Minta Cerai Kerana Suami Poligami

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minta Cerai Kerana Suami Poligami | Poligami, perkataan yang buatkan majoriti wanita rasa gerun mendengarnya. Walaupun ada yang tahu, poligami ini satu syariat yang dibenarkan dalam Islam, tapi kerana poligami yang salah ianya jadi igauan ngeri bagi wanita bergelar isteri.

Sekarang ni pun banyak drama TV kisahkan pasal poligami. Kita ambil dari sudut positif tentang pro dan kontra poligami.

Bagi wanita yang tabah dan kuat, dia redha dan percaya dengan qadak dan qadar Allah... Tapi ramai wanita ambil jalan mudah dengan minta cerai kerana tak sanggup berkongsi kasih suami dengan orang lain.

Boleh ke minta cerai sebab suami poligami?

Minta Cerai Kerana Suami Poligami
Sumber: Google images

Boleh ke isteri minta cerai kerana suami poligami???


Hukum haram minta cerai

Adalah haram bagi isteri meminta cerai semata-mata kerana suaminya berpoligami jika suaminya adil dan melaksanakan segala kewajipannya sebagai suami terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. 

Jika isteri mendesak juga secara berterusan sehingga suami terpaksa memenuhi permintaan isteri supaya menceraikannya, maka talak jatuh dan sah, tetapi isteri berdosa kerana meminta cerai tanpa alasan yang munasabah.

Meminta cerai atas alasan tidak rela berkongsi suami bukanlah alasan bersifat syarie. Ternyata alasan itu tidak munasabah.

Isteri yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya berpoligami lalu bertindak mengabaikan tanggungjawab dan kewajipannya sebagai isteri seperti tidak melayan seks suami, tidak mempedulikan perintah suami, bersuara kasar dengan suami dan menghasut anak-anak membenci bapa mereka adalah isteri yang nusyuz dan derhaka. 

Selama mana dia kekal dalam nusyuz, suami tidak wajib memberi nafkah kepadanya.

Harus

Jika isteri tidak mendapat keadilan daripada suami kerana suami berat sebelah kepada isteri yang satu lagi, maka isteri tersebut boleh meminta cerai kerana alasannya munasabah. 

Suami pula wajar menceraikan isteri yang tidak mendapat keadilan daripadanya. Keadilan yang dimaksudkan ialah hak giliran bermalam dan saraan nafkah.

Ganjaran sabar dalam rumahtangga 

Walaupun tidak mendapat keadilan adalah alasan munasabah yang membolehkan isteri meminta cerai, tetapi bersabar menghadapi situasi tersebut dan tidak meminta cerai adalah lebih baik untuk menyelamatkan rumah tangga dan memikirkan masa depan anak-anak dengan harapan suami dapat berubah sikap dan kembali bertanggung jawab terhadap isteri-isterinya dengan seadil-adilnya.


Isteri boleh minta cerai untuk elak mudharat menjadi isteri yang nusyuz 

Jika tiada harapan lagi bagi suami yang tidak adil itu untuk berubah, maka isteri yang tidak mendapat keadilan itu bolehkah meneruskan hasratnya meminta cerai. 

Semoga selepas perceraian, dia dapat menemui kebahagiaan yang dicari seperti mendapat suami baru yang bertanggung jawab. 

Jika tidak berkahwin pun, sekurang-kurangnya dia tidak terganggu lagi dengan emosi dan memendam rasa terhadap seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak adil.

(Catatan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

Hari ni kisah poligami yang hangat diperkatakan di media sosial. Kita tak tahu apa permasalahan lain pasangan suami isteri orang lain. Jadi entry ini sebagai penjelasan hukum boleh atau tidak isteri mohon cerai kerana suami poligami. 

Semoga bermanfaat....


Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. pasal kisah tu memang payah nak kata sapa salah sapa betul

    BalasPadam
  2. lelaki tak mampu nk kawen byk tp wat jugak...at last yg jd mangsa isteri pertama.

    BalasPadam
  3. yups
    yg penting suami tu kenalah adil dan bertanggungjawab

    BalasPadam
  4. hangat betul isu ni sekarang. tapi banyak ilmu hukum yang semua orang boleh belajarkan.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !