بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Amalkan 20 Tips Ni Untuk Hidup Tenang | Ketenangan, satu rezeki yang lebih berharga dari segalanya... Tak semua orang mampu capai ketenangan yang sebenar.
Tapi tak susah sebenarnya nak capai ketenangan tu kalau amalkan 20 tips mudah ni dalam hidup.
Amalkan 20 Tips Ni Untuk Hidup Tenang
#1 Solat di awal waktu
Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.#2 Banyakkan doa
Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.#3 Tidur Cukup
Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.#4 Jangan menangguhkan kerja
Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.#5 Banyakkan senyum
Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.#6 Move on
Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakab semula emosi negatif sendiri.#7 Pemaaf
Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.#8 Tidak berbalah
Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.#9 Bercuti
Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.#10 Sayang
Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.Amalkan 20 Tips Ni Untuk Hidup Tenang
#11 Sedekah dan sosial
Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.#12 Syukur
Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.#13 Suka
Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.#14 Tidak Memaksa Diri
Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.#15 Utamakan akhirat
Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.#16 Jangan Berhutang
Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.#17 Berbelanja ikut kemampuan
Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.#18 Banyakkan amal
Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.#19 Belajar
Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.#20 Riadah
Banyakkan riadah dan bersukan.
Kredit: Facebook
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ