Waktu Tak Minta, Waktu Tu Allah Beri

Maria Firdz
0
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Waktu Tak Minta, Waktu Tu Allah Beri | Waktu kita minta Allah tak bagi, tapi waktu kita tak sedia itulah waktu yang Allah bagi... Nak salahkan Allah? Tak mungkin tapi Allah lebih tahu itulah waktu terbaik untuk kita sebenarnya.

Itulah juga yang terjadi dengan kelahiran anak keempat MF ni...

Kau hadir tanpa disangka... Dalam waktu yang sangat tak bersedia nak terima baby lagi waktu tu...


Waktu Tak Minta, Waktu Tu Allah Beri 

Mana mungkin bersedia nak terima baby sedangkan kami baru sahaja menimang cahaya mata ketiga  5 bulan lepas... Tapi selepas 7 bulan usia anak ketiga, ada insan lain di rahim ku... Bagai nak gila dapat berita itu... Menangis aku kerana ku rasakan ujian itu begitu berat untukku dan suamiku... Kesian kan anakku yang tak cukup tempoh menyusu... Masa tu memang macam hilang akal tak boleh nak terima kehadiran  baby dalam rahim ku..

Namun, dengan sisa iman yang ada... Aku pasrah dan redha... Suamiku begitu jua... Terima seadanya... Mula fikirkan hikmah di sebaliknya... Fikirkan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni... Jauh sekali ku fikir bab rezeki... Itulah.. Kita ni merancang tak nak anak lagi, tapi siapa kita nak menidakkan kuasa Allah... Rancang macam mana pun tapi kalau Allah berkehendak.. Tak jadi juga...

Walaupun payah, aku layan kehidupan seperti biasa... Hinggalah usia kandungan mencecah 5 bulan.. Tak dapat dinafikan lagi... Akhirnya aku pasrah... Memang betul ada nyawa lain dalam rahim ku... Dua kali UPT ku buat bukannya bohong tapi aku yang ego tak terima kenyataan...

Kau Hadir Tanpa Disangka

Selepas itu baru ke klinik untuk scan lihat si kecil dalam rahim ku... Automatik datang perasaan keibuan dan sayang tu... Kesian kan dia... Dia tak bersalah pun hadir di waktu aku tak bersedia... Tapi memang atas kehendak Allah dia dijadikan...

Selepas di scan... Memang terkejut... Doktor pun sahkan kandungan ku dah besar... Dah nak masuk 6 bulan... Paling teruja... Bila nampak jantina... Ya Allah, inikah hikmah di sebalik ujian Mu, doktor sahkan anak ini anak lelaki... Ya, anak yang pernah aku dan suami idamkan selama ini.. Di saat aku dan suami dan redha dengan kurniaan anak-anak perempuan sebelum ini... Allah beri anak yang pernah ku pinta dulu... Ya, doa kita Allah pegang dan campakkan satu persatu bila tiba tepat pada waktunya.

Aku mula pergi ke KKIA, pasrah dan tahan telinga nurse bising kan... Tapi sekejap je... Lepas tu aku mula ikut rutin di klinik seperti biasa. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan...

Aku terus jalani kehidupan seperti biasa.. Tiada yang tahu tentang kehamilan ku... Aku juga tiada alahan... Hidup cergas seperti biasa.. Namun, usia kandungan jengah 7 bulan baru ku bagi tau rakan di tempat kerja.. Dan seterusnya keluarga terdekat...

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.. Hinggalah waktu melahirkan.. Cukup mudah.. Dalam tak jangka nak bersalin awal...

Anak keempat ini pembawa rezeki... Bahkan segalanya yang aku dan suami impikan untuk anak sebelum ni Allah makbulkan masa anak keempat ini..

Masa mengandung anak ketiga, nak bersalin di Hospital Kluang, tapi tak kesampaian... Dan nak suami teman, tapi tak sempat juga... Tapi waktu tu takde rasa kecewa langsung tapi redha sepenuh hati dan terima seadanya ketentuan Ilahi...

Tapi anak keempat ni semuanya dipermudahkan walaupun masa tu tiada siapa jaga anak-anak yang lain.. Tapi tawakal yang cukup tinggi kepada Allah... Allah permudahkan...

Anak keempat dapat bersalin di Hospital Kluang, impian aku nak bersalin waktu dhuha, dimakbulkan... Nak suami teman, Alhamdulillah.. Suami dapat temankan... Rasa dah cukup dah.. Semua doa aku Allah dah makbulkan dah.. Cuma lepas ni zaman nak besarkan anak-anak la pula...

Itulah nak kata, cukup banyak pengajaran aku dapat dengan kelahiran putera sulung ini... Walaupun Anak ketiga ku baru setahun tapi cukup Allah jadikan dia anak yang matang dan pandai berdikari...

Betullah, bila kita serahkan hidup kita kepada Allah, Allah akan sentiasa bantu kita...

Allah itu ada dan Dia Sebaik-baik penolong kita...

Terima kasih Allah atas kurniaan dan nikmat Mu yang tak mampu ku hitung... Ku mohon ampun atas khilaf ku... Permudahkanlah segalanya dan jadikanlah aku ibu yang Penyabar untuk mendidik dan menjaga amanah dari Mu ini.. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !