div id='header-inner'>

Diuji dengan masalah keluarga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Diuji dengan masalah keluarga | Orang yang Allah beri ujian keluarga bukan orang yang biasa-biasa. Mereka insan terpilih kerana ia ujian ramai Nabi terdahulu. Jika mampu menempuhnya dengan iman dan sabar, pasti anda orang yang luar biasa.

Diuji dengan masalah keluarga
Sumber : Google image 

Nabi Pun Ada Masalah Keluarga

Nabi Adam terpisah dengan isteri. Diuji anak-anak bermusuhan hingga terbunuh.

Nabi Nuh diuji dengan isteri dan anak yang menentang serta tidak taat kepadanya.

Nabi Ibrahim diuji terpisah dengan anak dan isteri bertahun lamanya sejak anaknya bayi.

Nabi Ismail membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sejak bayi hingga dewasa.

Nabi Yaakub sejak kecil adik-beradiknya iri hati dengannya. Bila sudah punya anak, anaknya pula saling dengki mendengki hingga mahu membunuh.

Nabi Yusuf dicemburui adik-beradik sendiri. Dibuang oleh abangnya hingga dia terusir dari keluarga sejak kecil. Akhirnya membesar seorang diri di negara asing.

Nabi Musa sejak lahir terpisah dengan ibunya. Dibesarkan pula oleh keluarga angkat yang terkenal jahat iaitu Firaun.  Setelah dewasa, terpaksa berhadapan dengan tentangan keluarga angkat yang membesarkannya sejak lahir.

Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah. Hanya ada ibu. Membesar dalam keadaan dituduh anak "haram" dan mendengar kutukan orang terhadap ibunya.

Nabi Muhammad? Yatim piatu sejak kecil. Tak pernah melihat wajah ayahnya. Hanya sebentar sempat bersama ibunya. Apabila dibesarkan oleh datuknya, datuknya pula meninggal tak lama selepas itu. Semasa awal dakwah, ditentang pula oleh pakcik sendiri.

Selepas berkahwin, selang beberapa tahun meninggal pula isterinya. Dikurniakan anak lelaki 3 orang namun kesemuanya meninggal dunia.
...............

Ujian rumahtangga

Kesemua ujian keluarga yang kita hadapi telah pun dihadapi oleh Nabi-Nabi kita terdahulu. Setiap seorang daripada mereka diuji dengan masalah keluarga yang pelbagai ragam.

Adakah mereka berputus asa? Tidak. Mereka bersedih namun tetap meneruskan hidup. Tetap berusaha membina kekuatan dan tidak putus-putus berdoa kepada Allah.

Bila kecewa mulai memuncak, segera ingat kembali betapa kuat ujian keluarga Nabi diasak. Mudah-mudahan dengan petunjuk Nabi, kita berjaya mengharungi badai dan kembali temui sinar.

.........

Kredit : Ustaz Ad-Dien
via Page Jalan-jalan Cari Ilmu


Takde rumahtangga yang aman damai sepanjang masa... Tiada pula rumahtangga yang bergaduh tanda bahagia... Tapi dugaan rumahtangga itu perkara biasa yang semua orang lalui... Sama ada teruk dengan tak... Semua itu dari Allah untuk uji keimanan kita.. Punca itu hanya asbab untuk kita... Supaya kita belajar sesuatu yang berguna... Untuk masa depan yang indah. 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian ni maria. :)

    BalasPadam
  2. Rasul-rasul mulia di sisi Allah pun diuji dengan keluarga, apa lagi kita? Memanglah kena usaha untuk selesaikan masalah keluarga tapi tetap kena banyak bersabar.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)