div id='header-inner'>

Nur Ramadhan Buatkan Ramai Yang Akan Tersenyum 😍

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nur Ramadhan Buatkan Ramai Yang Akan Tersenyum 😍 | Ramadhan datang lagi... Tak sampai 2 minggu lagi nak puasa dah... Sat sungguh kan...

Bila bulan puasa ni, ada orang seronok... ada orang sedih... Yang seronok budak-budak sebab dekat nak raya... Tapi tak semua budak yang seronok la... ada juga yang sedih...

Bagi orang dewasa, bulan puasa nilah bulan nak kumpul pahala banyak-banyak.

Memang Ramadhan bulan rahmat... buat pahala sikit, tapi berganda, siapa tak mau kan...

Masa nilah segala amalan sunat digandakan...

Kalau bulan tak puasa, tangan tu berat nak tolong orang, tapi bulan Ramdhan je, automatik tangan jadi ringan... hehe... pasai pa tak tau... mungkin setan kena ikat kot... tak pun, fikirkan pahala berganda tu... Apa pun, itulah bukti rahmatnya bulan Ramadhan, orang nak buat baik je....

Disebabkan itu, kalau kita tengok bulan Ramadhan banyak program bantu orang yang kurang berkemampuan ni, macam kat program TV tu.. program beri makan untuk orang sahur, untuk gelandangan, tak terkecuali untuk anak yatim dan fakir miskin.

Hah... nak cerita pasal beri sumbangan ni, MF teringat pengalaman MF sendiri menyalurkan bantuan kepada sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin di Batu 10, Gombak.

Masa tu, terfikir kami suami isteri nak laksanakan zakat secara persendirian kepada golongan asnaf ni. Selain tu, nak bayar fidyah juga.

Memang kalau kata ulama' kita, fidyah dan zakat ni bagus diberikan makanan tu sendiri kepada orang yang memerlukan. Cuma zaman sekarang ni, pihak zakat dah mudahkan kita semua dengan mengumpulkan duit zakat dan mereka yang agihkan... Kita tak payah nak pergi cari orang susah untuk bayar zakat.

Tapi kat kampung masih ada lagi yang bayar zakat dengan beri beras terus kepada orang yang miskin sebagai zakat fitrah dia. Sebab ini pengalaman MF sendiri masa bapa MF sendiri jadi amil (pemungut zakat) di kampung pada masa tu... Lama juga la, bapa MF pegang jawatan amil ni... sekarang dah tak dah... tapi masih ada yang datang bayar beri beras kat bapa MF... bapa MF terima je la kan...

Ok, kisah pengalaman MF beri zakat terus kepada penerima zakat...

Gigih juga mencari orang susah terutama dalam kalangan anak yatim dan miskin waktu tu...

Puas menggoogle dan cari juga kat Facebook... akhirnya pertengahan Ramadhan, kami jumpa satu rumah anak yatim dan miskin di Batu 10, Gombak.

Lepas pergi beli beras, dan keperluan harian seperti gula, garam, tepung, dan lain-lain keperluan, kami suami isteri dan anak-anak pergi terus ke rumah kebajikan tersebut...

Tempatnya agak terpencil... di kawasan kampung... ada signboard tapi kecil je...

Masa kami pergi, anak-anak ni ada program dengan pihak Ana Muslim... Jadi, tak ganggu program, kami terus serahkan barangan tersebut dengan lafaz akadnya sekali lah...

Alhamdulillah... selesai rasa satu beban...

Lain sangat rupanya bila kita dapat bayar zakat dan fidyah kepada mereka yang memerlukan ni secara terus... rasa ringan satu amanah kita... dan orang yang menerima juga, terasa ringan beban mereka ...terutama bila bulan puasa nak menjelang raya.

Macam masa tu kami pergi pun, pengurus kat situ bagitau, minta kami cari sumbangan keperluan raya untuk anak-anak di situ... sedih pula masa tu... terus la MF contect semula admin Page kat FB tu... untuk dapatkan bantuan di situ... sebab MF dapat rumah kebajikan tu pun dari FB tu juga la...

Rupanya memang seronok berikan sumbangan kita kepada yang memerlukan... Memang akan buatkan ramai yang tersenyum...

Yang memberi pun tersenyum, yang menerima lagilah tersenyum...

Nur Ramadhan Buatkan Ramai Yang Akan Tersenyum

Nur Ramadhan Buatkan Ramai Yang Akan Tersenyum 😍

Disebabkan nak lebih ramai yang tersenyum, pihak kerajaan Wilayah Perkutuan yang diterajui oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menganjurkan Program Nur Ramadhan.

Program ni dah lama dah dilaksanakan, sejak tahun 2009 lagi... setiap kali bulan puasa memang dok buat.

Antara intipati yang dilaksanakan dalam program ni seperti, bantuan wang tunai, majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya kepada golongan yang kurang berkemampuan di Kuala Lumpur dan ada juga yang dilaksanakan di Putrajaya dengan kerjasama Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Nur Ramadhan Buatkan Ramai Yang Akan Tersenyum

Sepanjang Ramadan setia  tahun, Kementerian Wilayah Persekutan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menjalin kerjasama strategik menerusi penganjuran program Nur Ramadhan ini. Program ini diadakan di 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dihadiri golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan.

Nur Ramadhan Buatkan Ramai Yang Akan Tersenyum

MAIWP turut menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak melalui program ini. Jutaan ringgit telah disalurkan kepada ribuan orang penerima yang layak di mana setiap mereka menerima RM150.

Alhamdulillah... bagus sangat program ni diteruskan sebab MF sendiri dah merasai nikmatnya, kepuasan yang dirasai bila kita dapat bantu orang lain tersenyum...

Sesuai dengan nama program "Nur Ramadhan" memang betul memberi Nur (cahaya) kepada mereka yang kurang berkemampuan... Dan pastinya mereka sangat bersyukur dan tersenyum bila masih ada yang peduli dan prihatin dengan golongan asnaf ini...

Moga usaha murni, diteruskan pada masa akan datang. Bagus dah program ni dengan kerja sama MAIWP ni... sebab sekurang-kurang kita tahu ke mana wang zakat kita disalurkan.


Renungan:
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Antara program yang dilaksanakan tahun lepas… boleh baca sini:

Catat Komen

17 Ulasan

  1. Alhamdulillah ada program sebegini. Tak semua orang punya nasib yang sama macam kita. Mujurlah ada yang prihatin. Moga program sebegini diteruskan samapi bila-bila

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...moga program ini akan berterusan.... dapat membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  3. Baru tau adanya program seumpama ni di wilayah. Baguskan dan harap diteruskan.

    BalasPadam
  4. gembira hati mereka yang terima pelbagai bantuan nur ramadhan ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  5. Sumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  6. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  7. alhamdulillah. minta2 program tu akan berterusan la. tak kira malaysia siapa yang pegang.

    BalasPadam
  8. Mesti seronok sekali sekala dirai

    BalasPadam
  9. Besar pahala bersedekah bulan Ramadan ni kan..moga kita juga jadi kaya dan mampu beramal macam ni..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, semoga program ini dapat diteruskan bagi membantu mereka yang tidak dapat berkemampuan

    BalasPadam
  11. Besar ganjaran pahala buat siapa yang menghulurkan bantuan apatah lagi mengembirakan hati orang yang memerlukan

    BalasPadam
  12. Suka dengan program macam ni.Barulah mereka yg dalam kesusahan dapat dibantu

    BalasPadam
  13. program yg bagus dan menarik...

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah... Memberi lebih baik drpd menerima

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah. Rezeki untuk sambut Ramadhan.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah semoga program yang baik ini diteruskan sampai bila-bila

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)