Ticker

6/recent/ticker-posts

Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang | Teringin nak makan mee atau kueh teow, tapi rasa kurang yakin nak makan yang kat kedai.. Sebab bahan perisa dalam tu, buatkan badan ni berangin semacam bila makan. Jadi, solusinya buat sendiri.

Sebenarnya, MF belajar buat pasta, mee, kueh teow sendiri ni lepas tengok Chef Shers dalam rancangan 5 Rencah 5 Rasa yang merupakan salah satu rancangan masak memasak kegemaran MF dan suami. Tengok dia buat pasta yang simple dan senang guna 3 bahan je.. Terus sejak tu MF cuba buat sendiri... Alhamdulillah menjadi.

Sebelum ni MF pernah buat mee homemade goreng. Kali ni MF buat kueh teow pula.

Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang


Kueh Teow Homemade, Menu Selamat Ketika Dalam Pantang

Kueh Teow Homemade Goreng Bijan


Bahan-bahan untuk buat kueh teow

3 cawan tepung gandum
Air suam
1 sudu kecil garam


Cara membuat kueh teow


  1. Campurkan semua bahan dan uli hingga sebati dan lembut sedikit kenyal.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian dan canai kan hingga nipis.
  3. Kemudian potong panjang-panjang.
  4. Didihkan air dalam periuk.
  5. Masukkan adunan tepung yang dipotong panjang tadi.
  6. Rebus hingga masak. Angkat dan toskan.


Bahan-bahan untuk goreng bijan

6 ulas bawang putih (ketuk dan racik halus)
1/2 bawang Holland dipotong dadu
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu minyak jagung
1 sudu besar sos tiram pedas.
Lobak merah
Lada benggala
Sosej
Serbuk lada hitam
Ikan bilis goreng
Gula dan garam sebagai perasa.

Cara memasak


  1. Masukkan minyak bijan dan minyak jagung dalam kuali.
  2. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga naik bau.
  3. Masukkan sosej yang dipotong serong hingga agak kekuningan.
  4. Masukkan sos tiram pedas. 
  5. Kemudian masukkan lobak merah. Jika agak Kering, masukkan sedikit air. Kacau rata.
  6. Masukkan lada benggala. Kemudian masukkan  kueh teow yang siap direbus dan ditoskan tadi.
  7. Masukkan  serbuk lada hitam, gula, dan garam gaul hingga sekata semua.
  8. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan ikan bilis goreng rangup sebelum dimakan untuk menambah lagi rasa yang lebih kick. 😉


Mudah kan.. Resepi memang selamat untuk Mak-mak dalam pantang. Kalau teringin nak makan mee atau kueh teow goreng ketika dalam pantang, boleh la buat resepi begini... Simple dan selamat tanpa bahan pengawet.

Sekian, selamat mencuba. 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Org dlm pantang untuk kurus pun boleh kan cuba resipi ni 😬

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^