بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Suhu Sejuk Melanda Malaysia | Sana sini mengaduh sejuk... Sampai tahap menggigil dah katanya... Kat tempat MF pun lebih seminggu tak nampak matahari... Hujan dah masuk 5 hari turun tak berhenti dan takde tanda nak berhenti pun...
Memang sejuk sungguh... Memang jimat elektrik sebab tak perlu pasang air conditioner. Tapi kipas pasang juga untuk keringkan kain. Tu pun masih lembap.
Setakat ni sejuk masih boleh bertahan.. Cuma malam tidur sentiasa berstokin... Mujur juga dah lepas fasa berpantang... Tapi masih berjaga-jaga juga.. Kalau sejuk sangat memang cepat-cepat bagi hangatkan badan.
Menurut info dari Jabatan Meteorologi Malaysia, penurunan suhu berlaku sebab berlaku perubahan tolakan angin monsun dari Filipina.
Rata-rata tempat akan mengalami suhu 18 darjah celcius hingga 24 darjah celcius. Kebiasaanya cuaca di Malaysia adalah 28c ke 34c .
Memang kena panaskan badan, pakai baju panas untuk panaskan badan.. Dan makan makanan yang dapat memanaskan badan.. Ini untuk elak demam panas.
Tapi sejak seminggu, rumah MF ni dah macam hospital dah... Demam bergilir-gilir. Harapnya, hari ni last day untuk hadapi anak demam ni... Apa pun redha dengan dugaan Allah ini...
Ini antara suhu beberapa tempat yang MF dapat di Facebook..
Suhu Sejuk Melanda Malaysia
Apa pun, moga suhu sejuk ini bukan satu bencana tapi peringatan dari Allah untuk kita semua...
P/s: Hujan2 ni kena sediakan bekalan makanan banyak-banyak... Lapar je memanjang... Hehe
Memang terasa sejuknya berbanding sebelumnya huhu :)
BalasPadamLapar pun ye, ngantuk pun yeee :D rasa nak berselimut jee
BalasPadamhanisamanina.com
Tempat saya pun sejuk jugak, kak.. Tapi tue la, jimat elektrik sikit sebab takyah bukak aircond.. Semoga akak sekelurga diberi kesembuhan daripada semua penyakit..
BalasPadamPutrajaya pun sejuk jugak..mlm2 tido x bukak kipas...tp tu laa..kerap gi toilet sbb sejuk sangat,,.hihi
BalasPadambile nak update drama korea loboshi aniya.im not a robot episode 25 26 aduhhhh.suatu penantian ni adalah satu penyeksaaan.what a humaliation.kekeke
BalasPadam