu apabila dia berkata: “أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk).” Mereka berkata kepada orang tersebut: ‘Apakah engkau tidak mendengarkan perkataan Nabi ﷺ ?’ Dia berkata: ‘Sesungguhnya aku bukan orang yang gila.’”

2. Diam

Yang kedua diam. Kita hendaklah diam.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

“Jika kalian marah, diamlah.” (HR. Ahmad dan Syuaib Al-Arnauth menilai Hasan lighairih)

3. Basuh muka atau Berwuduk

Yang ketiga membasuh muka atau menggambil wuduk supaya marah itu berkurangan.

Dalam hadis yang dinilai lemah oleh An-Nawawi sebagaimana keterangan beliau dalam Al-Khulashah (1/122). Syuaib Al-Arnauth dalam ta’liq Musnad Ahmad menyebutkan sanadnya lemah. Demikian pula Al-Albani menilai sanadnya lemah dalam Silsilah Ad-Dhaifah no. 581.

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ الْغَضَبَ مِنْ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنْ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ

Sesungguhnya marah itu dari syaitan, dan syaitan diciptakan dari api, dan api boleh dipadamkan dengan air. Apabila kamu marah, hendaknya dia berwuduk. (HR. Ahmad 17985 dan Abu Daud 4784)

4. Ubah posisi

Yang keempat, jika kita berdiri maka kita hendaklah duduk, jika kita marah dalam duduk maka hendaklah kita baring. Carilah posisi yang elok untuk kita selesakan dan stabilkan diri dan emosi kita.

Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِعْ

Apabila kamu marah, dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana dengan itu marahnya bokeh hilang. Jika belum juga hilang, hendak dia mengambil posisi tidur. (HR. Ahmad 21348, Abu Daud 4782 dan perawinya dinilai sahih oleh Syuaib Al-Arnauth).

5. Asingkan diri dan lazimi zikir

Yang terakhir tenangkan hati dan jika boleh duduk bersendirian seketika itu lagi baik supaya kita boleh berfikir secara waras. Ingatlah Allah berfirman :

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُون

“Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat buruk (semua maksiat) dan keji, dan mengatakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui” (QS al-Baqarah:169).

Ingatlah syaitan hanya menunggu ruang untuk mengajak kita membuat keburukan yang mana keburukan itu akan membuat kita menyesal. Janganlah kita menurut amarah kerana marah umpama api di dalam sekam, yang memakan pahala dan akhlak baik kita dalam diam.

Susahkan? Ya kami akui ia amat susah untuk mengawal marah ini. Namun jadikan hadis ini sebagai motivasi untuk belajar dan belajar menahan marah.

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ دَعَاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رُؤُوْسِ الْخَلاَئِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ اللهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ مَا شَاءَ.

Barangsiapa menahan marah padahal dia mampu melakukannya, pada hari Kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk, kemudian Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang dia sukai. [Status hadis ini hasan. HR Ahmad (III/440), Abu Dawud (no. 4777), at-Tirmidzi (no. 2021), dan Ibnu Majah (no. 4286) dari Sahabat Mu’adz bin Anas al-Juhani Radhiyallahu anhu. Dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahîh al-Jâmi’ish Shaghîr (no. 6522)]

Wallahua'lam.

Kredit : Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Memang hujung tahun ni mula serabut dengan kerja..

Anak2 pun kadang jadi mangsa marah.. Huhu... Moga dengan 4 cara ni berkesan untuk hilangkan dan redakan marah.

MF kalau marah memang akan diam dan asingkan diri... Sebab kalau tak yang bukan-bukan MF akan buat...huhu...

Moga dapat jadi ibu yang lebih penyabar dan kawal marah... 

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)